Sabtu, 17 Mac 2012

Si Kerdil dan Rezekinya

♥Assalamualaikum..♥.. Selamat hari Ahad.. Selamat bercuti bagi yang bercuti dan selamat bekerja bagi yang baru memulakan kerja ♥ Selamat mencari rezeki yang halal yer.. ♥

Kali ini lady nak menulis berkaitan dengan rezeki.. Masing-masing berusaha keras untuk mencari sumber rezekinya.. Alhamdulillah.. Setiap orang Allah dah tetapkan rezeki masing-masing dan kita perlu mencari sumber rezeki yang Allah telah tetapkan itu dengan bersungguh-sungguh.. kerana Allah tidak pernah memberi rezeki tanpa kita berusaha untuk mendapatkannya..

Jika kita bicarakan tentang rezeki, pasti terbayang-bayang di ruangan mata rumah yang besar, duit yang berguni-guni, emas berpeti-peti, tanah berkati-kati.. tanah ukur ngan kati ke ek? :P hihihi.. Yang pasti kite memang berfikiran materialistik.. kebanyakannyalah, tak semua berfikiran begitu.. Kalau rezeki itu adakah hanya yang besar-besar? Yang kecil2, yang sedikit2 bukan namanya rezeki? Dan adakah yang dinamakan rezeki itu hanya yang boleh nampak, yang tak kelihatan bukan dinamakan rezeki? 

Lady xnak huraikan terlalu detail berkaitan rezeki ni.. biarlah orang yang ahli berkaitan dengannya menghuraikannya.. kalau lady huraikan, nanti tetibe ade soalan berkaitan agama plak akan diutarakan sedangkan ilmu lady ni tak mencukupi lagi untuk bersoal jawab dalam bidang agama..

Kali ini lady nak berkongsi suatu kisah pada zaman Nabi Allah Sulaiman a.s. berkaitan dengan rezeki. Suatu hari Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebiji gandum.

Semut Kuat Usaha
Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut di dalam botol dengan diletakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup. Cukup tempoh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula tersebut luak dimakan oleh semut tersebut.

Nabi Sulaiman bertanya mengapa hanya separuh sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar biji gandum..

Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu.

Tetapi apabila dikurung oleh manusia, dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia yang dicipta dengan kekurangan. Andai manusia terlupa untuk memberinya makanan, apakah akan terjadi padanya?

Maksudnya di sini keyakinan semut terhadap Allah saw 100% tanpa sedikitpun ragu-ragu. Bukankah Allah telah berjanji akan memberi kita rezeki semenjak di Luh Mahfuz lagi. Keyakinan dan usaha yang seganding menyebabkan semut sentiasa mendapat makanan dan rezeki daripada Allah swt.

Moralnya di sini, jangan sesekali kita bergantung kepada sesama makhluk dalam soal rezeki, sebaliknya yakinkan janji Allah setiap anak cucu Adam di bumi Allah ini telah dicukupkan rezekinya dan berusahalah dengan jasad dan minda hebat yang dikurniakan Allah ini kepada kita dalam mencari rezeki.

Janganlah takut untuk berkahwin kerana bimbang tidak mampu menyara dan memberi makan anak isteri, sedangkan setiap perkahwinan itu merupakan salah satu pintu rezeki daripada-Nya. Kenapa kita masih ragu-ragu dengan kata-kata Allah? Kerdilnya pemikiran kita jika dibandingkan dengan pemikiran semut itu.

Dan janganlah takut untuk melahirkan anak-anak yang ramai kerana bimbang tidak mampu mencukupkan rezeki mereka... Bukan kita yang memberikan mereka makanan, kita hanyalah sebagai perantara.. Allahlah yang mencukupkan rezeki bagi kita dan mereka.

Marilah kita tetapkan keyakinan dan berusaha untuk mencari jalan menuju kepada rezeki kita.. Ketahuilah, pertolongan Allah kepada hamba-Nya bergantung kepada niatnya. Siapa yang mempunyai niat sempurna, pertolongan Allah juga sempurna. Sesiapa yang niatnya kurang, pertolongan itu juga akan berkurangan.

36 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum lady

Mencari rezeki yang halal adalah wajib sesudah menunaikan yang fardhu (seperti shalat, puasa, dll). (HR. Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi)

Aine Ainun berkata...

salam lady...
suka sngt dengan pengajaran n3 ni..
betul...=)

byk sgt pengajaran..

insan marhaen berkata...

Setiap yang lahir ke dunia ada rezekinya.

Macam Angah, bila lahir anaknya maka terpaksa memikir untuk ada kereta. Ditakdirkan, dapatlah dia memberi sebuah Viva auto baru, kemudahan untuk Ayu bekerja.

Cikrosecute berkata...

Semut memang kuat berusaha

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Lady...

Hendaklah kita sedar bahawa Allah al-Muqit sahajalah yang memberi jaminan rezeki dan menghantar rezeki kepada setiap makhlukNya.. dan kita (manusia) perlu berusaha kerana kita banyak keinginan.. bila dikurniakan rezeki perlu pula dimanfaatkan sebaik-baiknya..

Acik Erna berkata...

assalam lady..terima kasih.

Yumida berkata...

tgk...daun lbh besar dri semut...mmg kuat bekerja n berusaha kan...
kpd Nya kita meminta....

Ckin Kembaq berkata...

sangat memberi kesan.inshaAllah.. ^_^ thanks lady... ^_^

Unknown berkata...

Asalam..
Baru jejak kembali blog ni.

Tq En3..sangat bagus untuk semua..

Ibuhani berkata...

Apa saja yg diberi Allah berupa sesuatu yg kita suka dr sekecil2nya apatah lg anugerahnya yg besar adalh rezeki yg harus kita syukuri. Setiap anak yg diamanahkn Allah SWT pd kita juga ada rezeki mrk masing2.....usaha dgn gigih, twakal n berserah pdNYA.....insyaallah....rezeki x kn dtg menggolek dgn hanya berdoa tanpa usaha!

teha berkata...

suke sngtt entry nie.. betul tu.. kite kena yakin yg Allah tu maha pemberi rezeki.. :)

Hanie Dew berkata...

suke entry ni 1000x....lady,aku nak copy pragraph kedua dan ketiga terakhir eh...

Thanks liking gambo hanie & jue. Buat projek gambo tu kat ofie jue.hahaha.

dieyna berkata...

entri yg penuh pngajarannya

L berkata...

insyaallah.. sentiasa yakin dgn Allah...

Adry@Daun berkata...

As salam Lady,
Kisah dlm n3 ini sgt berguna dan menginsafkan kita... Sekecil-kecil makhluk pn tahu ttg rezeki dan kekuasaan Allah(swt). Kita yg besar dan lbh berakal ni kdg2 tidak tahu bersyukur dgn nikmat yg dikurniakan olehNya.

Muhammad Naim Abdullah berkata...

sangat menarik+jeles akak selalu ada idea utk menulis

http://pemudattbc.blogspot.com/2012/03/semakin-hanyut-dengan-dunia-tidak.html

si kiut lavender berkata...

sifat dan sikap semut tuh perlu dijadikan teladan oleh sang manusia

eita berkata...

satu pengkongsian yang cukup indah...

tehr berkata...

Sebuah kisah menarik untuk kita ambil iktibar
Semut adalah makhluk yang sangat rajin berusaha

Unknown berkata...

wahhh...nice nice... :D
hehee

langkawihomestay berkata...

cerita ini memberi motivasi..kdg2 kite lupa dan mengeluh tidak cukup shja..renungan bersama..

Unknown berkata...

cerita yang menarik..thx lady..
rezeki,jodoh,ajal dan maut..semua DIA yang tentukan..kita sebagai hamba..hanya berusaha sahaja

Telor Power berkata...

setiap mahkluk ALLAH sudah tertulis rezekinya....jadi yakinlah dgn ALLAH SWT

nohas berkata...

Rezeki itu biar sedikit asalkan berkat..

Zaman sekarang byk sgt perkara2 yg haram dilabelkan agar menarik....riba=dividen, rasuah=duit kopi..jihad ekonomi..

Semoga kita tetap teguh dijalan yg lurus..

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

usaha, doa, sabar dan tawakal dalam mencari rezeki akan diberikan ganjaran yang setimpal dengannya :)

Unknown berkata...

kadang2 kita selalu alpa....takut nak beranak ramai...walhal setiap anak tu Allah dah tetapkan rezeki masing-masing kan =)

Tanpa Nama berkata...

semut yg kecil tu pun rajin usaha kan. rezeki datangnya dari Allah.

menarik :-)

Addien berkata...

Salam, enti berkaitan tadbir mimpi aritu, mohon enti post di forum di blog ana, sebab sudah ada sahabah bertanya tadbir berkaitannya..

jemput enti dan sahabah lain ke forum..mudah untuk ana ulas panjang, wallahua'lam

Temuk berkata...

A lovely write-up, and a good reminder of the need to understand the concept of rezeki in its proper perspective.

Unknown berkata...

REZEKI ALLAH ADA DIMANA2..TERPULANG KPD KITA HENDAK MENCARI NYA ATAU TIDAK

Mun berkata...

sangat tertarik baca entry kali ni...

saya nak share kat fb ye... bleh kan?

mario berkata...

errr...ada org nak jadi kaya sedangkan kaya tu terlalu subjektif... ada org dapat beli kancil pun dah kaya....ada orang ada fararri pun tak cukup jugak...nak ada merc...bmw...

akubiomed berkata...

Saya suka akan entri ini. Kurangkan berungut tapi bersyukur kurnia ilahi.

~CAHAYA~ berkata...

tingat lak lirik sebuah nasyid,

tawakkal kpd ilahi...
terutama mengenai rezeki...
tanpa ragu2 walaupun sedikit..
ada jaminan pembelaan drNya...

hehe:)

eiela berkata...

best entri nih, banyak pengajarannya.

suri berkata...

setiap detik yg berlaku ada rezeki ada
jalan yang d temui ..tak ada jalan buntu kecuali bila manusia itu putus asa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...