Assalamualaikum dan salam sentosa.. salam bahagia.. salam sejahtera sokmo.. ameeeeennn..
Hari ini lady nak berkongsi sesuatu yang indah bagi lady pada kalian semua.. Sesuatu tentang kemanisan sebuah kehidupan yang tidak terjangkau dengan akal seorang manusia yang terbatas..
Pengajaran yang diambil daripada rancangan TV al-Hijrah. Ditayangkan setiap hari kira2 jam 6 petang.. baru semalam lady tengok.. macam kisah dalam citer Doraemon gitu..♥ Pintu Ajaib ♥
Dalam slot rancangan tersebut, terdapat tiga jejaka tampan mencari erti sebuah keadilan. Jejaka A, B, dan C. Mereka bertemu dengan seorang hakim pencen untuk mengetahui hakikat sebuah keadilan. Hakim tersebut pernah menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara kepada jejaka C.
Setelah mengetahui hajat kedatangan mereka, si hakim meminta semua duit yang ada pada ketiga-tiga jejaka tersebut untuk diberikan padanya. Tanpa banyak soal, mereka bertiga memberikan kesemuanya kepada hakim tersebut.
Kemudian hakim tersebut bertanya, andai diberi pilihan.. cara bagaimanakah mereka ingin si hakim membahagikan duit2 tersebut secara adil kepada tiga jejaka tadi.
Adakah dengan cara Allah ataupun dengan cara keadilan manusia.
Mereka memilih adil dengan cara Allah.
Maka si hakim mengambil duit tadi dan mencampurnya, secara rawak si hakim membahagikannya kepada dua tanpa mengetahui bilangan sebenar duit tersebut dan memberikannya kepada jejaka A dan jejaka B. Jejaka C tidak mendapat satu sen pun daripada pembahagian tersebut.
Jejaka C memprotes dan mempersoalkan pembahagian yang tidak adil baginya.
Si hakim menerangkan, itulah pembahagian Allah yang maha adil, tidak terjangkau dengan pemikiran logik akal manusia yang terbatas.
Pada harta sang kaya, tersimpan hak org miskin padanya. Maka memang kewajipan si kaya mengembalikan harta si miskin yang ada padanya dengan cara memberi zakat atau bersedekah.. itulah keadilan Allah.
Begitu juga bagi setiap kelebihan yang Allah berikan kepada setiap manusia itu bukan milik mereka.. dan mereka perlu gunakannya untuk membantu yang lain.
Contohnya bagi yang sempurna fizikal, ada milik hak orang yang tidak sempurna di situ. Dan mereka perlu mengembalikannya dengan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan..
Itulah keadilan Allah....
p/s : cube click link Doraemon yang lady tinggalkan di situ. Lady suka lagu tu.. buat lady rasa enjoyyy..
Perkongsian yg baik ladybird:)
BalasPadamindeed... ;)
BalasPadamcan never put them in better words to describe about Him
SANGAT SETUJU..KAK BUI SANGAT PERCAYA SETIAP APA YANG ALLAH BAGI PADA HAMBANYA,PASTI ADA SEBAB DISEBALIKNYA..
BalasPadamsalam Lady:)
BalasPadamHana pon suka dgr citer tu..
nak tanya (out of topic ni:P)
tau tak lagu kat tv alhijrah yg memuji2 Rasulullah tu..setiap kali nak keluar selingan Sheikh Nuruddin Al Banjari pasal cinta pada rasul, akan kluar lagu tu..
Hana dah lama nak cari lagu tu, tp tak tahu siapa yang nyanyikan..sedap sgt muziknya..rasa rindu sgt pada Rasulullah s.a.w dengar puji2 kata lirik tu
subhanallah...begitu jua pada ujiannya kan..
BalasPadamYe tak ye la kan... adilnya Allah tu kita takkan faham. Selalunya kita hanya nampak bungkusan sebelum mengetahui isinya. Sbb tu sedih bila ada org kaya yang tak ingat hak org miskin dlm harta dia.
BalasPadamBersemangat gile pompuan tu nyanyi lagu doremon.
Satu perkongsian yg baek utk kita trs mpercayai apa jua yg Allah lakukan adalah yg terbaek dan adil utk suma umatNya.
BalasPadamBtw thanks ye sudi jenguk CL pnya blog..salam kenal :)
btol tu btol.. setuju sangat ngan entry ni.. btw, umah zwan x boleh nk tengok al hijrah la.. HUHU
BalasPadamdoraemon tu..mengingatkan daku pd muzik tema die...
BalasPadamkisah yg harus kita baca n jdkn iktibar kan...
Allah Maha Adil seperti didalam 99 Nama Allah SWT Asmaul Husna
BalasPadampernah curi2 tengok tapi time tu busy kat dapor..
BalasPadamsalam lady...mmg tak terjangkau dek pemikiran manusia disebalik apa yg telah DIA tentukan utk kita...
BalasPadamSalam Lady..
BalasPadamDengan bersedekah Akan dapat meringankan banyak perkara. InsyaAllah .
P/s. Terimakasih mendoakan kesihatan kakya. Menghargainya. :)
salam, nice sharing. sesungguhnya Allah swt maha Adil terhadap hamba-hambaNya
BalasPadambtw,salam kenal :)
bijaknya Hakim itu menghakimi...
BalasPadamoh, baru faham.
BalasPadamngee
asalam ... sharing yang baik ... i like ...tq.
BalasPadamRahsia dan rahmat Allah tak terjangkau oleh pemikiran manusia
BalasPadamsalam..akal fikiran manusia ini memang terbatas..Allah maha adil,kekadang diri kita susah nak terima hakikat itu..selamt malam lady bird..best entry ni..
BalasPadam#dah upload,tapi dua tiga gmbar je.ada bnyk nanti sy gtau..malu gambar biasa2 je,,ehhee
salam Lady. menari lah entri nie,
BalasPadamAllah itu maha adil kan.
dan kini tersedar kembali... terlupa plak hak org lain.
(huhuhu dah lama x bersedekah walau pada sembahyang jumaat)
betul tu lady..dalam bahagian kita ada juga bahagian untuk org lain sbnrnya
BalasPadam