Isnin, 19 Mac 2012

Fenomena Ekuinoks 20 Mac 2012


Hari ini, 20 Mac 2012, pada jam 1:14 PM (Waktu Malaysia), akan berlaku fenomena Ekuinoks. Fenomena ini berlaku pada setiap bulan Mac dan Sep setiap tahun, yang mana pada saat tersebut, Matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa. Jadi, apakah sebenarnya berlaku ketika tarikh tersebut? Apakah kesannya terhadap kita di Bumi?

Jom kita berkenalan sikit dengan Ekuinoks dalam bentuk Q&A.

 Q: Kenapa ia dipanggil Ekuinoks?

A: Ia sebenarnya berasal dari perkataan Latin yang bermaksud 'equal night'.

 Q: Kenapa ia boleh berlaku?

A: Semua tahu paksi Bumi condong sebanyak 23.5 darjah. Ketika ia mengelilingi matahari, ada ketikanya paksi Bumi akan berada tegak (relatif kepada kedudukan matahari). Maka pada ketika itu, berlakulah fenomena ekuinoks.


Q: Pada tarikh equinoks itu, di mana kedudukan matahari di langit?

A: Pada ketika itu, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa.

Q: Apa kesannya kepada penduduk di Bumi.

A: Secara umumnya, ekuinoks pada bulan Mac akan menandakan bermulanya musim bunga bagi negara-negara di hemisfera utara, manakala bagi negara di hemisfera selatan, ia menandakan bermulanya musim luruh.

Q: Ada orang mengatakan pada tarikh ekuinoks ini, waktu siang dan malam adalah sama, iaitu 12 jam. Betul ke?

A: Sebenarnya kurang tepat. Ini adalah kerana waktu matahari terbit dikira pada saat nampaknya 'bentuk' matahari di atas ufuk. Walhal posisi sebenarnya matahari di langit dikira pada titik tengah bulatan matahari.

Q: Maknanya?

A: Maknanya, matahari sebenarnya terbit 'lebih awal'. Perkara yang sama berlaku apabila ia terbenam, yang mana walaupun titik tengah matahari sudahpun berada di bawah ufuk, bentuk 'bulat' matahari masih lagi kelihatan beberapa minit selepas itu.

Q: Kalau begitu, maknanya matahari kelihatan di langit lebih sikit daripada 12 jam la ye?

A: Ya, betul. Dan ada lagi satu faktor iaitu serakan cahaya di atmosfera.

Q: Apa kesan serakan atmosfera terhadap cahaya matahari?

A: Perasan tak, apabila hilangnya matahari di ufuk, ia menandakan waktu terbenam matahari dan juga menunjukkan masuknya waktu Maghrib. Ketika itu cahaya di langit masih terang. Hanya apabila menjelang Isya' sahaja, barulah cahaya kemerahan di langit hilang dan langit menjadi hitam. Itu adalah kesan cahaya matahari yang diserakkan oleh atmosfera kita.

Q: Ok, maksudnya?

A: Maksudnya, contoh, katakan waktu matahari terbenam ialah pada jam 7.30 petang, 'malam' sebenar hanya bermula pada jam lebih kurang 8.40 malam, iaitu lebih sikit dari 1 jam selepas matahari terbenam.

Q: Ok, jadi adakah kesan yang sama berlaku pada waktu Subuh?

A: Ya, pada waktu Subuh, perasan tak, langit sebenarnya sudah mula terang SEBELUM matahari terbit di ufuk timur. Oleh itu, sama kes seperti yang tadi, 'malam sebenar' telahpun berakhir sebaik sahaja azan Subuh berkumandang.

Q: Kalau begitu, siang di hari ekuinoks ialah lebih kurang beginilah ye, 12 jam + 1 jam lebih sikit + 1 jam lebih sikit, iaitu 14 jam!

A: Boleh juga dikatakan begitu, tapi jangan keliru pula!. 14 jam tu bukan bermaksud 14 jam matahari ada di atas langit!

14 jam itu ialah jumlah masa matahari berada di langit DAN waktu CAHAYA langitnya masih kelihatan selepas ia terbenam (iaitu waktu Maghrib hingga Isya, dan waktu Subuh hingga terbit mahatari). Matahari tetap terbenam pada waktu Maghrib seperti biasa.

Foto menunjukkan keadaan langit masih cerah, walaupun matahari sudah terbenam. Photo credit: Mohd Redzuan Tahar

Q: Selain dari di atas, apa faktor lain yang menyebabkan siang lebih panjang pada hari ekuinoks?

A: Faktor biasan cahaya oleh atmosfera kita, akan menyebabkan matahari masih kelihatan di ufuk, walaupun pada hakikatnya matahari sudahpun terbenam di bawah ufuk.

Gambarajah menunjukkan kedudukan matahari di ufuk dan kesian biasan atmosfera bumi
Q: Jadi, adakah waktu solat kita akan berubah pada hari ekuinoks?

A: Ehh…. tidak sekali! Waktu solat kita tetap seperti sediakala, sepertimana di paparkan di laman web JAKIM. Tidak perlu kelam-kabut hantar SMS palsu!

Q: Saya tak kata nak hantar SMS pun!

A: Memangla, tapi pernah berlaku beberapa tahun lepas, di mana kecoh apabila ada SMS tersebar yang mengatakan waktu Maghrib sudah berubah pasal fenomena Ekuinoks itu!

 Q: Ok, saya faham. Jadi, fenomena Equinoks ini berlaku tahun 2012 ini saja ke? Adakah ia ada kaitan dengan huru-hara 21.12.2012 !??
A: Laaa… mana ada kaitan pun! Ekuinoks ini sudah berlaku sejak wujudnya bumi dan matahari! Ia BUKANLAH fenomena baru! Ia sudah berlaku berulang-ulang kali! Lagipun huru-hara 2012 itu pun mengarut.

Q: Ye ke? Kenapa sebelum ini saya tak tahu? Mungkin NASA menyembunyikan sesuatu?

A: Laaa.. apa kena mengena dengan NASA pulak? Lain kali rajin-rajinlah membaca. Membaca amalan mulia!

 Q: Ok ok, jangan marah. Terima kasih!

A: Sama-sama :-)

Sumber daripada Cikgu ShahRin Ahmad.

23 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Lady

Insyaallah

nak tenguk fenomena ekuinoks petang nanti

LydSunshine berkata...

Mcm kurang faham skit. Jadi, bila tibanya equinox ni kat Malaysia pun terlibat ke? Pastu baru le akak tau yg musim 4 musim tu tak sama antara hemis utara dan hemis selatan.

sudipVSsenduk berkata...

Good info! baru saya tahu & faham.

adan berkata...

perkongsian menarik.. baru tahu pasal ekuinoks ni.. tq

Kakzakie Purvit berkata...

Huru-hara DEC 2012 dah banyak berlaku pun sebelum tarikh itu lady.. tanda-tanda dari zaman sahabat rasulullah lagi. Cara terbaik beramal. Allah berkuasa - KunfayakunNya tiada siapa mampu menandingi...

Aine Ainun berkata...

Sy x peka langsung pasal ni,
baru dpt info ni..

Mekasih lb

Dinar berkata...

detail betul peberangan march equinox ni, mcm sedang dalam kuliah astronomi plk..thanx lady

fatin berkata...

thumbs up!!

topik menarik..kupasan pun menarik~

=}

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Terima kasih atas perkongsian ini..

akubiomed berkata...

Saya ingin menanti melihat kekuasaan Allah SWT.

RHI berkata...

akak memang tak sempat nak tengok, waktu tu tengah sibuk ambil anak...ala ketingalan lan pulak..tapi thanks 4 info

Yumida berkata...

oic..penerangan yg sgt details..thanks kak..sy bru tahu..

means arini lambat sket la nk gelap..horrey...leh lama sket riadah

tehr berkata...

Fenomena alam yg diciptakan untuk manusia yg mahu berfikir

Unknown berkata...

Biasanya kena baca lagi sekali ya..
Syukran share..tahniah entry menyimpul kebesaranNya.

Adry@Daun berkata...

As salam Lady,
Tghari td hujan lebat luarbiasa kat sini dlm tempoh hampir sejam. Mgkn tiada kaitan dgn ekuinoks tp satu rahmat.

insan marhaen berkata...

sebaliknya dilokasi kerja IM nampak langit gelap jer...

AmirFX berkata...

Aaaa.. Kita perasan tadi time balik kerja jam 7 tadi.

zehan berkata...

salam...

info yg menarik walaupun kurang faham...heheh

salam perkenalan ek, folo blog awak nih sbb byk info....folo sy blk ek...

Telor Power berkata...

pagi dtg jejak ke entri ni....kaji dan pastikan ttg fenomena ni

tapi samapai ke waktu maghrib mcm biasa saja ladybirds. fenomena ni dapat dilihat kat Malaysia ke tadi??

Woofer Storm berkata...

baru tau pasal benda ni..thank ye ats infonya^^

Unknown berkata...

erm...ada lg ke fenomena ni skrg ni..ssb x perasan pun ngn apa yg dinyatakn lady

jebengotai berkata...

bgsulah penerangan ni..sng paham..hehe

suri berkata...

seperti bru msuk habis kelas guru geo jer hweeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...