Isnin, 6 Februari 2012

Insan Hebat

Assalamualaikum ♥ salam sejahtera ♥ salam muhibbah ♥ salam sentosa ♥ hihihihi.. banyak benor salamnyer..

Sebelum tu... lady nak tanya.. ade x sesape yang tidak pernah diuji sebelum ni? Kalau ade angkat tetikus tinggi-tinggi :P..

Seawal pembentukan kita.. kita telah diuji.. ujian berjuang menjadi yang terbaik di kalangan berjuta-juta yang terbaik.. 

Perjuangan sperma berenang untuk mendapatkan sebutir ovum yang sedia menanti.. hanya juara berhak memiliki ovum tersebut.. dan itu perjuangan pertama yang perlu kita lalui sebelum kite berjaya menjadi diri kita sekarang..

Ovum yang menantikan Sperma
Tanpa perjuangan pertama.. mustahil untuk kita menjadi kita sekarang.. hebatnya sebuah perjuangan.. melahirkan insan yang hebat.. 

Dan dengan kejayaan perjuangan pertama.. bukan bermakna kita bebas daripada ujian-ujian seterusnya.. Ujian-ujian lain menyusul, ujian saringan untuk melahirkan insan yang hebat..

Dalam proses pembentukan janin.. terdapat sebahagian daripada kita gagal untuk menjadi manusia sempurna.. dan kegagalan tersebut menyebabkan kita digugurkan daripada rahim ibu.. dan sebahagiannya dilahirkan ke bumi sebagai peringatan dan ujian bagi yang lain.. Untuk mengajar kita erti bersyukur..

Sewaktu kita lahir.. kita diberi ujian lagi.. ujian untuk bernafas menggunakan paru-paru sendiri.. Andai kecundang.. kita bakal menjadi manusia yang kurang upaya.. Hanya lewat beberapa minit otak kita menerima oksigen, kita akan mengalami Celebral Palcy.. iaitu hanya separuh sahaja otak yang boleh digunakan jika dibandingkan dengan manusia normal.. 

Sperma dan Ovum
Dan alhamdulillah, kita berupaya lagi.. ♥ dan bagi yang gagal di peringkat kedua atau ketiga.. anda masih diberi peluang untuk hidup.. dan Allah masih memberi kita peluang untuk menjadi hebat.. malah lebih hebat berbanding dengan manusia yang berjaya di peringkat permulaan andai kita terus bersyukur dan redha dengan pemberian Allah.. 

Syabas kepada semua yang berjaya mengenali dunia.. Allah memberi anda peluang keemasan.. dan ramai yang kecundang sebelumnya..

Bagi yang dilahirkan sempurna.. anda tidak perlu bongkak dengan pemberian Allah. Ingat.. 'kesempurnaan' itu bukan milik kita.. bukan milik anda.. ia hanyalah pinjaman Allah.. dan Dia akan menguji kita dengan 'kesempurnaan' itu.. Dengan ujian-ujian saringan yang lain.. semata-mata untuk melahirkan insan yang benar2 HEBAT..

Setiap individu yang berjaya lahir ke dunia ini.. akan sentiasa diuji.. diuji dengan diri sendiri.. dengan orang sekeliling, dengan persekitaran.. 

Dan hanya insan yang menggunakan segala 'kesempurnaan' dengan betul.. dengan ikhlas, dengan redha, dengan syukur akan berjaya melalui ujian saringan seterusnya.. Insya-Allah..

Setiap orang yang dilahirkan ke dunia ini merupakan khalifah, dan diberi tanggungjawab untuk menjaga orang-orang di bawah kuasanya.. di dalam kawasan lindungannya.. di bawah lingkungan pengaruhnya..

Embrio manusia (kelihatan masih ada sisa sperma)
Masing-masing dilahirkan sebagai manusia yang hebat.. dan kita dianugerahkan kehebatan yang berbeza.. dan tiada seorang pun insan yang diberi kehebatan sempurna..

Kehebatan ini diwarnai dengan pemberian akal fikiran, nafsu, dan dalam waktu yang sama.. kita diberi agama.. sebagai petunjuk untuk kita menjadi manusia yang hebat..

Dengan akal, dengan nafsu.. dengan agama melatih kita untuk belajar memahami insan-insan yang lain..

Dengan ujian mengajar kita erti memahami, erti memberi, erti menerima, erti berkongsi, dan erti untuk menghormati hak-hak individu lain..

Dan dengan ujian mengajar kita erti KASIH SAYANG.. Manusia yang berjaya memilikinya adalah manusia yang sebenar-benar HEBAT..

Tetapi.. orang yang tidak kenal erti syukur, erti redha.. tidak akan berjaya memiliki perasaan halus yang disebutkan tadi.. dan lahirlah manusia yang keras hati.. 

Manusia yang keras hati inilah bukan manusia yang hebat.. manusia inilah yang menghancur lumatkan organisasi masyarakat.. dan manusia inilah manusia yang benar-benar GAGAL andai mereka tidak pernah mahu berubah ke arah kebaikan..

Embrio manusia berusia 6 hari (warna keperangan)
p/s : Tadi nak tulis dalam keadaan santai dan bersahaja.. tetibe lak jadi serius banget.. sob3x..

40 ulasan:

  1. ...pengisian yang pad at Dan bernasib. Semoga boleh diambil iktibar dari sini. Tq LB.

    BalasPadam
  2. Ooppss.. Sori LB typo..
    Dibaca " pengisian yang padat dan bernas"

    BalasPadam
  3. hidup ini sememangnya penuh dengan ujian
    nice sharing lady :)

    BalasPadam
  4. Manusia yang dilahirkan di muka bumi adalah terpilih daripada jutaan sperma.

    BalasPadam
  5. hebatnya teknologi microscope hingga boleh melihat janin seusia 6 hari. hebatnya ciptaan Allah!

    BalasPadam
  6. :) nice sharing and info ladybird

    we are the chosen 1 to live as khalifah in this world. so must be proud and thankful to ALLAH almighty.

    BalasPadam
  7. nice sharing.. saye suke bace nie... =)

    BalasPadam
  8. Assalamu'alaikum LadyBird

    Semoga kita dikurniakan nikmat bersyukur... amiin

    BalasPadam
  9. pandai akak olah!rasa teruja dgn kejayaan dr lwn sperma lain.huhu.

    BalasPadam
  10. salam sahabat ^_^

    ALHAMDULILLAH...kita yg terpilih...

    n3 yg canteeq...syukran

    BalasPadam
  11. maklumat yang baik...salam perkenalan daripada Kancil...

    BalasPadam
  12. Padat dan kemas... Selamat bercuti cik LadyBird..

    BalasPadam
  13. kita sering teruji dgn mcam2 dugaan..dari itu akan dpat lahirkan peribadi insan yg berjaya dan hebat..:)

    BalasPadam
  14. kita semua tergolong insan terhebat yg lahir kt dunia ni..

    BalasPadam
  15. ujian yang Allah bagi pada kita adalah untuk menguji kesabaran kita...

    yup..ita dari tganu...dungun je..

    BalasPadam
  16. Lady..memang serius..terima kasih..kerana sudi berkongsi pada semua yang membaca disini

    BalasPadam
  17. info yang lengkap tentang kelahiran kita....

    semoga disini kita juga mampu menghadapi ujian yang Allah berikan...InsyaAllah..

    BalasPadam
  18. kalau bukan tanpa ujian dan dugaan bukan kehidupan namanya...:)

    BalasPadam
  19. mengharapkan rahman dan rahim allah dalam menghadapi ujian di dunia ini

    BalasPadam
  20. tulah,

    walaupun aku tak kacak, tapi aku berjaya jadi orang,



    AHHAHAHAHA

    BalasPadam
  21. Alhamdulillah, suaut entri yang berkait rapat dengan kelahiran dari sudut Islam juga..syukran :)

    p/s- terima kasih atas komen pada entri mengenal Imam Syafie, saya telah edit dan kawab senara kalimah/term agama yang tidak faham tersebut, jemput baca semula untuk menambah kefahaman, semoga bermanfaat hendakanya blog WADi itu, insyaAllah :)


    barakallahu fik

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah, suaut entri yang berkait rapat dengan kelahiran dari sudut Islam juga..syukran :)

    p/s- terima kasih atas komen pada entri mengenal Imam Syafie, saya telah edit dan kawab senara kalimah/term agama yang tidak faham tersebut, jemput baca semula untuk menambah kefahaman, semoga bermanfaat hendakanya blog WADi itu, insyaAllah :)


    barakallahu fik

    BalasPadam
  23. ohh ye, shoutbo dah tiada ke? kalau nak cuba guna fibox macam di blog WADi, jemput baca entri ini, moga bermanfaat ye


    Shoutbox baru dari Fibox untuk blogger

    BalasPadam
  24. entry mantap..

    #bila ujian datang,sy selalu sentap skejap..terasa berdosanya diri..ermmm maafkan ya tuhan...

    BalasPadam
  25. kadang2 atok rasa down kalau ada dugaan yang datang...tapi ALhamdulilah, atok cubo harungi dengan sebaik mungkin

    BalasPadam
  26. manusia sehebat hebat kejadian.
    tapi sayang,tak ramai yang menghargai kehidupan.

    BalasPadam
  27. Wow, saya tak pernah terfikir ujian kita bermula daripada dalam rahim. Selalu terfikir ujian tu bermula bila dah besar, dah tinggal jauh daripada family. Heheh. Bengong plak kadang2 saya ni.

    BalasPadam
  28. entry menarik plus penuh dgn info...

    BalasPadam
  29. TETIBA RASA GELI PULAK TENGOK GMBR..*__*

    UJIAN HIDUP UMPAMA PENYERI KEHIDUPAN..SEMOGA DGN NYA,KITA LEBIH MENGHARGAI KEHIDUPAN...

    (TGH STRUGGLE DGN UJIAN HIDUP)

    BalasPadam
  30. Trima kasih berkongsi mengenai kekuasaan Allah:)

    BalasPadam
  31. INFO YANG BERGUNA . TERIMA KASIH :) SAYA DAH FOLLOW AWK . DAN SAYA SARANKAN AWAK GUNA FIBOX SEBAB SHOUMIX DAH TAKDE. SINGGAH TENGOK TUTORIAL UNTUK BUAT FIBOX DI BLOG SAYA. HARAP DAPAT MEMBANTU DAN MEMUDAHKAN FOLLOWER AWK :)

    BalasPadam
  32. Maklumat yang bermanfaat. Dengan izin Allah jualah manusia mampu mencipta teknologi, yang dengannya manusia berkesempatan pula menghayati kebesaran Penciptanya melalui ciptaan-Nya dalam bentuk manusia itu sendiri.

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum lady bird,
    baru bkesempatan singgah sini hari ni:)

    suka entry ni
    padat n berisi:)

    BalasPadam
  34. manusia sentiasa diuji dlm pelbagai bentuk, samada kita sedar atau pun tidak..

    BalasPadam
  35. nice info..kita memang sentiasa diuji..kadang2 aura negatif selalu menyerang kita..kita insan yang lemah di sisi-Nya..moga Allah beri kekuatan untuk menempuh ujian hidup di dunia ini untuk mendapatkan kejayaan yang agung di akhirat kelak..Insya Allah..

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum LB..

    Moga sihat hendaknya..

    Sungguh hebat ciptaan Allah Taala dan disebut dalam hadis Nabi s.a.w. riwayat al-Bukhari dan Muslim :

    Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

    BalasPadam
  37. kalau x diuji,kita takkn tau tahap kemampuan kita =) sama ada berat atau ringan..selain itu..ia dpt mematangkan kita

    BalasPadam