Sunday, November 21, 2010

Unsur, Campuran, Sebatian - Berbeza?

Aku ingin bebas daripada sebatian itu!

Apabila suatu unsur suatu rasa hadir dalam diri..
kemudian menetap jauh di sudut hati..
selang beberapa waktu..
unsur-unsur lain hadir menyusul perlahan-lahan menemani unsur suatu rasa itu..

Kemudian ia bertindak balas dan akhirnya mereka bersatu membentuk suatu campuran sehingga pada satu selang masa tertentu yang sukar ditentukan..

Lama-kelamaan..
rasa2 yang bercampur tadi membentuk suatu sebatian disebabkan oleh faktor2 lain berupa tekanan, haba, dan pengaruh persekitaran yang telah dikenakan terhadapnya..

Sebatian itu kini menetap dan tersemat kukuh di suatu sudut hati..

Apakah yang berlaku pada hati itu?
Mampukah ia merasakan sebatian rasa itu dalam bentuk2 rasa yang berasingan?


Mampukah ia merungkaikan kembali sebatian rasa itu kepada bentuk campuran kembali.. dan seterusnya menjadi suatu unsur dan dibuang jauh-jauh dari sudut hatinya?

Andai pada mulanya dia tahu sebatian itu tidak mampu dipecahkan kembali.. tidak ingin dia menerima unsur-unsur itu menetap dalam hatinya dan membiarkan unsur2 itu meneruskan prosesnya menjadi suatu sebatian..

Apakah hati itu mampu lakukan sekarang?

Menunggu penemuan terbaru daripada saintis untuk memecahkan sebatian itu kembali kepada unsur-unsurnya..

andai tiada.. dia perlu membawa sebatian itu dan disimpan jauh disudut hatinya sehingga tiba masa Pemilik hati mengambilnya kembali..



p/s : saintis, tolong rungkaikan sebatian ini.. sebelum pemilik hati itu menjadi gila :( 
sob3x.. sukarnye nak rungkaikan perasaan ini dlm bentuk perkataan..

23 comments:

Fello Ariza said...

Mimpi Yang Tak Sudah

Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman

( korus )
Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah

Fello Ariza said...

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan

LadyBird said...

Fell betul2 menjiwai pemilik hati..
adakah fell pemilik hati tersebut?
sabar yer fell.. sob3x..

seposeng karat said...

inilah jadinye apabila seorang saintis cuba mengolah ayat menjadi bait-bait berbunga..hahhaha

keep it up ye cik saintis..
aku sokong mung dari blakang :)

LadyBird said...

sposeng :
sokong dari belakang dok ape.. tolok jangang.. suggung kekgi ..
ape2pun tq.. :P

najihah sahami said...

sis..nice entry..mish suke baca persoalan ni...hurmm..tnpa sedar..kita ada pautan perasaan...

LadyBird said...

mish :
hihihihi.. tulisan dalam keadaan tepu..
mish sorang jer faham.. hati mish pun ade auatu sebatian ke?
meh kite rungkaikan satu persatu sebatian tu menjadi unsur2 kembali.. kalau tak selama2nya kite tak mampu rungkaikan permasalahan yang membelengu diri..

wachak said...

Mengapa harus kita ditemukan
Di saat jiwaku keresahan
Apakah aku satu persinggahan
Mengubat rindu

Kau nyalakan perasaan
Mengukir kemesraan
Mungkinkah ada sinar
Bersama impianku

Dah telah ku duga
Suasana keindahan seketika
Aku tetap menanti mu

Penantian ... kebiasaannya menyiksakan

Encik MamaT said...

adeh... tak payah uraikan sebatian tu taleh ke.. adehh...

LadyBird said...

wachak :
wachak pun jiwang..
hikhikhik..
best ke lagu ni wachak.. nanti lady tengok :)

En Mamat :
Sebatian tu umpama masalah, kalau maslaah tak dirungkaikan dan diselesaikan..
selama-lamanyalah tertekan :P

Jari Finger said...

sebatian tuh campuran 2@lebih unsur ye?
erm...kalau unsur sayang bergabung dengan unsur sayang,pasti akan membentuk unsur kasih sayang yang padu kan?

kalau unsur sayang dicampur unsur dendam...agak-agaknya,unsur mana yg lebih kuat?? kena rujuk jadual berkala ke? :)

LadyBird said...

Cik Jari :
yer cik jari.. sebatian tidak mampu untuk dikembalikan kepada unsur2..

sebatian yg lady maksudkan kombinasi banyak jenis perasaan.. sayang, dendam, benci, kurang percaya, marah, rimas, jeles, putus asa dan semua jenis perasaan yang pernah dan mampu dirasai oleh manusia normal. sebatian yg terwujud menjadikan ia sukar tuk dikenali lagi unsur2 yg membentuknye..

p/s : susah jugak tu kene check jadual berkala :P ade ke ek khas tuk perasaan? :)

Hidayah Hanif said...

ohh pening~~..kuikuikuikui..

jatuh cinte ekkk....;)))))

LadyBird said...

Hidayah :

x, putus cinta :P.. hehehehehe..
xdelah.. perasaan berkecamuk.. :)
mental problem kot..

AngahSayang2314 said...

laduy lama tak mai sini heheh muaahhhh hehehee

LadyBird said...

rindu kat angah..
baby sihat angah?
muah muah jugak..

biskut said...

kalau mau dirungkaikan secara perjalanan sains rumit toh..tapi kalau mau diselesaikan dengan cara manual ia aku rasa masih boleh nih..hehe

░♥si lampu neon♥░ said...

BERSABARLAH ! ;)

Tomato Gurl's Life said...

cik tom xdpt nak rungkai sebatian sbb otak tgh blur..ni pun rush bw jap..sbb sat lg nak pi kL plk..lady, cik tom xsmpt apply maidam tue..xsmpt amik borang..good luck to lady ye..smoga dpt kerja tue!!

p/s: cik tom akan offline seminggu tp ade entry autopublish...kalo sudi jenguk2 la ye..hehe

zalizalu said...

kak lady! :)
dah lama tak nampak.. hehhe... amboi2... sebatian, campuran unsur nampak? jadi ahli kimia ke? :))

Mario said...

hehe...mmg mcm2 unsur yg dah jadi sebatian tu yg susah nak ubah ek...

LadyBird said...

Biskut :
boleh ke? cube rungkaikan pls.. huhuhuhuhu.. lady x mampu...

Lampu Neon :
sedang bersabar.. hihihi

LadyBird said...

Cik Tom :
oh ye ke..
sebenarnya lady dah isi, tp lady tak hantar..
bile dh isi tu rs malas lak nk hantar.. check kekosongan hanya satu jerk :( tu yg leceh tu.. sebab xde org dalam :(

Mario :
Rase2nye.. hihihi.. dah lama tinggal kimia.. ingat2 lupe jer mario..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...