Tuesday, November 16, 2010

Penggunaan Kerusi Roda

Tadi lady blogwalking ke rumah Kak FiQ, Lady baca entry terbaru Kak Fiq. Suami kak fiq jatuh dari kerusi roda.. Agak menyakitkan.. sebab lady pernah jatuh kerusi roda dan kepala lady benjol, terus demam dua hari.. dan terus fobia untuk menggunakan kerusi roda, tetapi dalam bengkel yang telah lady hadir, lady di"wajib"kan untuk menggunakan kerusi roda selama tiga hari dua malam.

Mungkin bagi pengguna kerusi roda yang sudah mahir ia tidak menyulitkan untuk menggunakan kerusi roda sehingga mampu menaiki tangga dengan menggunakan kerusi roda. Mungkin bagi kita agak mustahil, tetapi bagi pesakit yang bergantung sepenuhnya dengan kerusi roda perlu beradaptasi dengan keadaan mereka.  Mereka terpaksa memikirkan bagaimana cara bagi mereka untuk bergerak bebas seperti keadaan sebelum berkerusi roda. Alhamdulillah, mereka mampu hidup seperti biasa seperti kita, malah jauh lebih baik dan bermakna jika dibandingkan dengan kita.

Bagi yang perlu bergerak dengan kerusi roda, perkara pertama dan paling penting adalah tangan perlu kuat.  Untuk menguatkan tangan, biasanya pesakit akan diberikan latihan di "gym" untuk melakukan senaman tangan  bagi menjadikan tangan kuat dan boleh menggantikan fungsi kaki dengan bantuan ahli fisioterapi/ jurupulih anggota. Kalau seperti ahli angkat berat lagi ok (hanya pendapat lady) kerana kita perlu menggunakan kudrat tangan sepenuhnya untuk menggerakkan seluruh anggota kita untuk melakukan aktiviti seperti orang lain.
Contoh Latihan di Bilik Otopedik
Perkara yang seterusnya adalah pemilihan jenis kerusi roda. Pemilihan kerusi roda adalah berdasarkan keadaan pesakit, saiz pesakit, dan aktiviti pesakit. Sebelum pembelian kerusi roda dilakukan, pesakit perlu mendapat nasihat doktor/ jurupulih anggota untuk menyarankan jenis yang bersesuaian. Setiap individu memerlukan kerusi roda yang berbeza berdasarkan keupayaan dan keadaan masing-masing. Jika pemilihan tidak tepat, ia boleh boleh menyebabkan ketidakselesaan, kecederaan, dan perubahan bentuk badan kerana kerusi tidak memenuhi syarat. Jangan sesekali abaikan kriteria pemilihan kerusi roda kerana ia merupakan "kaki" kepada pesakit. Pilihlah berdasarkan kesesuaian bukan berdasarkan harga. Pilihlah kerusi yang boleh membuatkan mereka rasa selesa, perasaan selesa mampu membuatkan mereka bersemangat untuk hidup seperti biasa tanpa sekatan untuk bergerak bebas. Di bawah ini contoh-contoh kerusi roda yang biasa kita lihat di Malaysia.
Kerusi roda yang biasa digunakan di hospital-hospital, saznya agak besar dan tidak sesuai digunakan untuk orang yang sepenuhnya bergantung kepada kerusi roda dimana kerusi ini tidak menyokong posteur badan pesakit dan agak berat untuk dikendalikan.
Kerusi roda ini sesuai untuk pesakit yang memerlukan tempat untuk bersandar (tulang belakang lemah), namun perlu dipilih berdasarkan saiz badan. Ruang antara paha dengan dinding kerusi roda adalah sekurang-kurangnya satu inci. Kedudukan pesakit apabila bersandar perlulah 90 darjah. Dinding kerusi roda ini boleh diangkat ke belakang.
Kerusi roda ini agak ringan, dan mudah dibawa untuk kemana-mana. Bagi yang belum menyesuaikan diri, tidak galakkan untuk menggunakannya. Mudah untuk terbalik ke belakang. Bagi yang masih belum belajar menggunakan kerusi roda, jangan sesekali menggunakannya kerana di belakang kerusi roda ini tidak ada penghadang ketika jatuh.
Kerusi roda ini biasanya digunakan untuk pesakit yang tidak mampu menggunakan anggota kaki dan tangannya lemah.

Kerusi roda ini sesuai untuk seseorang yang lincah, dan gemar untuk melakukan aktiviti lasak seperti bersukan. Amat mudah digunakan, agak ringan.

Pilihlah kerusi roda yang bersesuaian untuk memudahkan kita beradaptasi dengan keadaan dengan lebih cepat. Andai memerlukan bantuan untuk mendapatkan kerusi roda, disarankan agar mendapat surat doktor untuk memperolehi kerusi roda yang bersesuaian dengan keadaan kita.

Kaedah penggunaan kerusi roda yang betul perlu dititik beratkan. Pengendalian dengan cara yang betul memudahkan pergerakan. Pengguna kerusi roda perlu mahir dalam mengendalikannya supaya mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran luar yang tidak mesra kepada pengguna kerusi roda. Kita tidak mampu mengubah persekitaran, tetapi kita mampu untuk melaluinya dengan kemahiran penggunaan kerusi roda yang tepat. Di persekitaran luar, kita tidak boleh elak daripada melalui tangga, longkang, tempat yang cerun, dan tempat yang tinggi. Hanya pengguna kerusi roda yang berkemahiran sahaja mampu mengharungi keadaan ini. Kerusi roda dicipta khas untuk kegunaan individu yang tidak mempunyai kekuatan anggota bawah, disebabkan itu ia dicipta dengan fungsi khas untuk menggantikan kaki, namun ia memerlukan sokongan tangan dan  kerusi roda hanyalah alat bantuan. Penggunaan kerusi roda yang canggih tidak akan memberi apa-apa makna andai tidak mempunyai ilmu dan kemahiran untuk mengendalikannya. Badan-badan kebajikan dan khidmat sosial perlu memikirkan bagaimana kaedah untuk membantu pengguna kerusi roda untuk memantapkan kemahirannya sebagaimana Pasukan Sokongan Spinal Jabatan Orthopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah mengadakan bengkel kepada pesakit-pesakitnya. (rujuk kepada entry lady yang lepas).

Setelah mempunyai kemampuan untuk menggunakan kerusi roda yang bersesuaian dengan memiliki kemahiran yang betul, perkara yang tidak kurang pentingnya adalah cara penjagaan kerusi roda. Bukan mudah untuk memiliki kerusi roda dan harganya bukanlah murah dan terdapat sesetengah keluarga yang tidak mampu memilikinya. Apabila telah memiliki kerusi roda, hargailah apa yang kita ada. Jagalah ia sebaik-baiknya supaya tidak mudah rosak. Kene belajar cara-cara penjagaan kerusi roda supaya ia mampu bertahan lama. Contohnya elakkan tayar kerusi roda daripada diselaputi oleh sampah seperti rambut dan debu-debu. Tidak terkena air untuk mengelakkan daripada mudah rosak. Dan yang paling utama tidak menggunakan minyak, bukan sahaja mengelakkan rosak tetapi juga untuk mengelakkan daripada licin dan pergerakan kerusi roda sukar dikemudikan.

Ini adalah panduan ringkas yang perlu dipandang oleh pengguna kerusi roda dan kepada penjaganya. Panduan ini adalah hasil daripada pemerhatian lady sendiri dan diambil sedikit daripada bengkel yang telah lady hadiri. Jika apa yang lady tulis ini salah, atau perlu diperbaikkan lagi, silalah tinggalkan komen, nanti lady akan edit artikel ini balik. Mungkin pengguna kerusi roda sendiri yang bertandang ke sini boleh meninggalkan komen supaya ia menjadi panduan kepada pengguna-pengguna yang lain.

Apa yang lady boleh perhatikan di sini, rakyat Malaysia masih kurang kesedaran terhadap pentingnya menjaga hak-hak kebajikan Orang Kelainan Upaya. (kami di USM menggunakan OKU sebagai Orang KELAINAN Upaya, bukan Orang Kurang Upaya) Diharap masyarakat tidak meminggirkan golongan OKU dan tidak memandang rendah kepada mereka. Terdapat sesetengah mereka jauh lebih baik dari anda. Hak mereka sama dengan hak anda. Di sini lady menyeru sangat-sangat, janganlah menggunakan kemudahan-kemudahan yang telah disediakan untuk OKU demi kepentingan anda. Hormatilah Hak-Hak mereka.

p/s : Jika anda memiliki kaki, tangan, mata hari ini, belum tentu esok anda memiliki apa yang anda miliki sekarang. Hari ini anda boleh bergerak bebas, tidak mustahil celik mata keesokan hari, anda tidak mampu bergerak lagi. Besyukurlah dengan apa yang anda ada sekarang dan gunalah ia dengan sebaik-baiknya. Ia hanyalah pinjaman sementara, apabila tiba masanya ia akan diambil kembali. Bantulah mereka yang memerlukan pertolongan kerana mungkin esok anda pula memerlukan pertolongan.

19 comments:

Fello Ariza said...

penah gune kusi rode no 1 tu je..

huhu

Zoulhusni:My Emancipation said...

betul..we easily take things 4 granted...

Cik Tengku Saliha Rahima Bt Tg Ariff said...

wow..kerusi roda skunk nie p0m da maju
hehe

fiq said...

salam...mekasih lady buat pasal entri ni..kdg2 akak nk citer pasal mereka yg paralysed tp takder sumber. cuma pengalaman masa dok kt hosp jer digunakan bt rujukan. tp bila dh pndh hosp alor setar dia takder kemudahan byk cam masa dok kat Wad K9 HKL. mekasih juga pasal cara pnjagaan kerusi roda tu. akak xtau yg tu. abang guna kerusi roda yg no 2 tu. mandi guna commode. doc penang nk suggest abg guna wheelchair yg lebih ringan. tp abg tak bleh balance lg. cuba citer pasal tingkat tulang belakang. abg T4 asia A..

seposeng karat said...

lady, ade permintaan...
beli yg no.5, pastu leh aku try duduk..heheh :P

RuSh D said...

byk jenis rupa nyer wheelchair nie.. ingat sama jer semua..huhu

maCy said...

um.. pna ke ye naekkusi roda. pna sesaje kot. pna retak je pakai tongkat saja.huhu

Tomato Gurl's Life said...

cik tom xpernah naik kerusi roda..tp arwah nenek pernah naik..kesian je..susah nak control..

gigi rongak said...

mcm jenis rupanya kerusi roda ni..haha

LadyBird said...

Fello :
akak pernah gune pc no 1, dan no 2, no 3.. :).. hihihihi.. main raser satu2..

LadyBird said...

zolhusni :
tu la pasal..

cik tengku :
beredar mengikut peredaran.. tetapi Malaysia masih jauh ketinggalan, terutama mentaliti masyarakatnya yg memandang rendah golongan OKU.

LadyBird said...

Kak Fiq :
oo.. kak fiq, sellaulah bw abg kak fiq gi wat senaman.. alat yg suh abg akak berdiri tu byk tujuannya, membaiki peredaran darah, saluran usus untuk mengelakkan sukar tuk membuang.. mula2 mmgla diletakkan di situ.. untuk menyesuaikan diri dulu kak Fiq.. sal T4 tu, lady kene mintak kawan lady explainkan sebab lady x brp memahami mslh tulang ni.. hihihihi.. tertidur time dr terangkan :P

LadyBird said...

seposeng karat :
xleh2.. kalau gune nanti terus xleh jalan.. baru padan muke kiter :P

LadyBird said...

RuSh D :
Lain-lainla en RuSh D, kalau salah pilih, penyakit lain lak bakal timbul :)

Macy :
pna tu pernah ek? hihihih..jenuh akak pikir ape la macy maksudkan nih.. hihihihi.. xyh pakaila macy.. nanti jatuh macam akak.. kalau org yg dah biasa xpe.. tgn kuat..

LadyBird said...

Tomato :
susah nak kontrol? arwah nenek terlebih berat kot, or tayar kerusi ade mslh.. kalau ade kemudahan, better gune kerusi roda yg bertayar angin, ia xde gegaran..

LadyBird said...

Gigi rongak :
yg lady letak tu sikit je tu.. byuk jenis lagi yg lady x letak gigi..

Luffy said...

huhu...ade org men mende ni siap leh wt wheelie lg..

░♥si lampu neon♥░ said...

wowww GREAT EXPLANATION ;) AKU SUKE YG RINGAN TUU TP WEH MAHAL DO

mujahid said...

love ur last para..p/s para. Jika anda memiliki kaki, tangan, mata hari ini, belum tentu esok anda memiliki apa yang anda miliki sekarang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...