Assalamualaikum wbt..
Kali ini lady nak kongsikan bersama ilmu yang dipetik daripada buku tentang Manfaat Solat Bagi Kesihatan Sejagat.
Dr. Abdul Basith Muhammad menulis dalam bukunya yang berjudul Fikah Kesihatan (Cara Nabi Mencegah Penyakit) (2007 : 13), solat mengandungi latihan untuk jiwa dan aktiviti bersukan.
Kebiasaannya daripada kita, jika bicarakan berkaitan dengan kesihatan, penjagaan kesihatan, pasti kita terus memikirkan tentang aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota badan seperti bersukan, berjoging, aerobik atau melakukan aktiviti lain yang melibatkan pergerakan fizikal.
Kita jarang menjuruskan pemikiran kita kepada apa yang dibuat sehari-hari dalam agama kita. Sedangkan Islam merupakan suatu ajaran yang sangat lengkap merangkupi semua aspek kehidupan, termasuklah dalam penjagaan kesihatan.
Sebelum ini lady kongsikan berkaitan pemakanan, dan kali ini lady akan berkongsi berkaitan solat, yakni termasuk dalam suatu kaedah yang amat penting dalam penjagaan kecergasan dan kecerdasan penganutnya.
Aktiviti bersukan adalah perbuatan berdiri, rukuk, sujud, duduk serta pergerakan tubuh yang lain seperti merenggangkan otot serta pergerakan tubuh yang lain seperti perut dan usus.
Sujud misalnya berfungsi menggerakkan makanan dari usus serta membantu membuang kotoran keluar dari usus dan perut.
Dr. Abdul Basith Muhammad menambah, "Rasulullah adalah 'mahaguru' kepada para pengamal perubatan. Baginda mengajar ilmu perubatan kepada pelbagai pusat pengajian tinggi kuno mahupun moden daripada ilmu yang baginda terima secara langsung daripada Sang Pencipta.
Allah swt. berfirman maksudnya : 'Ucapannya tiada lain hanyalah wahyu dan apa yang diwahyukan kepadanya.'
Kerana itu, hadis-hadis Rasullullah saw. mengenal penyakit dan penawarnya mewarnai kajian-kajian perubatan kontemporari."
Ramai orang yang sihat kerana mengamalkan solat secara berterusan kerana hakikatnya solat itu juga sama dengan bersukan.
Lady pernah terbaca suatu cara rawatan penyakit yang serius melalui pengamalan solat malam. Alhamdulillah, beberapa sahabat lady telah mencubanya.. dan Alhamdulillah ada yang berjaya.
Andai kita kembali kepada ajaran Islam dan amalkan secara berterusan, InsyaAllah banyak hikmah yang kita akan perolehinya tanpa kita sedari.
Jom kita sama-sama mempraktikkan pengajaran Islam secara menyeluruh, merangkumi aspek ibadah, sunnah Rasullullah dan hukum-hakam yang telah ditetapkan bagi kita sebagai panduan.
Allah tidak pernah menetapkan sesuatu peraturan itu untuk membebankan makhluknya sebaliknya adalah untuk kebaikan kita bersama.
As salam Lady,
BalasPadamsolat adalah fadhu ain bagi umat Islam dan dalam solat itu ada berbagai ganjaran pada mereka yang mengerjakan PerintahNya.
Solat... stp pergerakan dlm solat mengandungi hikmah yg byk :)
BalasPadamassalam lady..terima kasih..
BalasPadamitu lah keindahan solat.. :)
BalasPadamtersembunyi 1 hikmah yg tak diketahui...kini baru ku tahu.
BalasPadamterima kasih sudi berkongsi ladyBird.
Salam Lady.
BalasPadamPasti ada hikmah tersirat disebalik tuntutan solat, selain daripada tanda pengabdian kpd Allah.
Prof Dr Ir wan Abu Bakar pernah mengkaji dan seterusnya membukukan manfaat solat utk kesihatan. maaf saya lupa judul bukunya
ye3..s0lat nih amat sesuai bagi saya yg malas nak bersukan..hehe,,
BalasPadamsolat memang membawa manfaat kpda kesihatan...dri mana nah tawnya,,lupa plak...skrg nih lady bgi scra detail plak..thank yerk..
Setiap apa yang Allah perintahkan itu pasti ada manfaat dan kebaikannya.. :)
BalasPadamyang baik itu datang Dari Allah.. Kalau kita sengaja tinggalkan solat kan yang buruk itu datang dari kita sendiri.. =)
BalasPadamAssalamualaikum...
BalasPadamBegitulah kasihan belas Allah kepada hambanya, ketaatan kepada~Nya dengan melakukan solat, puasa dan ibadah yang lain digantikan dengan hikmah yang lebih besar yang kita tidak pernah fikir..
TQ
betul tu sis lady...sokong pd statement zwan tu
BalasPadambtol tu lady, ada seorg ustaz yg juga seorg doktor memberitahu, perbuatan sujud itu juga mengalirkan cecair saraf dlm tulang belakang ke otak kita selain mengalirlan darah ke otak...
BalasPadamMMG PERNAH DGR MANFAAT DI SEBALIK IBADAH SOLAT...TERIMA KASIH LADY SBB MENGINGATKAN LAGI..*__*
BalasPadamsetahu akak begitu juga..semoga kita tidak lupa perkara wajib ihi..InsyaAllah...
BalasPadamsolat juga adalah sbhagian dr senaman..atau urut-urutan.
BalasPadamexersice yang menakjubkan
BalasPadambanyak manfaat nye kan . so , lps nie bnyk2 kan laa bersolat :)
BalasPadamdengan bersolat sahaja...hikmah disebaliknya luarbiasa....sesungguhnya Allah itu maha besar
BalasPadamperkara yg baik harus di buat tanpa henti,
BalasPadamada buku bertajauh rahsia solat suri ada mmg dah baca byk rupanya khazanh dlm solat ini klu nak rungkaikan satu persatu
Salam Lady..
BalasPadamSinggah tengah mlm baca N3..
Tenkiu for sharing MyLady... :)
Kasih sayang Allah SWT sangat luas, semoga kita sentiasa taat kpd perintahNya..
BalasPadamselamat hari ahad LB! :)
BalasPadamBukannya teka teki gurauan hati.. Sekadar melindung kasih yang tersembunyi.. Bukan mudah mencari kasih abadi.. Dalam terang ia sembunyi
BalasPadambetul tu segala perintah mesti ada kebaikan..cum kita sbg manusia nie selalu alpa..:)
BalasPadamhehe,, Ummat islam sentiasa sehat.=)
BalasPadamjom baca sebentar..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/ko-buat-maksiat-semua-kena.html
sat g IM cadang nak beli buku ensaiklo[edia solat di toko hasani, carefour. nak hadiahkan pada adik IM sempenan majlis walimatul urus bulan depan.
BalasPadamduit beli ensaklopedia itu IM dapat dari baucer buku rm200 along!
atok ponah terbaco satu artikel, sujud pun boleh mengalirkan oksigen ke otak....(melalui darah)
BalasPadamSudah ada kajian yang dilakukan oleh penyelidik tempatan daripada UM mengenai kebaikan bersolat. Ini rujukan bukunya: http://bit.ly/wRjloF
BalasPadamHai! lady..thanks singgah blog akak ya...
BalasPadamjika kita jaga kebajiakn solat dan pkra baik2 pasti kita akan berada d syurga..
BalasPadamsolat itu tiang agama, semua orang kena dirikannya.
BalasPadam