Isnin, 20 Disember 2010

Muhasabah Diri Melalui Azan

AZAN dalam Islam bermaksud memaklumkan. Ia sinonim dengan bilal atau muazzin yang bertujuan untuk mengajak sekalian umat Islam mengerjakan Rukun Islam kedua.

Ia juga sebagai tanda masuknya waktu solat dan beralihnya peredaran masa daripada subuh, tengahari, petang, malam hinggalah ke awal pagi keesokan harinya.


Namun, cuba kita tanyakan diri, apakah yang kita lakukan sebaik sahaja terdengarnya azan?

Adakah kita mendiamkan diri sambil menghayati setiap kalimah azan yang dilaungkan oleh bilal dan menjawabnya satu persatu?

Atau terus bangun untuk membersihkan diri dan mengambil wudhu' serta bersedia untuk mengerjakan solat?
Mungkinkah hanya membiarkan seruan azan itu berlalu begitu sahaja tanpa menghiraukannya? 

Bagaimana pula dengan azan melalui corong radio mahupun televisyen, berapa ramai yang terus menghayati dan berapa kerat pula yang terus menukar siaran sebaik sahaja azan ke udara?

Mari kita berkongsi sedikit waktu untuk menyelidiki apa yang tersirat di sebalik makna panggilan azan itu melalui makna dalam bahasa.

ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar
ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar

Sebutan empat kali "ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar" ini menunjukkan betapa Agungnya ALLAH SWT, lantas menyedarkan kita betapa kebesaranNya mengatasi segala apa yang ada di langit dan di bumi.

Waktu ini seharusnya fikiran kita difokuskan pada fitrah kejadian seorang manusia sebagai khalifah.

Tinggalkan segala hal duniawi dan terus menunaikan kewajipan untuk sujud kepadaNya tanpa sebarang alasan.

Aku naik saksi tiada Tuhan selain ALLAH
Aku naik saksi tiada Tuhan selain ALLAH

Sebutan sebanyak dua kali "Aku naik saksi tiada Tuhan selain ALLAH" yang memberi kesaksian tentang sifat keEsaan Allah. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain ALLAH.

Lantas menyedarkan kita tentang syahadah kita. Sesungguhnya dengan solatlah syahadah kita terjaga. Dari solat yang khusyuklah syahadah memelihara kita. Lalu apakah alasan kita untuk mengelak dari melakukan hal yang paling utama dari segala perkara yang utama di dunia ini?

Aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH
Aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH

Sebutan sebanyak dua kali "Aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH" ini memberi kesaksian tentang kerasulan Rasulullah saw. Mengingatkan kita betapa Nabi Muhammad saw. itu sebenar-benarnya utusan dan kekasih ALLAH SWT.

Selepas solat sebaiknya berselawatlah kepada Rasul Junjungan kita dan para keluarga mahupun sahabat Baginda saw..

Pengorbanan dan akhlak Nabi saw. menjadi contoh bagi sekalian umat. Betapa sayangnya Nabi pada umat Baginda sehingga nafas terakhirnya diakhiri dengan kalimah "ummati..ummati..".

Syafaatnya antara rahmat yang diberi pada umatnya. Lantas ringankanlah diri berselawat kepadanya. Cinta kita pada Baginda saw. masih tidak setanding cinta Baginda saw. pada kita.

Aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAHMarilah mendirikan solat

Sebutan dua kali "Aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH dan Marilah mendirikan solat" adalah mengajak untuk menunaikan solat.

Sebaiknya solat itu adalah solat berjemaah. Solat adalah penghubung seorang hamba dengan Tuhannya.
Sudah ditetapkan ada lima waktu solat fardhu perlu ditunaikan. Seandainya kita mengelak dengan pelbagai alasan  sekalipun ia tetap dikira sebagai 'hutang' di sisi ALLAH.

Kita sebagai hamba perlu melunaskan kewajipan sebelum ALLAH swt. melunaskan untuk kita (Azab Neraka).

Bilakah agaknya kita betul-betul bersedia untuk menunaikan solat dengan sempurna?

Adakah kita mempunyai waktu yang cukup untuk menggantikan segala solat yang telah tertinggal?

Sesungguhnya hari ini tidak akan sama dengan semalam dan jauh berbeza dengan esok. Tidak sama pagi yang ada matahari dan malam yang bertemankan bulan.

Lalu solatlah diawal waktu dan gantikanlah solat yang telah tertinggal.

Marilah menuju kejayaan
Marilah menuju kejayaan

Sebutan dua kali "Marilah menuju kejayaan" yang sama banyak dengan panggilan solat.
Sesungguhnya orang yang menang dan berjaya di sisi ALLAH ialah orang yang tetap mengerjakan solat dengan hati yang khusyuk.

Ini juga menunjukkan Islam menggalakkan umatnya untuk mencapai kejayaan yang pasti bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat sana.

Kejayaan yang sebenar-benarnya bukan sahaja dari berapa banyak harta kita, tetapi betapa kita menjagaNya di hati kita dengan menunaikan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Sebaik-baiknya tinggalkan dahulu kerja mencari harta untuk dunia untuk mengerjakan solat sebagai bekalan di akhirat sana sejurus sahaja seruan azan dilaungkan.

ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar
Tiada Tuhan selain ALLAH

Kita diingatkan kita sekali lagi betapa besar dan agungnya ALLAH SWT. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH. Manusia itu mudah lupa dan lemah, tetapi ALLAH itulah sumber kekuatan kita.
Solat yang sempurna dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan cela.

Kalaulah diri mudah mengikut ajakan teman-teman walaupun pujukan tanpa sebarang alat pembesar. Kenapa azan yang dilaungkan dengan lantang langsung tidak terendah oleh akal dan fikiran apalagi jasad?

Walhal, Syaitan sekalipun akan berlari bertempiaran tatkala terdengar laungan azan menunjukkan betapa azan ini mampu memberi rasa GENTAR pada syaitan.

Adakah kita ingin menjadi lebih teruk daripada makhluk tersebut, tiadakah rasa gentar dan takut dalam hati kita tatkala nama ALLAH dilaungkan?

Ingatlah, selagi kita terdengar kalimah ALLAH dari azan yang dilaungkan, persiapkan diri untuk solat.
Kerana kita tidak tahu sampai bilakah lagi laungan ini akan kedengaran di cuping telinga.

Andai panggilan menghadapNya sudah tiba, sudah tentu kita tidak mampu menangguhkannya apalagi mengelak.

- Artikel iluvislam.com
Diterbitkan pada Isnin, 20 Disember 2010.
Harap mampu merubah sifat semulajadi kita yang selalu mengabaikan azan.
(pesanan tuk diri sendiri juga yang selalu terleka :( )

p/s : kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi krew iluvislam, sila lawat iluvislam di link yang tertera di atas. Terima kasih.

28 ulasan:

Encik MamaT berkata...

terima kasih atas perkongsian... kadang kita leka... hinggakan azan cuma azan.. kerja lain lebih penting...

CIK TOM berkata...

artikel yg bagus utk renungan cik tom jgk..kdg2 terlalu terleka kejar duniawi je...

eh lady salah seorg penulis ilus islam ke?

immukmin berkata...

salam..kak lady..sori sibuk dgn dunia sampai nak melawat kak lady pun tak sempat..emm..kak lady nice n3..peringatan yg berguna..terima kasih...=)

Al - Mu'allim berkata...

Cmna la nak jadi krew iluvislam, blog sdri pun tak terjaga :)

LadyBird berkata...

En Mamat :
sama-sama en Mamat.. semoga ia menjadi peringatan untuk kita semua.. lady sebenarnya macam tu jugak.. huhuhu

LadyBird berkata...

Cik Tom :
bagus tuk peringatan kita bersama cik tom..
kadang2 lady ni walaupun tahu, tp mcm x tahu lak.. huhuhu

p/s : lady editor sahaja.. saje nak berkongsi di sini dan promot iluvislam.. moga2 dapat ramai shli keluarga baru..

LadyBird berkata...

immukmin :
wsalam dik :)..terima kasih dik sebab sudi jenguk teratak akak..

terima kasih kembali yer..

LadyBird berkata...

al-Mu'allim :
takpe cikgu, kalau cikgu hantar artikel cikgu ke iluvislam, lehla nanti lady edit lagi :)
lady suka artikel cikgu :)

Nizam berkata...

bagus untuk peringatan bersama. kekadang kita leka dengan urusan dunia walaupun kita terdengar laungan Azan... sama-sama kita muhasabah diri kita... Ameen

YuSeNzE - KniGhT berkata...

Laungan yang berkumandang melafazkan kebesaran bersama puji-pujian beserta seruan.

Mata terkunci rapat tika subuh menjelma, mata mula merudum tika mentari berada di pucuk kepala. Mata kian layu saat merunduk di ufuk barat, mata terus leka pabila senja berlabuh. Mata terus dibuai keenakan menonton televisyen di waktu kemuncak.

Affan Ruslan berkata...

Salam. Baru tgk vide/baca artikel tentang seorang non muslim yg dapat hidaya kalau tak silap, sbb kagum dgn kuasa azan. Sbb kalau azan, berpuluh2 ribu org kat makkah tu berbaris, walaupun bahasa berlainan. Kalau nak kumpul berpuluh2 ribu org yg mempunyai bahasa berlainan, sebulan sehari belum tentu blh

Tanpa Nama berkata...

thx kak. tp skrg rmi yg azan msh psg lgu kuat2. betul~

sud@is berkata...

banyak dah dengar cerita orang yang dapt hidayah semasa azan berkumandang seperti Azmil Mustafa,

kuatnya hikmah azan jika diberi hidayah...

omurice berkata...

perkongsian yg best, sbb sekarang ni ramai yang leka pasal azan...kadang2 boleh pulak gelak ketawa...cakap pulak buat2 cam xdgr azan...huhuhu...

Cikbelog berkata...

menarik perkongsian ini. :)

Unknown berkata...

Thanks for sharing
:)

Unknown berkata...

thanks for sharing
:)

zalizalu berkata...

baru skang sedar menda ni.. padahal ari2 dengar dan tahu maknanya... tapi masih tak faham.... :)

Mohamadazhan.com berkata...

menarik perkongsian ni :)

azan salah satu syarit dalamnya terkandung perpaduan dan hidup berjemaah umat Islam.

Tanpa Nama berkata...

dulu zaman sekolah konon jadi ajk surau asrama..kena azan ler.. ada sekali tu azan asar dok laung pukul tiga ptg...perg malu beb...tersalah tengok jam!.. :)..
btw..makasih kongsi info azan nih..

NuSaNa NoSa 91 berkata...

artikel ni sgt bagos.. xpernah terfikir pon selama nih.. thanx sudi share~ ^_^

Mr.TN_SkY berkata...

Info yang baik..keep it up! :D share lgi..hehe

LadyBird berkata...

Snoop :
Ameeen dik..
sama2 lah kita muhasabah diri..

Yusenze :
wah.. bermakna sekali kata2mu yus..

Affan :
Waalaikumusalam Affan. Org non muslim dapat hidayah kerana azan, tetapi org Islam sendiri tak pernah terasa dengan kebesaran AZAN. :(
Dengan solat 5 waktula kita mampu berkumpul ramai2 untuk merapatkan ukhuwah.. :) besarnya kuasa Allah, perancangan dan cara peribadatan yang tersusun dan mempunyai pelbagai hikmah yg tidak kita sedari..

LadyBird berkata...

maCy :
sama2 dik.. a''ah dik.. semakin kuat azan semakin kuat die pasang lagu..

Sudais :
Ye sudais, hidayah Allah penting.. Kalau tanpa hidayah Allah, kita xkan mampu dapat ape2.. hati sekeras batu jalan.. tapi nilainya tiada..

omurice :
huhuhu.. betul tu omu.. kdg2 lady sendiri mcm tu.. nak buat mcmn yer.. mereka x faham azan berkumandang.. kite nak diam takut mereka trs hati.. so terpaksa angguk2 jugak..

LadyBird berkata...

Cikbelog :
terima kasih CikBelog

Suhami :
sama2 yer..

Zalizalu:
Semoga Alalh sentiasa menyedarkan kita semua.. ameeeennn..

LadyBird berkata...

Mohammadazhan :
betul2 :).. dengan panggilan azan mengumpulkan masyarakat Islam setempat untuk menunaikan solat secara berjemaah..secara tidak langsung mewujudkan perpaduan di kalangan ummah..

abgreds :
hihihihi..klakarla abg reds ni.. lain kali tgkla jam betul2.. xpe, pengalaman manis tu.. :)

NuSaNa :
sama-sama yer ana

Mr. TN_SkY:
sama2 kita berkongsi yer.. :) insyaAllah..

Abun berkata...

sama la kita mghayati azan..jgn lak tukar radio ble azan...bad habits...

LadyBird berkata...

Abun :
lady setuju dengan pendapat Abun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...