Assalamualaikum wbt ♥ .. dah lama rasanya tak menulis.. bukan ape, lady habiskan buku yang lady pinjam yang bertajuk Apabila Hati Rindu Bernikah ni dulu.. Buku ni kawan lady beli.. lady x biasa beli buku2 mcm ni.. lady malu.. kikiki.. tp sebab seronok je tgk dia baca, maka lady pun pinjamlah ngan die..
Buku ni berkisar tentang jodoh.. Lady nak kongsi satu subtopik dalam buku ni tuk sahabat2 lady di sini..
Secara fitrah semulajadi, lelaki lebih suka memandang wajah yang cantik.. Lady pun suka memandang wanita yang cantik.. ♥ Sememangnya fitrah manusia yang cintakan keindahan dan kesempurnaan.
Tetapi macamana pula dengan wanita yang tidak cantik.. dan lelaki yang tidak hensem.. pasti terkecewa dengannya.. Tapi lady selalu je tengok, ramai je wanita yang kurang cantik kawin dengan lelaki hensem.. dan sebaliknya.. dan kat facebook lady tu kan.. ade seorang hamba Allah tu die pakai kerusi roda.. dan die berkahwin dengan seorang wanita yang sempurna.. malah cantik.. Namanya Abang Nik Mohd Nazri, orang Perak.
Maka, adakah bermakna kita telah melangkau fitrah semulajadi kita yang cintakan kecantikan dan kesempurnaan? Jom kite fikirkan.. ♥ ♥
Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga.
Tidak sedikit lebah yang meninggalkan bunga yang harum kerana sedikit madunya.
Ramai lelaki tampan yang tertarik dan terpesona dengan wanita yang kurang cantik kerana memiliki hati yang cantik.
Tidak sedikit pula perempuan cantik ditinggalkan oleh lelaki kerana busuk hatinya.
Kecantikan sejati bukan pada wajah yang cantik tetapi cantik dalam hati.
Oleh itu, cantikkan hatimu supaya dicintai dan dirindukan oleh semua orang.
Sebagai wanita, pasti kite terasa sedih sebab kite diciptakan sebagai orang yang kurang sempurna, samada kurang cantik ataupun memiliki kecacatan.
Ini kerana pada lelaki soleh, kecantikan ataupun kesempurnaan fizikal tidak menjadi kriteria utama dalam mencari pasangan hidup.
Mereka memilih kita kerana mereka faham nasihat daripada Nabi Muhammad saw. yang menyuruh mereka mencari pasangan hidup berdasarkan kecantikan hati wanita itu, iaitu beriman dan berakhlak baik dan bukan hanya kerana kecantikan fizikalnya.
Oleh itu bahagiakan hati kita dengan hadis nabi Muhammad saw. :
"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara, iaitu kecantikannya, kekayaannya, keturunannya, dan agamanya. Nikahi wanita yang taat beragama Islam, nescaya kamu beruntung."
[Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasai dan Ibnu Majah]
Perkara terbaik yang harus kita lakukan adalah mencantikkan hati supaya menjadi wanita yang diimpikan oleh lelaki soleh dan supaya menjadi wanita yang diimpikan oleh lelaki soleh. ♥
23 ulasan:
aah sis...biarlah hati kita yg molek..even kita x cantik...
bila dh tua nnti...semua yg cantik2 tu jd kerepot...tiada gunanya...
Salam a'laik...Alhamdulillah 1 penulisan yg baik... Walaupun guna nama tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dr empunya diri merupakan 1 kesalahan dlm etika penulisan namun sy ucapkan terima kasih kerana hnya dgn berkgsi sebegini ... InsyaAllah ramai yg di luar sana akan mendapat manfaatnya..barakallahufik...
Cantik tu sementara jer yg penting baik budi pekerti dan berbudi bahasa... Mesti org akan ingat sampai bila2
Assalamualaikum Lady
cantik hati
cantik budi bahasa
cantik paras rupa
Subhanallah....
tak canti takpe...janji ada manisnya, setiap org ada kelebihan yg tersendiri.
apa yang penting hatinya jujur dan baik
:)
cantik paras leka dipandang
lama-kelamaan akan hilang
cantik pekerti jadi perhatian
sampai mati tersimpan kenangan
Nnati bg taw kt kawan lady, zwan plak nk pinjam buku tu.. HEHE..
Erm, jofdoh kita kan dah ditetapkan oleh Allah.. so, kalau lelaki ensem kawen ngan pompuan hidih, itu kan dh mmg jodoh depa.. :)
betul tu Lady, lumrah manusia memang inginkan kecantikkan...itulah yg pertama dipandang sekarang....sbb itu kadang2 kita dengar banyak rumahtangga yg musnah...tapi bila lihat pada pasangannya...sama cantik, ensem, jadi di mana kesilapannya? kerana kita dulu tak mengenal hati budinya kan?
kalau cantik pun,tapi perangai macam ^&%*&%&...xgune gak..hehe :P
Cantik pada zahir akan pudar tetapi cantik budi pekerti akan kekal lama. :-)
Sejuk hati baca Entri ni lady...
Amboi3 sukanya dia dapat green light...
peringatan bagi lelaki yang 'hidung belang' di luar sana,... ramai perempuan baik2 yang tidak harus dimusnahkan hatinya...
suka dengar n baca hadis tu ...nice entry lady :)
betul tu..apa yg penting adalah keikhlasan dan tidak terlalu mengada-ngada...baik laki ataupn pompuan...tolak ansur lagi sukar d cari daripada perasaan cinta..
maha adil nya Allah dijadikannya kecantikkan itu bersifat subjektif.
kecantikkan berbeza2 bagi setiap org.
inshaAllah lady.. ^_^
Banyak membaca, beroleh bnyk ilmu..
** etika penulisan jgn di lupa. :)
seronok baca tajuk ni pagi2....
tak cantik rupa takpe..asalkan cantik budi bahasa dan akhlak...tu yang penting
cantik fizikal hanya sementara, akan pudar bersama waktu, cantik dalaman akan bertambah cantik andai dijaga sampai bila2.
biar tak secantik bidadari tapi punya akhlak dan hati bagai bidadari.
sama2 kita cantikkan hati..kecantikan wajah dan tubuh itu subjektif..:)
Cantik fizikal sementara jer kat dunia nie... :D
wanita solehan adalah wanita yg cntik..cntik bukan dri rupa paras yg tu mmg tka kekal lama dah hanya utk d dunia sahaja
Catat Ulasan