Rabu, 29 September 2010

Keracunan Gas Karbon Monoksida

Setiap pagi atau petang, time Lady nak gi dan balik office, pasti Lady akan terpandang beberapa orang yang begitu rajin berjoging di kaki2 jalan. Lady pasti, kebanyakan daripada mereka begitu menitik beratkan kesihatan. Mereka berjoging dengan harapan dapat mengekalkan kesihatan tanpa mengetahui risiko jangka panjang yang terpaksa mereka tanggung. Jauh di sudut hati lady, lady terlalu kasihan melihat mereka kerana bagi Lady mereka tidak faham kesan negative yang menunggu mereka akibat daripada perbuatan mereka. Lady tidak menyalahkan mereka, kemungkinan mereka tidak terdedah dengan ilmu kesihatan yang sebenar.

Kadang2 kita musykil, kenapa orang yang rajin berjoging pagi2/ petang2 tetap menghadapi masalah kesihatan seperti masalah yang berkaitan dengan jantung, paru2, ginjal dan seumpama dengannya. Masalahnya sekarang bukan berpunca daripada jogging, tetapi factor persekitaran memainkan peranan penting. Udara yang bagaimana kita sedut. Apakah yang terkandung di dalam udara yang disedut dan apakah kesannya pada system badan kita. Persekitaran yang sihat amat penting untuk berkembangan tubuh kita. Persekitaran yang bagaimana yang dikatakan sihat? Adakah persekitaran di pinggir-pinggir jalan yang penuh dengan debu2, gas2 beracun yang dibebaskan oleh pelbagai jenis kenderaan?

Asap2 yang dibebaskan akibat daripada pembakaran karbon amat merbahaya kepada sistem saraf kita. Ia mengandungi gas yang dikenali sebagai karbon monoksida (CO). Dengan kepekatan yang tinggi, gas karbon monoksida (CO) mampu membunuh dengan hanya beberapa saat tanpa sempat menjerit atau meminta pertolongan. Kemungkinan pernah terdengar kes kematian di dalam kereta akibat daripada kebocoran ekzos kenderaan, pembebasan CO inilah punca utama berlakunya kes kematian mangsa yang terperangkap di dalam kereta.

Karbon monoksida (CO) beracun kepada manusia kerana ia boleh menjejaskan hemoglobin, satu komponen penting sel darah merah. Dalam keadaan biasa, hemoglobin mengangkut oksigen ke seluruh badan dan melepaskan/ membebaskannya ke tisu-tisu badan mengikut keperluan. Apabila gas CO disedut, ia akan menggantikan tempat oksigen dan boleh membunuh dalam beberapa minit sahaja jika kepekatan gas ini tinggi dalam darah. Jika kepekatannya lebih rendah, gejala-gejala keracunan CO akan hanya menyerupai demam selsema atau jangkitan virus lain yang lazimnya berlaku ketika musim atau cuaca sejuk.

Walau bagaimanapun dengan kepekatan yang rendah, CO mampu melumpuhkan system saraf utama/ pusat dan saraf yang rosak akibat daripada gas ini tidak mampu dirawat dan kerosakannya berkekalan sehingga ke akhir hayat. Mangsa keracunan CO boleh menyebabkan:
•   Parkinsonisma,
•  Keadaan tampang (vegetative) yang berterusan,
•   Mutisma akinetik (keadaan di mana individu tidak dapat membuat sebarang     pergerakan atau bunyi spontan),
•   Agnosia (ketidakupayaan untuk mentafsirkan sesuatu yang dirasai dengan betul),
•   Apraksia (ketidakupayaan untuk melakukan sesuatu pergerakan dengan tepat),
•   Kerosakan penglihatan,
•   Keadaan amnesia (ketidakupayaan untuk mengingat pengalaman lepas)/ konfabulasi (mereka-reka cerita apabila terlupa sesuatu yang dilakukan di luar kesedaran pesakit), atau
•   Psikosis (sejenis gangguan mental dimana fungsi mental terjejas teruk sehingga menjejaskan kebolehan pesakit memenuhi tuntutan kehidupan yang biasa).
Bagi kes-kes pesakit yang meninggal dunia awal berikutan keracunan CO, otak mereka didapati membengkak, berlaku pendarahan dan kesan tompokan akibat pendarahan di kulit. Jika mangsa berjaya hidup, kemudian mati dalam masa beberapa minggu berikutnya, penemuan utama yang biasanya diperolehi ialah mangsa mengalami anoksia iskemik (bekalan oksigen dan darah yang tidak mencukupi).

Terdapat risiko terhadap sistem reproduktif (pembiakan) yang ketara berkaitan dengan keracunan karbon monoksida. Artikel American Journal of Industrial Medicine memetik dua kajian yang menunjukkan pendedahan akut karbon monoksida yang tidak membawa maut kepada ibu hamil menyebabkan kehilangan janin (keguguran).

Kita memang digalakkan bersenam untuk menjaga kesihatan, namun begitu pastikan udara persekitaran kita bersih dan segar. Bebas daripada gas karbon monoksida. Jangan kerana kelalaian dan kekurang fahaman kita menyebabkan kita tersiksa di kemudian hari.

Nota kaki : Karbon Monoksida turut dihasilkan oleh :

•   Relau
•   Enjin berkuasa gas
•   Dapur kayu atau peralatan memasak yang tidak berfungsi dengan baik
•   Pemanas air rumah
•   Penanggal cat yang mengandungi metilin klorida
•   Asap dari semua jenis pembakaran
•   Asap tembakau
•   Pengering pakaian menggunakan gas yang tidak berfungsi dengan baik
•  Peralatan perkhemahan atau di kabin, pemidang logam untuk memanggang makanan, pengudaraan yang tidak baik, pemanas kolam mandi atau spa dan unit pemanas yang dipasang di siling rumah. 
Perkara-perkara di bawah mungkin menandakan (tetapi bukan setiap masa) bahawa terdapat kepekatan CO yang berlebihan dalam rumah anda:


•    Udara hapak dan pengap yang sukar hilang
•    Kelembapan berlebihan yang meluwap di tingkap
•    Bau wasap eksos di udara

p/s : Lady hanyalah seorang pelajar, jika terdapat sebarang kesalahan, sila perbetulkan. Terima kasih.

13 ulasan:

azhar berkata...

kesannya berbeza bagi org yg aktif brsenam @ tidak...peluh yg keluar dr badan dpt menyingkirkan toksik & bendasing...so tindakbalas persekitaran terhadap org yg kureng bersenam adalah lebih tinggi & lebih buruk...

LadyBird berkata...

azhar : tetapi apa yg lady tahu, apabila CO yg masuk ke dlm badan melalui hb akan merencatkan sistem saraf dan saraf yg terjejas tidak akan mampu dipulihkan balik.. lady dah wat reseach dah tntg tu..leh x azhar trgkan dgn lbh terperinci. tQ azhar :)

azhar berkata...

wow...sifat ingin tahu cik lady agak tinggi yer...takper saya akan cuba nanti....

LadyBird berkata...

azhar : memanglah..ladykan pelajar..kene ambik tahu.. tuk kepentingan sejagat.. hihihi.. tlg ek azhar.. tQ

Tanpa Nama berkata...

in conclusion,bersenam ler kat tempat yg byk poko..kat hutan rekreasi ker..huh..

LadyBird berkata...

Rush D :
betul2.. yg kaya dengan oksigen :D

Jia Sensei berkata...

salam lady,
bagusnya info.
belajar dlm bidang apa ye?

Berto berkata...

good info,mari selamatkan bumi dan bdn kita

LadyBird berkata...

Jia Sensei :
tQ jia :)

Bert :
ayuh, selamatkan paru2 kite dan bumi kite.. :)

Unknown berkata...

itu la.. pokok-pokok kat dunia ni pun dah tak tercover dah karbon yang dilepaskan...kuman "aku tewas .." Entry

LadyBird berkata...

Kuman..
betul tu.. pokok2 tak mampu mengambil co2 kerana terlalu byk gas co2 dibebaskan.. huhuhuhu..akibatnya bumi menjadi panas.. panas dan semakin panas.. pokok2 lak ditebang scr berleluasa.. xde keseimbangan dah skrg nih..

Wafiq Aqil berkata...

Hai Lady. Mmang btul tntang CO yang awk tlis tu.. Untk pngtahuan, (Karbon monokdida) CO lbih pkat dari (Oksigen) O2. Untk proses presapan (presapan oksigen dlam sel darah merah), fktor utama ialah kepekatan. Semakin pekat udara , smakin cekaplah proses presapan. Kpkatan yng rendah akan dibawa kluar n hnya sdikit sahaja yang diserap. Jdi bila kita sdut karbon monoksida yng trlalu bnyak, CO ni akan meresap ke dalam sel drah merah dan O2 xdapat dserap kerana CO lbih pkat dan sel darah merah xboleh mngangkut O2, mngkin oksigen dpat diangkut sdikit shaja. Sbab tulah rmai pnduduk bumi mati. Sel darah mrah ni brfngsi utk mngangkut oksigen ke peparu. Jdi, bila oksigen xdpat diangkut, matilah..

Wafiq Aqil berkata...

Sbnarnya bkan pkok xmampu, tpi trdpatnya CO2 yng brlbihan. Dan mnybabkan kesan² bruk kpada bumi spt pmnasan global selain mngakibtkan bnyak pnykit kpada mnusia Jdi cara baik, kita tnam tmbhan hjau, dn xmnbang pkok yng sdah besar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...