Khamis, 2 September 2010

Lailatul Qadar Lebih Baik Daripada Seribu Bulan

 Hari ini dah masuk hari ke 24 kita berpuasa, dan bermakna kita sekarang berada di 10 malam2 terakhir Ramadhan. Dalam 10 Ramadhan terakhir, terdapat salah satu malam yang teramat istimewa dipanggil Lailatul Qadar. Keistimewaannya malam ini adalah malam yang jauh lebih baik daripada seribu bulan.
Firman Allah dalam surah al-Qadar 1-5 yang bermaksud : Sesungguhnya Kami telah menurunkan ( al-Quran ) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah itu malam Lailatul qadar?. Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Di malam itu turun para malaikat dan Jibril dengan Izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Pada malam itu (penuh ucapan) kesejahteraan sehingga terbit fajar.

Walau bagaimanapun, Lailatul Qadar Allah sembunyikan waktunya supaya kita mencarinya sendiri. Hanya orang yang terpilih dan taat beribadat kepada Allah sahaja akan menjumpai malam istimewa ini.
Kenapa yer Allah tak bagitahu kita bilakan Lailatul Qadar tersebut?

Ini kerana Allah nak kita semua beribadat bersungguh2 sepanjang bulan Ramadhan dan meningkatkan ibadat di sepanjang 10 malam terakhir. Bukan hanya beribadat pada malam-malam tertentu sahaja.

Sebab yang kedua adalah, andainya Allah memberitahu kita bilakah berlakunya malam tersebut dibimbangi kita endah tak endah tentang pemberian Allah tersebut. Kita memandang enteng, malah  berani melakukan maksiat pada malam tersebut walhal mereka tahu kelebihan malam tersebut. Ini akan menyebabkan mereka terjerumus ke lembah kecelakaan dalam keadaan dia tahu dan ingatlah bahawa berbuat maksiat atau tidak bersungguh dalam melakukan ibadat dalam keadaan kita tahu ia merupakan malam yang mempunyai kelebihan yang besar adalah lebih berat dosanya daripada kita tidak mengetahuinya.

Seterusnya, seseorang yang meyakini akan datangnya malam al-qadar maka dia akan bersungguh-sungguh mencarinya pada keseluruhan malam Ramadhan dengan harapan akan berkebetulan dengan malam al-qadar. Allah akan bermegah dengan usahanya ini dengan menyatakan kepada para malaikat bahawa inilah manusia yang pernah kamu katakan bahawa mereka akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di bumi sedangkan apa yang kamu lihat ialah mereka merupakan makhluk yang kuat beribadat
..................................................................


Alhamdulillah kita masih ada 6 atau 7 malam lagi tersisa.. Marilah kita sama-sama berusaha untuk mendapatkan Lailatul Qadar.. Berusaha untuk melakukan ibadat seikhlasnya. NIlai ibadat tersebut bukan melalui berapa banyaknya kite buat, tetapi berdasarkan keikhlasan kita mengabdikan diri kepada Allah..

Ini merupakan doa yang diajar oleh Rasullullah S.A.W kepada kita :

"Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fuanni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini)." (Hadis riwayat al-Khamsah).
Sepanjang Lailatul Qadar adalah saat doa yang dimakbulkan. Maka perbanyakkan doa pada malam itu.  Doa yang paling baik adalah doa memohon keampunan kepada Allah.

Dan kalau ada nak mintak ape2 seperti nak mintak jodoh dipercepatkan ke, dijodohkan dengan orang2 yang baik2 ke, mendapat keje tetap ke.. bolehla doa, InsyaAllah akan dimakbulkan. :D

Teringat zaman sekolah dulu, cikgu selalu kata, study malam al-Qadar berkat, senang ingat sebab ia diibaratkan study selama 1000 bulan. Allahua'lam. Lagipun study pun salah satu ibadat.

Jadi, jom kita kejar Lailatul Qadar. :) Malam yang penuh dengan keberkatan, InsyaAllah.

p/s : Nak dipercepatkan jodoh, hehehe.. toing toing toing.. nak anak ramai.. nak jadi housewife yang berjaya. Tolong aminkan ek..

6 ulasan:

Mario berkata...

ok...thanks tuk peringatan ni

Tanpa Nama berkata...

Sama2 mario :)

Akram berkata...

tak lame je lagi ni kan ramadhan nak abis...

Tanpa Nama berkata...

Akram Razali :
lagi 5 hari Akram, entahkan jumpe entahkan tidak Ramadhan tahun depan :(

zulyunus berkata...

Serahkan diri sepenuhnya kepada Allah di penghujung Ramadhan ini. Detik-detik kritikal yang dinanti-nanti, sebagai bekal untuk setahun lagi...

Mudah-mudahan dipertemukan dengan lailatul Qadar...

Tanpa Nama berkata...

InsyaAllah En. Zulyunus, Terima kasih kerana sudi ke teratak ini. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...