Khamis, 4 November 2010

Kursus dan Bengkel "Spinal Cord Injury : Back to Community and Mobility"

Baru-baru ni lady menghilangkan diri seketika kerana Persatuan Spinal Pantai Timur dengan kerjasama Pasukan Sokongan Spinal Jabatan Orthopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah telah menganjurkan bengkel khas untuk mangsa kemalangan yang mengalami kecederaan tulang belakang dan terpaksa beradaptasi dengan kehidupan sebagai individu yang berkerusi roda. Kebanyakan peserta merupakan pesakit/ bekas pesakit Hospital Sultanah Nur Zahirah dan terdapat jugak peserta daripada Pahang dan Kelantan yang diiringi oleh penjaga mereka. Bengkel ini turut dihadiri oleh doktor-doktor di HSNZ, jururawat, jurupulih anggota, serta wakil daripada Hospital Universiti Kubang Kerian.

Kami berkampung selama tiga hari dua malam di Merang Suria Beach Resort, Setiu. Kebanyakan peserta terpaksa menggunakan kerusi roda disebabkan kecederaan tulang belakang dan mengalami masalah saraf tunjang yang menyebabkan anggota dari pinggang dan ke bawah tidak dapat berfungsi dengan baik. Akibat daripada kecederaan yang teruk menyebabkan organ-organ  dalaman mereka tidak mampu berfungsi dengan baik. Terutama sekali bagi sistem perkumuhan dan sistem pembiakan. Apa yang lady dapat perhatikan, sebahagian besar daripada mereka terpaksa menggunakan keteter untuk mengeluarkan air kencing dan terdapat juga yang masih membawa beg yang berisi urin yang diikat pada badan mereka. Tidak kurang juga yang terpaksa menggunakan pampers kerana tidak mampu mengawal pengeluaran urin secara normal. Kesimpulannya di sini, mereka menghadapi masalah dengan pundi kencing atau buah pinggang mereka. Mereka juga tidak mampu mengeluarkan najis secara normal.

Berikutan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka, pihak Persatuan Spinal Pantai Timur  dengan kerjasama HSNZ mengambil inisiatif dengan menganjurkan bengkel ini untuk memberi pendedahan kepada mereka bagaimana cara untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut supaya mendapat kualiti hidup yang lebih baik. Lady begitu kagum dengan sebahagian mereka yang begitu kuat dan berjiwa kental, Alhamdulillah mereka dapat menerima dan beradaptasi dengan baik walaupun pada mulanya begitu sukar untuk menerima kenyataan.

Dalam program itu, mereka didedahkan dengan pelbagai kemahiran pengendalian kerusi roda, bagaimana untuk menjaganya, dan turut diajar bagaimana cara untuk menaiki ram, melangkah longkang dengan menggunakan kerusi roda. Kami juga didedahkan bagaimana cara untuk menaiki kerusi roda, menukar kedudukan dari satu kerusi roda ke satu kerusi roda yang lain, bergerak dari kerusi roda ke katil, dan cara untuk mengelakkan luka akibat tekanan iaitu setiap 2 jam duduk dengan mengubah posisi kedudukan dengan menaikkan badan selama 10 minit. Kami juga turut  diajar cara menukar keteter dan cara membuang air besar. 

Disamping itu juga, kami juga turut didedahkan posisi tidur yang bersesuaian untuk pesakit, sokongan penjaga dan sahabat amat penting untuk membantu pesakit menjalani kehidupan biasa dengan kualiti yang optimum. Kami turut didedahkan dengan  kaedah dalam  hubungan suami isteri. Bagaimana sepatut dilakukan untuk mendapatkan kepuasan yang optimum dan untuk mendapatkan zuriat. Dengan program tersebut, ia banyak membantu kehidupan pesakit untuk menjalani kehidupan seharian seperti insan yang normal.

Di bawah ini beberapa keping gambar yang lady berpeluang snap semasa bengkel dijalankan.
Setiap pagi aktiviti bersenam diadakan yang diketuai oleh En Sham (fisioterapi)

Antara peserta yang berjaya bangun pagi :P dan ramai jer yg bersenam di atas katil :P
En Rosdi menerangkan cara2 untuk bergerak dari kerusi roda ke atas katil.. pergerakan sepenuhnya perlu kekuatan tangan.
Sebahagian peserta bengkel khusyuk memerhatikan demontrasi daripada En Rosdi
Peserta yang paling kecil, 3 tahun.

Inilah antara gambar yang sempat lady snap. Disebabkan kamera lady ade mslh, gambar nampak blur. Tak tahu ape masalahnya. Adik yang paling kecik tu kalau tidak silap lady namanya Iman, dia merupakan mangsa kecelakaan jalan raya yang menyebabkan dia kehilangan ibunya di usia muda. Dia memakai korsep untuk melindungi badannya mengalami scoliosis (tulang belakang bengkok).

Setiap anggota kita ini merupakan pinjaman daripada Allah, entahkan esok entahkan lusa Allah akan mengambilnya daripada kita. Oleh sebab itu jagalah pinjaman Allah sebaik-baiknya, dan sudi-sudikanlah menghulurkan bantuan andai melihat seseorang yang memerlukan pertolongan. Cubalah meletakkan diri di tempat mereka.. dan fikirkanlah jika esok kita tidak seperti kita hari ini.

Lady amat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menyertai bengkel ini. Ia banyak membantu lady untuk lebih menghargai dan sentiasa berpandangan positif dengan kehidupan ini.

p/s : Lady terjatuh ke belakang semasa berusaha untuk menggunakan kerusi roda.. sakitnya kepala terhentak atas karpet.. mujur atas karpet, kalau atas simen mau pecah kepala lady.. berdenyut2.. sob3x.. balik bengkel terus demam. Lepas pada tu en rosdi ajar bagaimana untuk bertindak semasa jatuh dari kerusi roda.. :) satu pengalaman yang amat berharga.. :)

26 ulasan:

CIK TOM berkata...

lain kali hati2 ye..
kesian kat iman..
kecik2 dah kehilangan ibu ;(
beruntung cik tom masih dikurniakan mak ayah..
alhamdulillah...

LadyBird berkata...

Cik Tom :
hehehe.. kerusi roda tu beroda.. :P susah nak control :P nampak je senang..sob2x..

ye la ciktom..kite jauh lebih baik dari mereka.. tp x selamanya kite seperti ini..:( pinjaman semata..

nurul rasya berkata...

kesian budak tu, kecik2 dah kena pakai kerusi roda, anak yatim pulak tu.

LadyBird berkata...

She's retarded :
a'ah dik..kesian sangat.. tp die seorang yang kuat.. ayah die plak seorang yang tabah.. sanggup x berkahwin lain demi seorang anak :).. kagum kat ayahnya.. jrg ayh mcm tu..

Tanpa Nama berkata...

lain kali hati2..
xpela ada hkmah, pastu ada slot tu pulak. huhu

LadyBird berkata...

maCy :
insyaAlalh, lain kali kalau ade program mcm ni lagi leh pinjam kerusi roda lagi :)

L Bro M berkata...

kehadapan kakakku yang nakal time kcik2,, heheh

aiseh mesti ramai pak cik dan mak cik kan.. adoii saya suka mereka ,, syg mereka,, lain kalai ajak la,, leh beramah mesra kua2

the bert berkata...

scoliosis (tulang belakang bengkok)...
klu sakit cam ni bole baik x??..maksud nyer bile besar tulang tu bole jd normal balik r..

LadyBird berkata...

Bro M :
kih3x.. mane ade nakal.. akak baik tau time kecik2 :P

ramai ke pakcik makcik? kebanyakan remaja, dewasa.. :P 2 org je wanita.. yg selebihnya lelaki.. hencem2 la bro M. :P

LadyBird berkata...

The Bert :
boleh dipulihkan, bergantung kepada tahapnya.. samada melalui senaman khas ataupun pembedahan.. kebiasaannya kalau dibiarkan, semakin membesar tulang itu akan semakin membengkok..

p/s : kalau terdapat kelainan pd posteur badan, lebih baik rujuk kepada dr. dapatkan rawatn secepatnya.

Unknown berkata...

cian lady sbb terjatoh..tu kalo apik ader tu da smbut da..huhuhu..

apik ni jiwa sensitif..xleh tgk org yg susah

the bert berkata...

owh..ok jugak lah..kire adek iman ni ada harapan sembuh..cuma amek masa r cket..kesian kecik2 dh jadi macam ni..

Fello Ariza berkata...

penah nek kerusi roda..

merasa gak gune kerusi roda..

mmg ssh..

T_T

LadyBird berkata...

apik pehe :
hehehe.. ramai jer org sambut, tp kepala akak tetap terantuk.. kih3x..siap ngs2.. sebab terkejut.

LadyBird berkata...

The Bert :
maaf dik, sebenarnye silap phm (akak silap tulis).. baby tu xde mslh scoliosis, tp pakai korsep tuk melindungi tulang belakangnya.. die kemalangan dan saraf tunjangnye rosak.. kakinya lumpuh dari paras pinggang dan ke bawah..

the bert berkata...

owh..ok2..tp dgr yg ni mcm lagi teruk je..moga2 tuhan sentiasa melindungi dia..

Unknown berkata...

kak, akak gi bengkel selaku ape?

iktibar kegigihan ujian dan tawakal kepadaNya..
teringin nak lihat diorang cross longkang, tak terbayang.

LadyBird berkata...

Fello :
pernah naik sebab sakit ke? lain dengan org yg bergantung sepenuhnya dengn kerusi roda.

The Bert :
teruk jugaklah.. akak rasa kaki die memang lembik sangat2.. mcm bukan kaki.. ameeennn.. semoga Allah sentiasa melindungi dia dan kita..

LadyBird berkata...

Syami :
akak selaku AJK Spinal Pantai Timur dan pesakit :P

Unknown berkata...

1st time saya singgah sini. Yang pasti, saya kagum dengan ketabahan tuan blog ini.

InsyaAllah, kamu seorang yang sabar dan tabah :)

Post-post menarik.
Allah wujud ke?

Allah Sangat Baik. Setuju?

nazirulhazwan~ berkata...

simpati tgk budak tu.
kecik2 lagi da diuji cmtu.
syukur sgt atas nikamt yg Allah beri hingga kini

pN.rOs berkata...

penah gak dulu tgok program2 seumpama ni masa blajar kat HUSM...
program macam perlukan sokongan pelbagai pihak juga kekuatan diri pesakit sendiri aspek fizikal n mental gak

LadyBird berkata...

iqbal:

terima kasih.. kagum dengan lady? kenapa? lady macam iqbal jugak :)..

Kobejordan :
Ujian untuk die wak.. :).. ujian Allah tentukan berbeza2 setiap individu..bergantung kpd keupayaan masing2.. :).. alhamdulillah kite mampu melalui ujian2 Allah sehingga ke hari ini :).. semoga Alalh memberi ketabahan selam-lamanya..aminnn...

LadyBird berkata...

Puan Ros :
akak HUSM k.. USM mmg suke wat aktiviti2 mcm ni :)..

aRoL berkata...

Salam,
ni program tahun ni ke, napa tak ajak saya huhu...

LadyBird berkata...

aRol :
wsalam.. meh sini no telefon dan nama penuh.. aktiviti lain bakal menyusul.. duk mane ni yer?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...