Sabtu, 24 Mac 2012

Tugasan - Graduan Menganggur

Salam sahabat lady.. Boleh tak lady nak mintak idea korang berkaitan dengan tugasan ni..

Kalau boleh, tolong lady carikan isinya ek :D.. hihihi

Tajuknya adalah :

a) The important skills that employers are looking for in graduates

b) Suggestions for future graduates, government, bodies, or educational institutions in Malaysia to ensure that future graduates are equipped with the skills listed.

Jasa baik korang didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

38 ulasan:

ewanthology berkata...

a) kemahiran berbahasa inggeris, mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik, fast-learner, mampu membuat kerja dengan tahap pengawasan yang minimum.

b) program pembelajaran yang berlandaskan assignment adalah kurang efektif dalam membentuk jati diri dan modal insan pelajar. Sepatutnya lebih diutamakan pembelajaran berteraskan praktikal dan fieldwork supaya pelajar mampu merasai situasi sebenar alam pekerjaan dan tahu apa sebenarnya yang diperlukan didalam persekitaran bekerja. bukan sekadar menghafal dari buku dan copy paste assignment rakan rakan :-)

insan marhaen berkata...

Jangan terlalu menonjol diri dia hebat. IM tak akan ambil orang yang 'berlagak'...

Unknown berkata...

Semua dinilai dari aspek emosinal, pemikiran positif, kreatif dalam apa juga bentuk termasuk komunikasi. Apabila berbicara ada nilai tersirat yakni menghubungkait dan aplikasi pengalaman, pengetahuan lalu..jika ada SKILL ini..pasti ada keberuntungan untuk organisasi, masyarakat, agama dan negara.


Tak tertib, nampak tiada keyakinan.Ini kurang elok pada diri garaduate...

Nur Syafiqah bt Yahya berkata...

ye... betul tu... kalau ada kemahiran dalam berbahasa inggeris lagi baik... zaman sekarang kan kalau pandai dalam BI mereka akan pandang tinggi sikit...

itu mungkin lebih mudah untuk si penganggur graduan yang mencari pekerjaan kekal. atau sekadar sambilan...

eiela berkata...

wah,, ini macam blaja bab HR je, saya rasa akak bleh dapat banyak isi drpd buku-buku berkaitan pengurusan sumber manusia. Banyak juga dinilai dr segi productivity, kemahiran interpersonal, keyakinan, dan saya setuju dengan delarocha tuh fieldwork tuh penting sbg persediaan graduan rasa situasi kerja yang sebenar.

LydSunshine berkata...

Cam serius je persoalan lady ni.

skill yg perlu ada bukan hanya perlu mahir bahasa inggeris, tapi juga bahasa mandarin. Then bila dah mahir bahasa asing, perlulah pandai berbudi bahasa di dalam komunikasi.

b) ntah le. Mungkin beri peluang kot. Masa LI tu perlu la beri peluang utk graduates belajar byk skill bekerja. Dan syarikat2 jgn le asyik nak amik org2 yg mmg dah terbukti hebat dan berpengalaman je.

Telor Power berkata...

:)

L berkata...

adoss... urm.. L bi2 ni lemah sikit akak.. huhu. almklumlah...

jom tambah ilmu
sambungan.=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/babi-puncanya.html

LadyBird berkata...

Pendapat daripada Kak Hajar :

skrg perlukan graduan yg ade skill (dlm bidang berkaitan) sanggup kerja lebih, sanggup belajar, mahir BI, mahir penulisan dan menaip, rajin, pandai berkomunikasi dan berunding, berpengetahuan luas (bkn sekadar dlm buku), berperwatakan mesra dan ramah, mampu membawa syarikat / organisasi pergi lebih jauh, berpandangan jauh, berdikari, kerja yg tak perlu disuruh dan byk memberi dn menyumbang idea yg bernas.

cadangan utk kerajaan > beri pendidikan percuma dn kemudahan yg lebih bagus utk improve pendidikan dan kemahiran student [:D] cth, universiti di amerika atau negara maju yg setaraf, kemudahan utk pelajar byk membantu lebih improvekan education, bantu pelajar byk explore bkn je dalam buku, tp lebih jauh lg, boleh tajamkan skill, dan luaskan pengalaman n pengetahuan. mcm kat malaysia, student belajar dn belajar... tak dibenarkan bersuara (menyekat kreativiti dn pendapat/idea), pastu lecturer mengajar dn mengajar. pastu kelas hbs, student merayau2 joli.

cadangan utk pelajar > lps grad, pegila kursus2 kemahiran. mcm adik akak taufik, dia penah ikut kursus 6 bulan skill2 dlm pejabat, komunikasi, pengurusan stress, pergaulan dgn boss n pekerja, dn byk lagi. dpt sijil tu tinggi 'nilainya' tau. mudah dpt kerja sbb boss2 lebih percaya pd skill yg student dpt, bkn sekadar segulung ijazah je. jgn kecikkan skop kerja n kemahiran yg dia ada, dia perlu explore lebih byk peluang n jalan yg ada. secara istiqamah.

universiti > selain pencapaian akademik, pelajar ni elok dipertajamkan dgn kemahiran2 khusus dlm bidangnya atau kemahiran tambahan. bykkan latihan kemahiran berkomunikasi, negotiation, bahasa, dn sbgainya.

LadyBird berkata...

Muhammad Alexander Persia :

Eloklah tu..cari jalan kerja sendiri.kita dah sampai diakhir zaman,menanti Khilafah kembali.segala sistem demokrasi bakal berakhir InshaALLAH tahun ini dalam masa terdekat.

LadyBird berkata...

Edy Mi :

Pendapat saya,pengangur2 ni memerlukan pengetahuan atau skill untuk mengenalpasti apakah bakat dan minat mereka yg sebenarnya.

Pekerjaan bersumberkan bakat + minat amat2 berkualiti.Kita boleh lihat dari pengasas apple steve jobs [:)]

Yg lebih penting lg,bekerjalah menggunakan hukum-hakam islam,insyallah kia akan berjaya dunia dan akhirat.

Dari Umar bin Khattab berkata, Rasulullah saw bersabda: “Jika kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, tentu Dia akan memberikan rezeki kepada kamu seperti burung yang diberi rezeki, pergi dalam keadaan lapar dan pulang dalam keadaan kenyang.”

[HR At-Tirmidzi]

Deru Ombak berkata...

Salam my lady..

Semuanya tertakluk pada bidang yang di ceburi..

Sebagai contoh paling rengkas, seorang akauntan tak perlukan public speaking skill, cukup dapat menerangkan kedudukan facts and figures.

Knows many thing but master of none.. Useless kot.

Unknown berkata...

atok tak tahu nak spekang BI, atok vagi cadangan dalam bahasa melayu je la ek

1. Wajibkan subjek softskill pada semua pelajar
2. BUat perbincangan antara pihak Uni dengan bakal majikan, apa yang spesifikasi bakal majikan nak pada bakal pekerjanya.
3. Praktikal di syarikat tersebut sbg tempoh percubaan. Let say bagi masa 3 bulan. Gaji yg diberi pun x boleh lah di bayar full...myb 50%...majikan nak tgk tahap kebolehan bakal pekerjanya.

.........cP~ berkata...

salam.

Pengalaman saya, tak ramai orang nak menggaji jururawat degree. Course banyak, kerja tak ada tapi masih banyak institusi tumbuh untuk course ni. Lepas tu, semua nak ada pengalaman, peluang kerja tak banyak untuk freshie. Diorang tak berani nak terima kami sebab takut isu level degree ni. Kami tak kisah pun bermula dari bawah, tapi, orang tak nak jugak ambik.

Tanpa Nama berkata...

bnyk sebab-
1-memilih...samada mmg memilih kerja atau pn keadaan membuat kn die terpaksa memilih kerja,cth..keje ada tp gaji kecik..memilih la tu nama nya...kedua...kerja ada tp jauh...xbleh nk pegi sbb nk jaga ibu yg sakit dsbgnya...dua senario yg bbeza

2.pndidikan-bsambung..hehe

akubiomed berkata...

Rata-rata majikan mahukan pekerja yang mempunyai kemahiran dan pengalaman kerana tidak perlu mengeluarkan kos untuk melatih semula.

Memang menjadi dilema kepada lepasan ijazah kerana mereka tidak dilengkapi dengan kemahiran yang dimahukan oleh majikan kerana mereka ini lebih kepada sesuai untuk jawatan pengurusan.

Kalau melihat pasaran Malaysia masih memerlukan pekerja yang berkemahiran antara punca lulusan diploma lebih mudah mendapat kerja berbanding lepasan ijazah.

Kerajaan telah mewujudkan beberapa skim dibawah Kementerian Sumber Manusia untuk melatih semula lepasan ijazah dengan kemahiran tertentu(zaman saya tidak ada peluang seperti itu).

Beberapa majikan yang prihatin turut membantu memberi latihan selama 6 bulan dan menyerap mereka selepas tamat. Adik saya salah seorang yang manfaat dengan terlibat didalam program tersebut. Cuma penglibatan daripada pihak swasta perlu ditambah dan perbanyakkan cabang program.

Apa yang ada di dalam Industri dan Universiti sangatlah jauh jurangnya jadi memang ada usaha untuk mengurangkan jurang tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Salam Ika...
Abg Ajiem memang sedang mengajar di Institut Kemahiran Mara. Walaupun kami tidak boleh mengatakan bahawa IKM adalah institut kemahiran yang terbaik di Malaysia,namun banyak bukti-bukti yang telah menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar yang telah graduad dari IKM ini mendapat temapt yang selesa di dalam pasaran kerja samada di dalam mahupun di luar negara. Walaupun kebanyakan mereka hanya lulusan SPM sekadar cukup-ckup makan (kebanyakannya makan pun tak cukup sebab sekadar lulus Bahasa Melayu sahaja) tetapi berpendapatan sekitar 2000 ke 3000 USD samada melaui pengalaman sebagai juru kimpal ataupun kelasi kapal. Kerajaan sedang menakhoda negara menuju ke sasaran Negara Maju pada tahun 2020. Salah satu kriteria yang dimahukan adalah pendapatan perkapita rakyat yang tinggi. Tiada masalah yang besar bagi palajar lepasan universiti mendapat tawaran gaji yang lumayan namun lepasan SPM harus mendalami pengajian kemahiran dan menjadikan diri mereka lebih bernilai dan berguna. Ruang telah disediakan, namun adakah peluang akan direbut oleh anak muda kita..?

LadyBird berkata...

Nasiratul :

A) supervalue...most employer look at this supervalue...means that the unemployable graduated must show their soft skill or talent or any multiskill that xsen hv to another candidt during intvw...
only employer know how to unlease this when intvg canddt...then they will look at how u bring your self during intw....

surelah...soft skill in byk...
profesional, active learning (fast leaner), excellent,comunication skill...etc...

b)Training Approach & Methodology Part 1: On-Site Executive Development Programme (EDP) Training

Participants will undergo a classroom training. The methodology includes Lectures, Group Activities, Video Presentations, Case Studies, Simulations & Role Plays.

The key activities during Part 1:

1.Building and Achieving Self-Efficacy (BASE)
2.Project and Event Management
3.Business Writing
4.Business Appreciation
5.Presentation and Public Speaking Skills
6.Problem Solving and Critical Thinking
7.Information Management
8.Interpersonal Communication
9.Basic Management Skills
10.Employability Enhancement Skills
11.Sports & Recreational Activities
12.Surau Activities (for Muslims)

leh selongkar sini :

http://www.mygemsportal.com.my/

Unknown berkata...

saya... tak tahu nak comment acano... -.-"

nik leen berkata...

a) The important skills that employers are looking for in graduates

1. Communication skill : can communicate in international or widely used language (in Malaysia: English/Mandarin); verbally and written; able to sent out information or message to wide range of people.

2. Team Work: able to work in any group of people and can learn to blend in.

3. Knowledge: have basic knowledge as well as the specialist knowledge.

4. Multi-tasking: the ability to do several work which being appointed within the same period of time; able to manage and complete the task based on the prioritize and urgency.

5. Willingness to learn: the urge to learn new things and have the ability to learn fast.

6. Adaptability: able to adapt in new changes; able to work under pressure.

b) Suggestions for future graduates, government, bodies, or educational institutions in Malaysia to ensure that future graduates are equipped with the skills listed.

1. Future graduates: need to attend more skill improvement program being held by university or any bodies (this could help to polish skills and bring up the confidence)

2. Government: could organize more expo or training which could provide the skills need.

Yang second ni nik tak banyak idea laa iza..sorry yer..

aliza berkata...

akak dah lama x buat assignment..

tapi kemahiran perlua ada ialah berbahasa inggeris dan 2-3 bahasa lain selain BI, kemahiran interpersonal, mampu berhadapan dan berkomunikasi dengan lancar dan yakin,

bab praktikal memang jauh lebih penting pada zaman ni, tu yg mama pelik form 1 sekrang didedahkan dengan assignment, buat folio, cikgu kena beri markah berdasarkan tugasan folio yg bersifat subjektif, ... akhirnya lahir lepasan sekolah yg masih sama, yg reti 'menulis' dan 'menghafal' tapi x reti 'berkomunikasi' dan 'buat kerja'!!!!...

dwatyKNY berkata...

lady...
nak tolong tapi otak cam dah beku...
saya pasti ramai blogger yag akan bantu lady... insyaALLAH...

Juliet_iRa~" berkata...

wahh rmai dah bg idea bernas..hee..pd ira la..kemahiran komunikasi tu penting..kemahiran menyesuaikan diri..kemahiran xpilih kerja..mahir dlm bidang tersebut...

praktikal kena lama lagi la..kalau skrg 6bln mcm xbp nk ckup..br nk blaja da habis prak..huu..sbb blaja teori xsm dgn situasi sbnrn..beza sgt...:)

Unknown berkata...

TENGOK PADA REZEKI JUGAK KOT..MCM KAWAN KAK BUI,PENDIDIKAN SAMPAI KE TAHAP IJAZAH,SPIKING LONDON FUHH,LANCAR..TP STILL TAKDER KERJA TETAP..HUHU..

tehr berkata...

dah lama aku tak buat karangan
dah tak reti nak pikir lagi dah
huhu
apa pun selamat berjaya

adan berkata...

bagi sy apa yg pyng kemahiran berkomunikasi.. tunjukkan keyakinan yg tinggi.. jgn biar kita dipandang mcm org tak boleh buat sesuatu pekerjaan dengan baik.

Ibuhani berkata...

Sekadar membantu. Hrp2 berguna.. :)

1. Communicate Effectively
2. Commit to the job
3. Learn new tasks willingly
4. Accept responsibility
5. Excellent Interpersonal Skills
6. Make Decisions
7. Show Flexibility
8. Leadership Potential
9. Grow in the job
10. Ability to handle personal problems

Cikgu Ma berkata...

hmm..dah banyak pendapat berguna tu..rasanya hampir sama jerr nak kongsi...graduan sekarang bukan org pandang sangat tang PNGK tapi lebih tumpu pada soft skill

mario berkata...

cam penah tengok soklan ni....hik

Fid"s berkata...

maybe perlukan kemahiran komunikasi yang baik. Pandai berkerja secara kumpulan. Kalo nak naik gaji dan pangkat dengan cepat salah satu cara ialah buat kerja dengan ikhlas. Jangan buat kerja dalam keadaan tertekan. Jaga hubungan silaturahim antara rakan sekerja. At least apa yang penting jangan bermusuhan dengan rakan sekerja. Be cool

Unknown berkata...

alamek....kena fikir dulu ni sblm kasi jawapan..takut salah plak...

apa pun...k.chii rasa da byk jawapan yg da diberikan oleh rakan2 blogger lain..anyway,,good luck :D

HeNRieTTa JoSe berkata...

maaf xdapat membantu....otak sedang tepu memikir cermin lampu signal yang dicuri orang semalam...huhuhu....

suri berkata...

bagi suri biar kita ada sedikit ilmu dan perlu keseimbangan dlm semua perkara..


terkadang klu ada ilmu tapi tak cukup pratikal utk buat pun susah gak heee..cam nak mohon jawatn sale girl cthnya pun perlukan bahasa bi gak serba sdkit tapi klu tak tahu langsung payah juga huhu..

shraqs berkata...

Ini berdasarkan pengalaman sendiri :

1. Kelayakan akademik ( lagi tinggi lagi bagus sebab persaingan makin kurang )
2. Kemahiran berbahasa ( B. Inggeris - menulis dan bertutur)
3. Penampilan (kemas & berketrampilan - tak semestinya barangan berjenama @ mahal2), penting utk imej tempat kita bekerja
4.Pengalaman (advantage)
5.Pengetahuan asas komputer literature spt : Office(advantage)
6. Dan jangan lupa masa demand gaji tu biarlah setimpal dengan kelayakan & pengalaman yang kita mampu berikan. Jangan demand lebih2 plak.
7 Kalau ada lagi aset yang lain, itu dikira value added

Tanpa Nama berkata...

saya baru jer temuduga yang SPM, STPM, Diploma level...
tp mostly apa yang di komen oleh Nik Leen la....
yang penting cara mengurusan diri sendiri, able to work under minimize supervision,
self-management kena ok.
multi tasking..

jebengotai berkata...

a) skill : street smart

b) letakkan student di situasi realiti sperti conth internship student wat keje seperti pekerja normal..

fiza@iela berkata...

dah siap belum assignment?hahahaha saya x siap lagi....baru duk godek2..weekend ni anak antaq dah..hihihi gudluck r for both of us..hehehe..selamat buat assignment ciku

Tanpa Nama berkata...

http://kerjauntukgraduan.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...