Assalamualaikum wbt.. ♥
Kali ini lady ingin membicarakan tentang perkahwinan. Cuti sekolah telah bermula, dan akan berakhir tidak lama lagi. Ramai sahabat yang telah berkahwin dan merancang untuk berkahwin pada tahun ini. ♥ Kebiasaannya cuti sekolah akan dipilih memandangkan pada cuti sekolahlah ramai sanak saudara yang dapat berkongsi hari bersejarah itu.
Lady bila ek? hihihihi.. Insya-Allah akan menyusul.. Sebab Lady yakin dengan amat.. Setiap yang Allah jadikan di dunia ini, samada yang kita tahu kewujudannya, dan yang kita tidak tahu adalah dicipta secara berpasang-pasangan. Dan pasangan lady telah ditetapkan sejak di Luh Mahfuz lagi.. ♥
Dan lady yakin, pasangan lady sedang berusaha mencari lady sekarang.. Telah ketemu mungkin ♥♥♥ Insya-Allah.. Mungkin inilah fitrah semulajadi yang menggerakkan para makhluk-Nya supaya sentiasa merindukan pasangan hidup yang berlainan jenis dan akan merasainya saat mereka bertemu. Seperti tarikan besi kepada magnet. Subhanallah hebatnya ciptaan Allah yang menciptakan naluri sebagai penentu siapa pasangannya. ♥
Setiap wanita merindukan seorang lelaki untuk berkongsi kebahagiaan dan kedukaan dalam jiwanya. Begitu juga seorang lelaki dahagakan belaian kasih sayang seorang wanita untuk melengkapi hidupnya. Tanpa salah satu, pincanglah hidup sebagai manusia yang sempurna.
Lady pernah menonton sebuah rancangan Indonesia di TV al-Hijrah, Lorong Waktu. Terdapat satu babak perbualan di antara seorang wanita yang kepingin untuk melengkapi hidupnya dengan berkahwin dengan Mas Husin dengan tiga orang wanita yang telah bersuami. Mereka berkata, berkahwin menjadikan hidup mereka SEMPURNA. Adakah wanita yang tidak berkahwin maksudnya TIDAK SEMPURNA?
Terdapat juga orang yang tidak mahu berkahwin disebabkan menghadapi masalah-masalah tertentu yang tidak dibenarkan oleh syarat. Namun, perkahwinan merupakan satu-satunya jalan bagi mendapat iman yang sempurna. Orang yang tidak berkahwin, tidak sempurna imannya. Orang yang memahami hakikat ini tentu mencintai sebuah perkahwinan dan berusaha untuk berkahwin secepat mungkin.
Pernikahan dalam Islam adalah ibadah. Oleh itu setiap perbuatan yang dilakukan oleh suami dan isteri diberi ganjaran pahala. Walaupun hanyalah memegang dan membelai tangan pasangan kita sudah berguguran dosa-dosa jatuh daripada celahan jari jemari. Subhanallah hebatnya dan mudahnya bagi pasangan yang telah berkahwin bebas daripada belengu dosa. Subhanallah.
Sahabat-sahabat lady di sini yang belum berkahwin, jom kite kahwin cepat2 ♥♥♥.. Tahniah kepada sahabat-sahabat office lady yang telah bertunang, akan bertunang, telah berkahwin dan akan berkahwin pada tahun ini.. Lady bahagia andai korang bahagia.. sayang korang sangat2..
25 ulasan:
kiwi pon nak kawen juga la..hihi..tapi belajar pon x hbes lgi..duit pon x de...fokus belajar dulu ^^
musim cuti sekolah ni banyak dapat kad kahwin. hehe.
Lady, jodoh lady tu mungkin mengambil jalan jauh untuk bertemu Lady. Sama macam husband saya, padahal kami sekampung, tapi tak pernah berkawan. Masing2 dah umur 30 thn baru jumpa dan kawen. Org yg jodohnya cepat tu, mungkin Allah hantar jodohnya melalui 'pos laju', dan yg lambat gunakan 'pos biasa'. So, goodluck utk lady.
bila dah menikah dan berkongsi segala-galanya dan masa tu kene la berbyk2 tolak ansur dgn pasangan...saling hormat menghormati..baru lah aman dan bahgia selamanya..
anda ditag ;)
meh juin http://supernaddyss.blogspot.com/2012/03/awesome-ga-by-sweetybeauty-shoppe.html
ye...nikah cepat2
oh, sy mmg kawen.. hahaha !
hmm dapat byk jemputan kengkawan kawen.. tp xmampu nak pergi.. jauh2.. huhu
tumpang gembira bila tgk kengkawan ramai dah kawen... :)
salam
kata anak akak
'mak..tak letih ke tiap2 ari buat keje umah'
akak jawab..
'adik nanti jgn kawen la..keje umah tak pernah abis..'
dia membalas..
'ustazah kata Nabi tak ngaku umatnya kalau tak kawen..'
laaa...kesitu pulak...
hope sis dipertemukn dgn yg ideal...teringin nk dgr kompang kt sini,...hihi
sis...sy dh chek lam kotak spam..mmg xde komen sis masuk..maybe line tenet sis slow..so komen tu x masuk...anyway..thanks coz sudi singgah :)
Kalau sudah jodoh tidak ke mana. Janganlah menolak jodoh sudahlah.
tetiba rasa nak juga..tp sayangnya..belum ketemu orgnya lagi..ehehe
cari la jodoh... walaupun ia sudah ditakdirkan.
Paling best bila pergi kenduri kahwin nie adalah makan nasik minyak... :D
semoga lady bertemu jodoh dgn lelaki yg soleh satu hari nanti..InsyaAllah.
akak selalu jugak tengok cerita lorong waktu
akak doakan Lady cepat kawin ek..dan semoga bertemu dengan seseorang yg beriman dan soleh..InsyaAllah Amin
Selamat bertunang, selamat berkahwin dan selamat berbahagia untuk semua
Assalamualaikum Lady
Insyaallah
Allah akan ketemukan jodoh dengan pasangan yg soleh dan kurniakan anak2 yg beriman
Assalamualaikum wbt.
Jika sudah sampai masa wajib kahwin (nikah) maka wajiblah kita sempurnakan.
Kepada semua pengantin baru :
Semoga kekal hingga ke syurga.
semuanya dah ditentukan mempunyai jodoh...
moga mendapat pilihan yang terbaik..
heheee
org tu bila lagi haaa...rugi lambat2 ni nnti anak kecik kita yg tua heeee
skrg nak cri jodoh buakn blh main pilih2 kena tilik pilih betul2 baru dh yakin dn tanda solat tu le jodoh kita heeee
selamat mencari jodoh lady heee.. klu dh jumpa calon bgi tahu suri kt layar fb yer heeee
sebut pasal jodoh pas ni mesti ada yg dtg minang jeeee tgu mmpi kena patok ular haaaa
yup, nikah tuh fitrah manusia. kawan-kawan pun ramai dah kawin nih.
Catat Ulasan