Rabu, 29 Februari 2012

Khasiat Bawang Merah

Assalamualaikum :D..

Kali ini lady nak kongsi rahsia khasiat bawang merah yang lady dapat daripada buku Cara Makan Rasulullah saw. karangan Prof Dr. Abdul Basith Muhammad as-Sayyid (terjemahan Bahasa Melayu). 


♥ Dapat Membantu Mengatasi Masalah Dalam Sistem Pencernaan
♥ Dapat Membakar dan Mengolah Kandungan Gula Dalam Darah Seperti Peranan Insulin
♥ Mampu Membunuh Bakteria/ Virus
♥ Dapat Menguatkan Sistem Saraf
♥ Melindungi Pembuluh Darah dari Masalah Pembekuan Darah
♥ Menguatkan Akar Rambut

Ini adalah antara khasiat2 yang diketengahkan dalam buku ini, namun begitu tidak disertakan cara menggunakannya.

Buku ini banyak ketengahkan rahsia pemakanan Rasulullah dan sahabat, tetapi untuk rujukan pelajar amat tidak sesuai, kecuali jika buku bahasa asal kerana istilah saintifik di dalamnya bercelaru. 

Tetapi untuk rujukan umum amat sesuai.

Isnin, 27 Februari 2012

Sakaratul Maut dan Kematian

Assalamualaikum kepada semua.. ♥

Semoga sihat sejahtera sokmo.. sekarang di Terengganu sedang diadakan Pesta Buku anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu yang bertempat di TTC, bermula dari 23 Februari sehinggalah 29 Februari ini.. Alhamdulillah sambutan amatlah mengujakan. Alhamdulillah.. Jemputlah ke sana yer bagi yang berada di Terengganu sekarang. ♥


Lady sebenarnya teruja untuk berkongsi sesuatu yang berkaitan dengan perkara di atas. Panduan ini lady ambil daripada sebuah buku yang bertajuk Panduan Menguruskan Jenazah. Lady beli di pesta buku tersebut.

Bagi lady, ilmu ini sangat2 penting memandangkan kematian itu boleh berlaku tidak kira di mana-mana, dan kita perlu bersedia untuk menghadapinya.

Seandainya kita berada di samping orang yang telah sampai ajalnya, di samping berdoa agar Allah memudahkan dan mengampunkan dosa-dosanya, terdapat perkara-perkara lain yang digalakkan untuk kita melakukannya. Antaranya adalah :

1. Mentalqinkannya

Iaitu mengajar menyebut Lailahaillallah secara tenang dengan sebutan yang mantap supaya mudah untuk diikuti. Jika sudah diikuti dan kelihatan lidahnya sudah bergerak mengikutinya, maka tidak perlu diganggu lagi.

Andai dia bercakap atau meminta sesuatu selepas itu, maka perlu diajar lagi supaya khalimah yang terakhir yang disebut sebelum ajal menjemput adalah khalimah Lailahaillallah..

2. Menghadapkannya ke arah kiblat

Badan pesakit sebaiknya dihadapkan ke arah kiblat, dalam keadaan berbaring pada sisi badan yang kanan, kepalanya ke arah utara dan kakinya ke arah selatan.

Jika dalam keadaan telentang, kepalanya mengarah ke timur, dan agak ditinggikan sedikit dengan memakai bantal, sementara kakinya ke arah kiblat.

3. Menjemput orang soleh

Sunat menghadirkan orang-orang soleh yang diharapkan keberkatannya ke tempat orang yang hampir mati dan sunat mendoakannya mendapat keampunan dan keringanan di saat itu.

4. Membaca surah Yasin

Disunatkan membaca surah Yasin di samping orang yang sedang nazak.

5. Menutupkan kedua matanya

Bagi seseorang yang telah meninggal, banyak perkara yang perlu diperhatikan. Antaranya adalah menutupkan matanya andai ia terbuka, mulutnya andai terbuka perlu ditutupkan, kakinya dan badannya perlu diluruskan, dan tangannya hendaklah dilipat ke pusat seperti orang yang sedang mengerjakan solat.

6. Menyelimutinya

Orang yang sudah meninggal perlu ditutupi badan keseluruhannya untuk mengelak orang ramai melihat rupanya yang telah berubah.

7. Segera menyelenggarakan pemakamannya

Orang yang sudah meninggal dunia hendaklah segera diuruskan jenazahnya, termasuk memandikan, menkafankan, menyembahyangkan, sehinggalah menguburkannya.

8. Membayar hutangnya

Orang yang meninggal dunia sedangkan dia masih mempunyai hutang, sepatutnya jangan dikuburkan dahulu sebelum hutangnya diselesaikan.

9. Berdoa dan mengucap Istirja'

Kita disunatkan mengucap Istirja' tatkala mendengar berita kematian orang Mukmin iaitu Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Rajiun.

10. Memberitahu kematiannya

Kalau terjadi kematian, kita disuruh memberitahukannya kepada ahli keluarga dan saudara mara si mati, begitu juga kepada kawan-kawannya dan orang soleh. 

Tujuannya supaya mereka turut sama mendoakannya dan juga memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan pahala yang besar, yakni menyelenggarakan jenazahnya.

Ini kerana, menguruskan jenazah sehingga penguburannya adalah sangat besar pahalanya.

Ini antara tindakan yang perlu dibuat sewaktu berlaku kematian. Lady ingin membuat sedikit tambahan berkaitan dengan membaca surah Yasin. Sepatutnya apa yang lady belajar, kita membaca surah yasin dengan suara yang perlahan dan hanya seorang sahaja yang menguatkan suara dan bertindak menjadi ketua dan beliau hendaklah berada berhampiran pesakit. 

Ini adalah untuk memudahkan pesakit dapat menghayati bacaan yasin tersebut dan keadaan tenang, tetapi apa yang lady perhatikan sekarang adalah, bacaan secara beramai2 dan setiap org membaca ayat yg berlainan dan menyukarkan untuk mendengar patah2 bacaan Yasin tersebut.

Seelok2nya bacalah dengan suara yang perlahan dan hanya seorang sahaja yang menguatkan suaranya untuk didengari pesakit. Allahua'lam.

Sabtu, 25 Februari 2012

Aku Nak Tutup Aurat, Tapi...

Lady jumpe tulisan ni dalam Facebook Kak Fatin Nabila, iaitu salah seorang penulis buku dari Terengganu.
Lady nak kongsikan bersama sahabat di sini.. Berkaitan dengan aurat wanita.. Lady edit sikit2 ayatnya..



Kawan A : Pernah tak kau terfikir satu perkara?

Kawan B : Ape??

Kawan A : Hmm.. pakaian aku ni xsempurna tutup aurat.. macam x tutup jerk..

Kawan B : Ko jangan cakap camtu. Aku pun..

Kawan A : Aku kadang-kadang pakai baju lengan pendek. Tudung pakai camtu-camtu je. Tak pakai anak tudung.. Tak pakai stokin. Ak risau la.. dah la kadang2 aku pakai baju sendat.. macam x pakai baju..

Kawan B : Kiranya kau nak cakap yang kau dah tak selesa la erk bila pakai camtu??

Kawan A : Hmm.. Aku tingin nak berubah sebenarnya.. Tapi.. aku risau orang tak leh nak tima perubahan aku nanti. Ko tau kan geng kita tu camne.. Fashionable..

Kawan B : Bagi aku, kalo ko betol-betol nak berubah go ahead. Aku faham apa yang kau cakap tu. Memang dah tanggungjawab kita kan tutup aurat. Tapi, kau dulu la berubah. Aku tak dapat hidayah lagi. Tak sampai seru orang cakap.

Kawan A : Aku bukan nak bagi ceramah dekat ko.. Tapi, aku pernah tepikir camni tau. Konon-kononkan kita pegi jalan-jalan kat mall mane-mane la kan, dalam keadaan kita tak tutup aurat. Nak dijadikan cita, sampai sudah ajal kita time tu. Kita maybe accident or mati dengan tiba-tiba. Aku takut aku tak sempat nak mengucap and mati dalam keadaan macam ni, dalam keadaan tak tutup aurat. Sebab aritu aku ada baca kat fb, ustaz mane tah cakap, "perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian ."
(Riwayat Muslim)

Kawan B : Amboi ko, sekali ngan hadis kau kasik erk.

Kawan A : Aku cuma nak bagi evidence je. Kau jangan salah faham pulak. Hmm.. Kalo nak tunggu hidayah, memamg takkan datang free-free. Kita kena carik hidayah tu. Aku rasa kita kena berubah sekarang.

Kawan B : Diam..

Kawan A : Aku takut hidayah atau pun apa yang aku dan kau rasa sekarang ni, cuma datang sekali saja. Rugilah kita kalo tak sambut seruan Allah ni. ="(

Kawan B : Aku pun rasa camtu gak. Tapi, aku tak tau nak start camne.

Kawan A : Apa kata kita start dengan stop pakai baju lengan pendek, seluar ketat.. Then, kita cuba pakai tudung yang tak jarang and menutup dada. Pastu kita biasakan diri dengan pakai stokin pulak. Amacam??

Kawan B : Okey jugak cadangan kau tu.. Aku setuju. Insya-Allah. Mudah-mudahan kita mampu berubah menjadi yang lebih elok. Amin.

Kawan A : (Tersenyum) Insya-Allah. Kalo kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita.. Amin. Permudahkanlah kami Ya Allah.. Jangan sampai kami tak berubah kerana mencari redha manusia.


P/s : Kepada yang ada terdetik di hati untuk lebih menjaga diri dan menutup aurat selengkapnya, lakukanlah perubahan tersebut. Ingat. bukan redha manusia yang kita cari. Bukan manusia tu yang akan bagi kita masuk syurga atau neraka.

Tabahkan hati. Mohon lah pada Ilahi. InsyaAllah, Allah Maha Mengetahui. Sapa yang betol-betol berkeinginan, Insya-Allah Allah akan tolong. Percayalah.. moga Allah redha.

"perempuan yang memelihara auratnya memang awesomeee !"


Sumber : abcpenahatiku

Jumaat, 24 Februari 2012

Manfaat Solat Bagi Kesihatan

Assalamualaikum wbt..


Kali ini lady nak kongsikan bersama ilmu yang dipetik daripada buku tentang Manfaat Solat Bagi Kesihatan Sejagat. 

Dr. Abdul Basith Muhammad menulis dalam bukunya yang berjudul Fikah Kesihatan (Cara Nabi Mencegah Penyakit) (2007 : 13), solat mengandungi latihan untuk jiwa dan aktiviti bersukan.

Kebiasaannya daripada kita, jika bicarakan berkaitan dengan kesihatan, penjagaan kesihatan, pasti kita terus memikirkan tentang aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota badan seperti bersukan, berjoging, aerobik atau melakukan aktiviti lain yang melibatkan pergerakan fizikal.

Kita jarang menjuruskan pemikiran kita kepada apa yang dibuat sehari-hari dalam agama kita. Sedangkan Islam merupakan suatu ajaran yang sangat lengkap merangkupi semua aspek kehidupan, termasuklah dalam penjagaan kesihatan.

Sebelum ini lady kongsikan berkaitan pemakanan, dan kali ini lady akan berkongsi berkaitan solat, yakni termasuk dalam suatu kaedah yang amat penting dalam penjagaan kecergasan dan kecerdasan penganutnya.

Aktiviti bersukan adalah perbuatan berdiri, rukuk, sujud, duduk serta pergerakan tubuh yang lain seperti merenggangkan otot serta pergerakan tubuh yang lain seperti perut dan usus. 

Sujud misalnya berfungsi menggerakkan makanan dari usus serta membantu membuang kotoran keluar dari usus dan perut.

Dr. Abdul Basith Muhammad menambah, "Rasulullah adalah 'mahaguru' kepada para pengamal perubatan. Baginda mengajar ilmu perubatan kepada pelbagai pusat pengajian tinggi kuno mahupun moden daripada ilmu yang baginda terima secara langsung daripada Sang Pencipta.

Allah swt. berfirman maksudnya : 'Ucapannya tiada lain hanyalah wahyu dan apa yang diwahyukan kepadanya.'

Kerana itu, hadis-hadis Rasullullah saw. mengenal penyakit dan penawarnya mewarnai kajian-kajian perubatan kontemporari."

Ramai orang yang sihat kerana mengamalkan solat secara berterusan kerana hakikatnya solat itu juga sama dengan bersukan.

Lady pernah terbaca suatu cara rawatan penyakit yang serius melalui pengamalan solat malam. Alhamdulillah, beberapa sahabat lady telah mencubanya.. dan Alhamdulillah ada yang berjaya.

Andai kita kembali kepada ajaran Islam dan amalkan secara berterusan, InsyaAllah banyak hikmah yang kita akan perolehinya tanpa kita sedari.

Jom kita sama-sama mempraktikkan pengajaran Islam secara menyeluruh, merangkumi aspek ibadah, sunnah Rasullullah dan hukum-hakam yang telah ditetapkan bagi kita sebagai panduan.

Allah tidak pernah menetapkan sesuatu peraturan itu untuk membebankan makhluknya sebaliknya adalah untuk kebaikan kita bersama. 

Rabu, 22 Februari 2012

1 Litre Of Tears

Assalamualaikum... ♥

Tadi time usaha membalas jejak dan mengomen blog.. lady terjumpa satu blog melalui blog Mr Mario. Blog tu mengisahkan diri beliau iaitu tuan punya blog yang diberi nama 1 Litre Of Tears. Boleh klik nama blognya untuk terus ke blog beliau. 

Siapa yang pernah menonton rancangan Korea yang bertajuk 1 Litre Of Tears pasti dapat agak apakah isi kandungan blog tersebut. Sebuah kisah yang sangat-sangat sedih yang pernah lady tengok, setiap episod dan setiap apa yang berlaku dalam movie tersebut amat menyedihkan. Dan lady sangat2 sedih seolah-olah sedang memerhatikan kehidupan lady sendiri sedang ditayangkan di situ.

Tetapi lady bersyukur sangat2 kerana lady tidak diberi ujian hebat seperti itu untuk dilalui. Tetapi tidak bagi kak Cahaya, iaitu pemilik blog tersebut. 


Lady sebenarnya tidak memahami sangat penyakit yang dihidapi oleh beliau, namun lady rasa lady memahaminya kerana sebahagian yang kak Cahaya lalui pernah lady lalui. Tetapi lady sukar untuk mengisahkan kehidupan sendiri sebegitu telus.

Tetapi, bila baca nukilan beliau satu persatu.. dari awal entry sehingga ke akhir entry beliau lady baca dan ade jugak yang lady tinggalkan komen. Secara tidak langsung beliau banyak memberi semangat pada lady. Alhamdulillah..

Part yang paling sedih bila beliau tuliskan tentang perkahwinan.. Bagi orang yang sakit, part itulah yang paling memeritkan selain daripada setiap episod kehidupannya perlu ditempuhi dengan ketabahan dan semangat yang luar biasa.

Namun begitu, lady kagum sangat2 dengan ketabahan beliau.. Beliau titipkan semangat kepada lady untuk meneruskan hidup. Setiap orang lain cabarannya, setiap orang lain episod kehidupannya.. dan setiap orang berlainan cara mendepaninya. dan semestinya setiap orang memerlukan cara yang berbeza untuk menasihati dan memuhasabahi dirinya.

Syabas Kak Cahaya.. :D.. gambate Kudasai sis.. Walaupun lady tak kenali akak.. x pernah bertegur sapa dengan akak.. tapi, lady dapatkan sesuatu dari akak.. ♥

Semoga Allah memberi keringanan dan bantuan kepada akak untuk meneruskan hidup dengan cabaran yang tidak pernah bertepi. Tiada seorang pun yang mengetahui deritanya.. andai diri sendiri tidak kuat, pasti kesudahannya terlalu sukar tuk dibayangkan. Yang penting ketabahan di dalam diri.. keyakinan dalam hati.. Allah tetap bersama orang2 yang sabar.. Insya-Allah..

Pemotivasi yang terbaik adalah diri kita sendiri.. Andai diri tidak kuat, tidak redha.. apa jua nasihat yang dituturkan pasti tidak berkesan. 

Kepada sahabat yang memberi nasihat kat entry bawah ni.. terima kasih sangat2.. nasihat kalian akan lady semat di dalam hati.. dan akan dipraktikkan slow2.. insya-Allah..

Rontaan Jiwa

Apabila jiwa sering dihadapkan dengan sesuatu yang berat..
Ia akan stress.. stress dan stress..

Ingin menukar haluan menjadi lebih santai..
Namun diri tidak berupaya..
Mungkin disebabkan bebanan yang sudah tidak tertanggung menjadikan jiwa ini terlalu berat untuk dibawa..

Jika diluahkan..
Siapakah yang betul2 memahami?

Jika melarikan diri..
Di mana mahu dibawa diri ini?

Setiap hari perlu berdepan dengan sesuatu yg sukar untuk diterima..

Bila orang baca, dia akan cakap.. masing2 ade masalah.. ia sebahagian daripada sebuah kehidupan.. setiap orang melalui perkara yang sama..

Sebenarnya ungkapan sebegitu bukanlah mendamaikan hati yang dalam tekanan..

Sabar ye awak.. Allah uji awak sebab Allah sayang awak..

Ungkapan sebegini lebih mendamaikan.. tapi terlalu banyak diterima.. dan ia telah bertukar menjadi sesuatu yang tidak menyenangkan..

Setiap yang memberi nasihat tujuannye baik.. Alhamdulillah baik..

Tetapi kadang-kadang bukan nasihat yang diperlukan.. Cukuplah menjadi pendengar, dan sekurang-kurangnye menyokong..

Bukan nasihat yang berjela-jela.. nasihat yang berjela jela itu menambah bebanan di hati..

Ramai orang pandai mengungkap kata2 nasihat.. tetapi jarang yang mendalami sebelum menasihati.. masing-masing seolah2 mahu menunjuk diri kuat, hebat dengan mengukir kata2 motivasi yang berapi-api..

Belajarlah untuk memahami dan berkongsi.. bukan menasihati..

Nasihat bukanlah perkara yang dikehendaki.. tetapi memahami dan sifat berkongsi itu lebih diperlukan di saat tekanan melanda..

p/s : Teringat seorang sahabat dulu.. time sgt2 stress dan sedih.. dia datang ke bilik dan memeluk erat.. dia jadikan diri die tempat untuk menangis.. pendengar setia esakan kita.. dan dia tidak memberi sedikit pun nasihat.. dan alhamdulillah, krn dia.. mampu bangkit balik walaupun die tidak memberi sepatah kata.. kerana dia tahu.. dah ramai memberi nasihat.. tetapi tiada seorang pun yang memberi peluang untuk kita melepaskan kesedihan kita.. merungkaikan hati kita.. dan dia menjadikan dia untuk itu..

Perjalanan ini masih terlalu jauh untuk ku lalui.. Ini sebagai permulaan sebuah kehidupan..

Lady x stress pun ni.. kalau stress dah mcm2 jenis patah kata lady kuarkan.. ni just imbauan perasaan time stress.. :D

Selasa, 21 Februari 2012

Ku Redha Sendiri..


..Aku Bukan Aku..
..Yang Kau Kenali Dulu..
..Engkau Bukan Engkau..
..Yang Pernah Memukau..

..Di Hadapan Kita..
..Dua Insan Berbeza..
..Yang Mencari-Cari..
..Arahnya Sendiri..

..Suara Senada..
..Seida Sekata..
..Tiba Saatnya..
..Bercanggah Jua..

..Kita Yang Bersifat Baru..
..Berubah Dengan Waktu..
..Kau dan Keangkuhanmu..
..Mencabar Kesabaranku..

..Ke Mana Kelembutan..
..Bicara Yang Bersopan..
..Diriku Dikasarkan..
..Oleh Pengalaman..

..Andainya Berjauhan..
..Rahmatnya Kedamaian..
..Biar Kau Pergi..
..Biarku Di Sini..

..Biar Kau Pergi..
..Biarlah..
..Ku Redha Sendiri..
p/s : Tiada kata2 yang mampu mengukir sebuah perasaan..
Betul bingkisan kata dalam filem Ombak Rindu..
Redha itu Ikhlas..
Pasrah itu Menyerah..

Bingkisan ini sebenarnya sebuah lagu.. tp x tahu lagu zaman bile.. yg pasti lady x pernah dgr lagu ni sebelum2 ni..

Isnin, 20 Februari 2012

Kelebihan Anak Menyusu Ibu


♥ Watak Anak Lembut

♥ Emosi Anak Stabil

♥ Pembesaran Anak Yang Berwatak Yakin dan Berani

♥ Anak Tidak Mudah Mengalami Tekanan Jiwa

♥ Minda Anak Lebih Cemerlang

♥ Fizikal Anak Lebih Mantap 

♥ Keimunan Badan Lebih Kebal Terhadap Penyakit

♥ Anak Lebih Mengasihi Ibu Serta Adik Beradiknya

[Sumber : Minda Hebat]

Ahad, 19 Februari 2012

Pemenang Teka-Teki Bulan - YUMIDA

Assalamualaikum wbt.. 

Kali ini lady nak umumkan pemenang bagi soalan kuiz berkaitan bulan yang lady buat di SINI.. jawapannya lady telah nukilkan di SINI

Terlebih dahulu lady memohon maaf kerana lady 'peram' pemenangnya buat sementara waktu kerana menunggu cenderahati siap diproses. :P 

Pemenang bagi soalan kuiz adalah milik Blogger :
Tahniah Yumida.. :D

Kepada pemenang, mohon utnuk meninggalkan alamat beliau di laman komen entry ini.. Insya-Allah lady takkan approvenya.. Lady just nak ambik alamat untuk postkan hadiah tersebut.

Kepada Blogger lain yang sudi menjawab soalan kuiz lady, terima kasih sangat2 kerana memberi respond positif.. Alhamdulillah.. lain kali insya-Allah teka teki lain bakal menyusul.

Tahniah sekali lagi kepada Yumida.


Tambahan :

Lady ingin mengambil peluang ni tuk memaklumkan kepada pemenang bahawa.. profile blognya mempunyai masalah. Apabila ditekan pada entry komen yang ditinggalkan, akan terus ke sini :

Profile Not Available

Mungkin akan menyukarkan blogger lain untuk membalas jejak melalui komen, atau 'follower'.. Mungkin beliau tidak perasan akan permasalahan ini..

p/s : Cenderahati ditempah daripada blogger Infonewbie.

Sabtu, 18 Februari 2012

Khasiat Jambu Batu Bagi Penghadaman

♥Assalamualaikum♥

Entry ini merupakan entry kesinambungan daripada perbincangan kita tentang Perut Sumber Penyakit, Khasiat Anggur Bagi Penghadaman dan Khasiat Epal Bagi Penghadaman. Kali ini akan berkongsi info berkaitan buah yang seterusnya iaitu buah jambu batu.. juga bagus untuk sistem penghadaman manusia..

Jambu Batu
Kalau zaman lady kecik2 dulu.. sangat suka makan buah jambu ni.. Pokok jambu pun banyak di keliling rumah.. Kalau dulu, makan tanpa buang biji.. tapi sekarang bimbang untuk telan mcm tu jerk.. tkt nanti bijinya tersumbat kat apendiks.. haru plak.. huhu..

Buat pengetahuan semua, serat yang terdapat pada jambu batu cukup baik untuk melancarkan proses pencernaan. 

Pencernaan yang lancar akan membawa kotoran-kotoran yang tidak terserap oleh usus sehingga menyebabkan masalah pada saluran pencernaan.

Jus jambu batu ini diminum satu gelas (200ml) sehari sekali pada waktu pagi sebelum sarapan. 

Di antara masalah pencernaan yang boleh diatasi dengan pengambilan jus jambu batu ialah cirit-birit, gastrik dan sembelit.

Untuk menghasilkan satu gelas jus memerlukan satu gelas jus memerlukan sebiji jambu batu yang besar.

Tips Memilih Jambu Batu

♥ Pilihlah buah yang sudah masak
♥ Mempunyai isi yang tebal dan lembut, rasa yang manis dan tidak busuk.

Manfaat Lain Jambu Batu Terhadap Kesihatan ialah :-

♥ Menurunkan paras kolesterol
♥ Sebagai ejen antioksidan
♥ Melawan virus

Inilah sedikit sebanyak info tentang jambu batu.. lady ambik dari buku mane ntah.. lupe dah.. buku tu dah selamat lady hantar kat pustakaan awam trg..

Jumaat, 17 Februari 2012

Cara Makan Sunnah Nabi

Tertarik dengan kenyataan Rasulullah SAW dalam buku Khal Tamar Plus, Rasulullah memberi amaran bahawa "perut adalah punca penyakit". 

Jadi salah satu ikhtiarnya adalah melalui amalan Khal. Bagi orang Islam, Nabi SAW adalah contoh terbaik, setiap perbuatan Nabi SAW mempunyai sebab tersendiri, dilakukan atas jagaan ilmu Maha Mengetahui. 


Setelah google banyak artikel/ blog kesihatan, ini hasilnya untuk nota sendiri dan sebaran. Namun begitu, tiada rekod/ catatan sumber asal dicatatkan (jadi kesahihan tips ini masih boleh diragukan, wallahualam).

Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.

1. Jangan Makan/ Minum
Susu bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Ikan, Ayam, Cuka, Buah
Ikan bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Telur, Daun salad

2. Cara Makan
Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas.

Tidak makan buah selepas hidangan berat (eg: nasi, gandum, roti). Hanya makan buah sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan makanan pra-cerna,boleh masuk terus dari perut ke usus. Jika dimakan bersama makanan lain (eg: buah bertemu makanan lain dalam perut), buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri.

Tidur sejam setelah makan tengahari (sebelum waktu zohor)

Dilarang meninggalkan makan malam. Jika abaikan? Kekurangan nutrisi menambah risiko penuaan (dimakan usia/aging) dan peningkatan berganda kolesterol dalam badan.

Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/ mencampur makanan darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian, ion+ dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus manusia.

Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu dalam proses pencernaan makanan.

Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas.

Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan. Garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan). Jadi, pengambilan garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid mencukupi bagi mencernakan makanan. Kebanyakan efek negatif garam seperti diwarwarkan dunia kini adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida.

3. Cara Minum
Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk.

Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. Sila minum sebelum/ selepas makan.

Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat. Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan patogen dalam badan lalat.

3. Lain-lain Sunnah Amalan Pemakanan Sihat
Bersugi sebelum dan selepas makan. Malah Nabi SAW juga bersugi sebelum setiap kali menunaikan solat fardhu.

Makan makanan "whole foods" (makanan yang mengekalkan sebatian asal, bukan makanan proses). Makan makanan yang ada dalam musimnya. Tidak mencampur sejenis makanan bersama sejenis makanan lain sesuka hati. Kini hanya 25% penduduk dunia yang masih makan "whole foods".

Tidak mencari kesalahan dalam hidangan. Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik.

Sumber : Blog Kesihatan

Khamis, 16 Februari 2012

Saiz Perut Bayi


Saiz perut bayi yang baru lahir hanya sebesar cawan telur. 
Maka, bayi perlu diberi minum sedikit tetapi kerap. 
Bayi mendapat seluruh keperluan pemakanannya melalui susu sahaja.

[Minda Hebat]

p/s : cawan telur tu sebesar bekas telur yang diletakkan telur sms kenduri kawin..

Rabu, 15 Februari 2012

Adil Allah Tidak Terjangkau Pemikiran Manusia

Assalamualaikum dan salam sentosa.. salam bahagia.. salam sejahtera sokmo.. ameeeeennn..


Hari ini lady nak berkongsi sesuatu yang indah bagi lady pada kalian semua.. Sesuatu tentang kemanisan sebuah kehidupan yang tidak terjangkau dengan akal seorang manusia yang terbatas..

Pengajaran yang diambil daripada rancangan TV al-Hijrah. Ditayangkan setiap hari kira2 jam 6 petang.. baru semalam lady tengok.. macam kisah dalam citer Doraemon gitu..♥ Pintu Ajaib ♥

Dalam slot rancangan tersebut, terdapat tiga jejaka tampan mencari erti sebuah keadilan. Jejaka A, B, dan C. Mereka bertemu dengan seorang hakim pencen untuk mengetahui hakikat sebuah keadilan. Hakim tersebut pernah menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara kepada jejaka C.

Setelah mengetahui hajat kedatangan mereka, si hakim meminta semua duit yang ada pada ketiga-tiga jejaka tersebut untuk diberikan padanya. Tanpa banyak soal, mereka bertiga memberikan kesemuanya kepada hakim tersebut.

Kemudian hakim tersebut bertanya, andai diberi pilihan.. cara bagaimanakah mereka ingin si hakim membahagikan duit2 tersebut secara adil kepada tiga jejaka tadi. 

Adakah dengan cara Allah ataupun dengan cara keadilan manusia. 

Mereka memilih adil dengan cara Allah.

Maka si hakim mengambil duit tadi dan mencampurnya, secara rawak si hakim membahagikannya kepada dua tanpa mengetahui bilangan sebenar duit tersebut dan memberikannya kepada jejaka A dan jejaka B. Jejaka C tidak mendapat satu sen pun daripada pembahagian tersebut.

Jejaka C memprotes dan mempersoalkan pembahagian yang tidak adil baginya. 

Si hakim menerangkan, itulah pembahagian Allah yang maha adil, tidak terjangkau dengan pemikiran logik akal manusia yang terbatas.

Pada harta sang kaya, tersimpan hak org miskin padanya. Maka memang kewajipan si kaya mengembalikan harta si miskin yang ada padanya dengan cara memberi zakat atau bersedekah.. itulah keadilan Allah.

Begitu juga bagi setiap kelebihan yang Allah berikan kepada setiap manusia itu bukan milik mereka.. dan mereka perlu gunakannya untuk membantu yang lain.

Contohnya bagi yang sempurna fizikal, ada milik hak orang yang tidak sempurna di situ. Dan mereka perlu mengembalikannya dengan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan..

Itulah keadilan Allah....

p/s : cube click link Doraemon yang lady tinggalkan di situ. Lady suka lagu tu.. buat lady rasa enjoyyy.. 

Khasiat Epal Bagi Penghadaman

♥Assalamualaikum♥

Entry ini merupakan entry kesinambungan daripada perbincangan kita tentang Perut Sumber Penyakit dan Khasiat Anggur Bagi Penghadaman.


Kali ini lady nak berkongsi berkaitan dengan buah epal pula, iaitu sebagai salah satu buah yang mampu melancarkan perjalanan proses penyahtinjaan manusia.. 

Buah epal sangat terkenal dan kaya dengan serat dan zat antioksida. Ia juga kaya dengan vitamin C. 

Rahsianya terletak pada kandungan karoten dan pektinnya (serat larut dalam air yang baik sekali dalam menurunkan paras kolesterol.

Pektin merupakan salah satu jenis serat kasar yang berfaedah. Ia berbentuk gel dan boleh membantu memperbaiki otot pencernaan pada saluran pembuangan.

Selain itu, pektin juga dapat menyerap lebihan air dalam usus dan bertindak untuk melembutkan najis serta memadatkannya dan menghilangkan toksin dalam usus.

Jus epal boleh digunakan untuk mengatasi masalah sembelit dan cirit birit.

Di antara unsur kimia yang terdapat pada buah epal ialah potassium, fosforus dan magnesium. Jus epal sesuai diambil segelas sehari iaitu pada waktu pagi. Penyediaan jus ini memerlukan sebanyak 2-3 biji buah epal.

Manfaat lain buah epal terhadap kesihatan ialah :

♥ Mengawal berat badan
♥ Membantu melambatkan proses penuaan
♥ Mencegah arthritis (radang sendi)
♥ Menurunkan paras kolesterol
♥ Menurunkan tekanan darah
♥ Meningkatkan HDL
♥ Menstabilkan kandungan gula dalam darah
♥ Sebagai ejen anti kanser
♥ Sebagai penawar sakit jantung

Tips Memilih Epal :

♥ Pilihlah epal yang segar dan keras, warnanya terang, serta tidak kecut.
♥Aroma dan rasa bergantung kepada jenis, tahap kematangannya semasa dipetik dan cara penyimpanannya semasa dipetik, dan cara penyimpanan buah tersebut.

Buah epal tidak murah harganya bagi yang tidak mampu.. Lain kali insya-Allah lady akan berkongsi buah-buah lain pula untuk sistem penghadaman kita.. Insya-Allah.. Mungkin salah satu daripada buah2an tersebut mampu dimiliki oleh orang yang tidak mampu..

p/s : Epal hijau yang masam tidak bagus untuk kesihatan otak.. tetapi epal hijau juga turut mengandungi khasiat yang tidak kurang pentingnya untuk kesihatan.. Pengambilan dengan kadar yang sederhana adalah baik.. Dalam ape2 jua keadaan, situasi.. pemakanan.. sederhana itulah yang paling baik daripada yang terbaik.. Allahua'lam..

Rujukan Minda Hebat

Selasa, 14 Februari 2012

Yayang Insan HEBAT

♥ Assalamualaikum ♥ kepada sahabat lady semua.. dan salam sejahtera..

Pagi tadi sahabat lady yang lady panggil Yayang telefon lady.. Lady jumpe beliau time berprogram di Marang. beliau orang Kemaman, Terengganu.. Beliau banyak bagi sokongan moral pada lady.. 

Tadi pun beliau banyak memberi nasihat pada lady.. Beliau kata, hidup kita ini tidak lama.. sekejap je Allah beri peluang untuk kita kecapi hidup ini.. dan alangkah malangnya nasib kita andai kita gunakan peluang keemasan ini dengan menangisi nasib dan berkeluh kesah.

Sekali pandang.. tiada bezanya beliau dengan sahabat lady yang lain.. cuma beliau memakai tongkat tangan.. beliau seorang yang sangat cantik.. Alhamdulillah sudah bersuami.. memiliki suami yang manis dan baik.. Suami dia alhamdulillah seorang yang sempurna fizikal dan hati.. Alhamdulillah..

Jarang lady jumpa seorang lelaki normal ingin berpasangan dengan perempuan yang dalam kategori Kelainan Upaya.. Beliau sangat-sangat bertuah..

Berbalik kepada kisahnya.. beliau sebenarnya kemalangan.. dari luaran memang tiada bezanya Yayang ni.. tetapi sebenarnya setelah lama lady berkawan dengan beliau.. barulah lady tahu kaki kiri beliau kudung, bermula dari pangkal paha.. Beliau kemalangan sewaktu balik kerja.. Time tu beliau menaiki motorsikal.. bila sedar dari koma, beliau dapati kaki beliau tiada....

Tetapi, Allah masih memberi peluang kepada beliau untuk hidup.. berdasarkan cara kemalangan.. agak mustahil untuk beliau hidup, kakinya terpaksa dipotong, dan tulang belakangnya rosak teruk.. andai hidup, dia kemungkinan akan lumpuh seluruh badan..

Namun beliau tidak patah semangat.. pada awalnya, beliau terpaksa hidup menggunakan kerusi roda.. dan kehidupannya jauh telah berubah. Corak kehidupannya semuanya bergantung pada keluarga.. 

Time tu beliau telah bertunang.. Keluarga tunangnya terlalu menyokong dan mempercepatkan proses pernikahannya supaya suaminya nanti dapat membantunya.. Jarang keluarga seorang lelaki yang seperti ini. Satu dalam 10 juta kot..

Jarang sangat untuk menemui seorang lelaki dan keluarga yang sanggup membiarkan anaknya mengahwini wanita cacat. Ya Allah, lady amat-amat kagum.. Allah memberi ujian hebat pada yayang, dan dalam waktu yang sama Allah memberi 'intan berlian' yang amat tinggi nilainya berupa sebuah keluarga yang HEBAT.

Berkat kegigihan dan sokongan daripada keluarganya dan keluarga mertua.. Alhamdulillah, kehidupannya jauh lebih baik.. Alhamdulillah.. dan beliau tidak pernah menangisi nasib yang menimpanya.. dan berkat usahanya.. beliau berjaya memakai tongkat dengan dan dapat menyesuaikan diri dengan 'kaki baru'nya..

Lady amat-amat kagum dengannya.. Betul, Allah tidak pernah kejam.. Dia menarik sesuatu.. dan Dia menggantikannya dengan sesuatu yang lain..

Kenapa tidak kita berfikiran seperti Yayang? Bersyukur dengan kehidupannya.. dan bangkit balik daripada kegagalan silam.. Inilah insan HEBAT yang lady amat-amat kagumi..

Betul kata Yayang, hidup ini terlalu singkat untuk kita tangisi.. Kalau kita derita.. orang lain lagi derita.. dan Yayang tetap mampu bangkit selepas melepasi episod tragis dalam hidupnya.. 

Semoga Allah merahmati dan memberi kemudahan dan keringanan kepada Yayang sekeluarga dan dikurniakan anak-anak penyeri hidup.. dan tidak lupa juga kepada keluarga kedua-dua belah pihak.. Yayang dan suami.. ♥ 

Marilah kita sama-sama bangkit daripada kegagalan silam.. daripada kenangan silam.. daripada cubaan dan ujian hidup.. 

Tadi time cari gambar untuk dimasukkan untuk entry ni.. lady terjumpa satu link blog seorang OKU. (click tulisan).. Inilah kehidupan sebenar yang terpaksa ditempuhi oleh OKU. Mereka tidak mampu bangkit jika Orang 'Normal' terus MENGHIMPIT.

..Alangkah Indahnya Andai Kehidupan Manusia Mencontohi Kehidupan Semut Yang Tidak Lekang Daripada Bekerjasama.. Semut Itu Allah Hadirkan Untuk Dicontohi Oleh Manusia-Manusia Berakal..
p/s : Lady panggil dia Yayang sebab suami dia panggil sayang.. romantik sangat..

Petua - Hilangkan Batuk Berkahak

Ini adalah antara petua untuk menghilangkan batuk dan kahak :


► Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.

► Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.


► Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.


► Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.


► Untuk batuk-batuk gatal terutama di kerongkong, ambil jus limau nipis. Kemudian campurkan dengan sedikit madu lebah lalu diminum.


► Ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis dan secamca minyak kayu putih. Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi dengan lembut pada leher dan dada.
 
► Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun pudina (orang cina panggil bo ho) dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama lima minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudina.


► Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak-kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.


► Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. 
Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.

[sumber : facebook]

Isnin, 13 Februari 2012

Tembikai - Makanan Sunnah Nabi


Memakan tembikai sebelum masa makan membersihkan perut dan mengeluarkan penyakit. Rasulullah saw biasa memakan timun dengan garam. Jika baginda memakan tembikai, ia dimakan dengan buah-buahan segar dan keju. Baginda juga pernah makan tembikai sahaja. 

[Minda Hebat]

Ahad, 12 Februari 2012

Jawapan Teka Teki - Bulan Lebih Besar

♥ ..Assalamualaikum.. ♥ Semoga kalian semua sihat sejahtera sokmo ♥

Terlebih dahulu lady memohon kemaafan di atas keterlewatan untuk menunaikan janji lady berkaitan dengan teka teki di sini. Kali ini lady akan bincangkan teka teki berkaitan dengan Bulan ♥. 

Kenapa bulan kelihatan besar ketika hendak terbit tetapi menjadi kecil ketika berada di tengah-tengah langit?

Berdasarkan soalan ini ada dua jawapannya, yang pertama adalah disebabkan ilusi optik, dan yang kedua adalah fenomena Supermoon.

Ilusi Optik

Keadaan pertama :

Kita akan nampak bulan terbit di gigi langit lebih besar jika dibandingkan jika ia telah berada di tengah-tengah langit. Jika kita perhatikan dari waktu Maghrib sehingga tengah malam, kita dapati bulan semakin kecil.. kecil dan semakin mengecil..  

Keadaan kedua :


Apabila bulan melepasi sesuatu yang seperti pokok, bangunan, bukit.. ia akan kelihatan lebih besar jika dibandingkan ketika bulan berada di dada langit.

Penjelasan :

Ini sebenarnya adalah permainan mata kita atau dikenali sebagai ilusi optik/ optical illusion. Apabila bulan terbit atau melepasi sesuatu, maka mata kita atau otak kita akan mentafsir bahawa bulan itu besar.

Apabila di hadapan sesuatu yang jauh contohnya bulan ada jasad lain yang lebih kecil.. benda-benda yang jauh akan cenderung nampak lebih besar. 

Misalnya, apabila kita melihat bulan muncul dari pepohonan, bulan akan dilihat lebih besar kerana otak kita secara tidak sedar membandingkan ukuran jasad depan (pohon) dengan bulan di belakang. 

Jika bulan berada betul-betul di langit, bulan akan dilatari dengan warna biru gelap langit yang maha luas.. maka otak atau mata kita akan mentafsir bulan itu menjadi kecil walaupun pada hakikatnya saiz bulan tidak pernah berubah.

Fenomena Supermoon (PERIGEE)

Jika supermoon (perigee) terjadi, jarak di antara bumi dengan bulan akan lebih dekat (rujuk gambar di atas) dan boleh dikatakan memang akan nampak besar.

Apogee dan Perigee merujuk kepada jarak daripada bumi ke bulan. Ketika Apogee, bulan berada pada titik paling jauh daripada bumi, sementara ketika Perigee, bulan berada pada titik paling dekat.

Ini adalah disebabkan bulan mengorbit bumi dalam bentuk elips iaitu bukan bulat sempurna.

Saiz Bulan akan berbeza pada saat Apogee (kecil) dan Perigee (besar), tetapi adalah agak sukar untuk kita melihat perbezaannya dengan menggunakan mata kasar.

Ini adalah jawapan yang telah lady karang.. moga2 memudahkan untuk sahabat2 lady di sini faham.. dan semoga soalan teka teki berkaitan dengan bulan tersebut telah terjawab sudah... Insya-Allah..

Lady ingin mencari pemenang kepada soalan kuiz tersebut.. mohon sahabat untuk memilih seorang pemenang.. dan hadiah akan menyusul nanti.. insya-Allah.. ♥

Oh ya.. buat pengetahuan sahabat semua, bulan pernah kelihatan jauh lebih besar daripada sekarang.. iaitu kira-kira 530 juta tahun dahulu. 

Ini adalah kerana jarak bulan dari bumi hanya berada pada jarak 22 530 kilometer. Keadaan itu menyebabkan bulan kelihatan sangat dekat dengan kadar 15 kali ganda lebih besar daripada sekarang.

Coretan Ladybird's Life

Jumaat, 10 Februari 2012

5 Jenis Makanan yang Boleh Mengurangkan Kadar Kolesterol

1. Mil Oat dan Kulit Oat (Bran Oat)

Mil oat mengandungi serat mudah larut yang mengurangkan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL), iaitu kolesterol tidak baik. Serat larut juga boleh didapati dalam makanan seperti kacang merah, epal, buah pear, psilium, barli dan buah prun.

2. Ikan dan Asid Lemak Omega-3

Kajian telah menyokong bahawa memakan ikan berlemak boleh merendahkan tahap kolesterol kerana asid lemak omega-3 yang tinggi. Asid lemak omega-3 juga mengurangkan tekanan darah dan risiko darah bergumpal. Bagi pesakit jantung, minyak ikan atau asid lemak omega-3 mampu mengurangkan risiko mati tiba-tiba.

3. Walnuts, Badam

Kajian telah membuktikan walnuts boleh mengurangkan kolesterol darah. Kaya dengan asid poli tak tepu lemak, walnuts juga membantu mengekalkan salur darah sihat dan anjal. Begitu juga dengan badam, menunjukkan satu peningkatan ketara dengan hanya empat minggu.

4. Minyak Zaitun

Minyak zaitun mengandungi campuran antioksida yang kuat yang boleh mengurangkan kadar kolesterol tidak baik (LDL) tanpa mengurangkan kadar kolesterol baik (HDL). Disarankan mengambil dua sudu makan (23gram) minyak zaitun sehari. Boleh juga gunakan minyak zaitun dalam masakan.

5. Makanan yang diperkuatkan dengan sterol tumbuhan atau stanol

Makanan yang diperkuatkan ini mampu menghalang penyerapan kolesterol. Marjerin, jus oren, dan minuman yogurt yang diperkuatkan dengan sterol tumbuhan boleh mengurangkan kolesterol LDL lebih 10%. Amaun sterol tumbuhan yang diperlukan setiap hari ialah sekurang-kurangnya 2 gram, sama dengan 237 mililiter jus oren yang diperkuatkan oleh sterol tumbuhan.

Khamis, 9 Februari 2012

Tafsiran Diri

Salam.. Tadi bukak facebook.. lady jumpe gambar ni di group USM.. Gambar yang mempunyai beribu erti bagi yang mengerti dan memahami diri sendiri.. 


..How Others See You, Is Not Important..
..How You See Yourself Means Everything..

Isnin, 6 Februari 2012

Insan Hebat

Assalamualaikum ♥ salam sejahtera ♥ salam muhibbah ♥ salam sentosa ♥ hihihihi.. banyak benor salamnyer..

Sebelum tu... lady nak tanya.. ade x sesape yang tidak pernah diuji sebelum ni? Kalau ade angkat tetikus tinggi-tinggi :P..

Seawal pembentukan kita.. kita telah diuji.. ujian berjuang menjadi yang terbaik di kalangan berjuta-juta yang terbaik.. 

Perjuangan sperma berenang untuk mendapatkan sebutir ovum yang sedia menanti.. hanya juara berhak memiliki ovum tersebut.. dan itu perjuangan pertama yang perlu kita lalui sebelum kite berjaya menjadi diri kita sekarang..

Ovum yang menantikan Sperma
Tanpa perjuangan pertama.. mustahil untuk kita menjadi kita sekarang.. hebatnya sebuah perjuangan.. melahirkan insan yang hebat.. 

Dan dengan kejayaan perjuangan pertama.. bukan bermakna kita bebas daripada ujian-ujian seterusnya.. Ujian-ujian lain menyusul, ujian saringan untuk melahirkan insan yang hebat..

Dalam proses pembentukan janin.. terdapat sebahagian daripada kita gagal untuk menjadi manusia sempurna.. dan kegagalan tersebut menyebabkan kita digugurkan daripada rahim ibu.. dan sebahagiannya dilahirkan ke bumi sebagai peringatan dan ujian bagi yang lain.. Untuk mengajar kita erti bersyukur..

Sewaktu kita lahir.. kita diberi ujian lagi.. ujian untuk bernafas menggunakan paru-paru sendiri.. Andai kecundang.. kita bakal menjadi manusia yang kurang upaya.. Hanya lewat beberapa minit otak kita menerima oksigen, kita akan mengalami Celebral Palcy.. iaitu hanya separuh sahaja otak yang boleh digunakan jika dibandingkan dengan manusia normal.. 

Sperma dan Ovum
Dan alhamdulillah, kita berupaya lagi.. ♥ dan bagi yang gagal di peringkat kedua atau ketiga.. anda masih diberi peluang untuk hidup.. dan Allah masih memberi kita peluang untuk menjadi hebat.. malah lebih hebat berbanding dengan manusia yang berjaya di peringkat permulaan andai kita terus bersyukur dan redha dengan pemberian Allah.. 

Syabas kepada semua yang berjaya mengenali dunia.. Allah memberi anda peluang keemasan.. dan ramai yang kecundang sebelumnya..

Bagi yang dilahirkan sempurna.. anda tidak perlu bongkak dengan pemberian Allah. Ingat.. 'kesempurnaan' itu bukan milik kita.. bukan milik anda.. ia hanyalah pinjaman Allah.. dan Dia akan menguji kita dengan 'kesempurnaan' itu.. Dengan ujian-ujian saringan yang lain.. semata-mata untuk melahirkan insan yang benar2 HEBAT..

Setiap individu yang berjaya lahir ke dunia ini.. akan sentiasa diuji.. diuji dengan diri sendiri.. dengan orang sekeliling, dengan persekitaran.. 

Dan hanya insan yang menggunakan segala 'kesempurnaan' dengan betul.. dengan ikhlas, dengan redha, dengan syukur akan berjaya melalui ujian saringan seterusnya.. Insya-Allah..

Setiap orang yang dilahirkan ke dunia ini merupakan khalifah, dan diberi tanggungjawab untuk menjaga orang-orang di bawah kuasanya.. di dalam kawasan lindungannya.. di bawah lingkungan pengaruhnya..

Embrio manusia (kelihatan masih ada sisa sperma)
Masing-masing dilahirkan sebagai manusia yang hebat.. dan kita dianugerahkan kehebatan yang berbeza.. dan tiada seorang pun insan yang diberi kehebatan sempurna..

Kehebatan ini diwarnai dengan pemberian akal fikiran, nafsu, dan dalam waktu yang sama.. kita diberi agama.. sebagai petunjuk untuk kita menjadi manusia yang hebat..

Dengan akal, dengan nafsu.. dengan agama melatih kita untuk belajar memahami insan-insan yang lain..

Dengan ujian mengajar kita erti memahami, erti memberi, erti menerima, erti berkongsi, dan erti untuk menghormati hak-hak individu lain..

Dan dengan ujian mengajar kita erti KASIH SAYANG.. Manusia yang berjaya memilikinya adalah manusia yang sebenar-benar HEBAT..

Tetapi.. orang yang tidak kenal erti syukur, erti redha.. tidak akan berjaya memiliki perasaan halus yang disebutkan tadi.. dan lahirlah manusia yang keras hati.. 

Manusia yang keras hati inilah bukan manusia yang hebat.. manusia inilah yang menghancur lumatkan organisasi masyarakat.. dan manusia inilah manusia yang benar-benar GAGAL andai mereka tidak pernah mahu berubah ke arah kebaikan..

Embrio manusia berusia 6 hari (warna keperangan)
p/s : Tadi nak tulis dalam keadaan santai dan bersahaja.. tetibe lak jadi serius banget.. sob3x..

Ahad, 5 Februari 2012

Khasiat Anggur Bagi Penghadaman

Assalamualaikum.... ♥

Terima kasih kerana sudi menjawab soalan teka teki lady di entry sebelum ini.. Sebelum ini lady dah letakkan teka teki tersebut di Facebook Planetarium Terengganu..  dan alhamdulillah terdapat di kalangan sahabat2 lady di situ berjaya menjawabnya.. 

Korang boleh buka di situ untuk mencari jawapannya.. :) Nanti lady akan buatkan satu artikel lain untuk menerangkan fenomena tersebut insya-Allah..

Kali ini lady nak berkongsi info untuk melancarkan proses penghadaman.. Terdapat beberapa jenis buah-buahan yang mampu melancarkan proses penyahtinjaan manusia.. 

Sebagaimana entry terdahulu yang menerangkan punca sesuatu penyakit itu adalah berkaitan dengan masalah dalam sistem penghadaman.. kali ini lady akan kongsikan cara untuk mengatasinya pula..

Sebahagian besar buah-buahan membantu dalam proses penghadaman.. antaranya adalah anggur..

Anggur mempunyai kandungan magnesium yang tinggi. Magnesium merupakan elemen yang diperlukan untuk pergerakan feses (najis) sehingga boleh mencegah keradangan.

Kulit anggur merupakan bahan yang baik untuk melancarkan pembuangan air kecil. Selain berserat, di dalam buah anggur terdapat zat catechin. Kedua-dua zat ini sangat baik dalam menurunkan kadar kolesterol.

Pada buah anggur terdapat potasium, kalsium dan magnesium.

Masalah pencernaan yang boleh dicegah atau dirawat dengan pengambilan jus anggur ialah sembelit. 

Amalkan minum jus anggur segelas sehari setiap pagi. Anggaran 500 gram buah anggur merah segar diperlukan untuk menghasilkan segelas jus anggur.

Selain daripada melancarkan sistem penghadaman.. manfaat lain buah anggur terhadap kesihatan ialah :

♥ Mencegah osteoporosis
♥ Melawan virus dan infeksi kuman
♥ Membantu mencegah kanser
♥ Membantu fungsi ginjal
♥ Menurunkan kadar kolesterol

Jadi, kepada yang berkemampuan.. amalkanlah memakan buah anggur.. dan cara yang terbaik adalah memakannya satu persatu..