Khamis, 18 November 2010

Sistem Keimunan Badan

Apa itu sistem keimunan badan?
Bagaimana ia berfungsi?
Penting ke sistem ni pada kita?
Setiap orang sama je ke fungsinye?
Kalau sama kenapa ade orang yg cepat sakit dan kenapa ada orang kuat?

Soalan-soalan ini lady tak nak jawab..
korang carilah sendirik.. hehehehehehe..
soalan-soalan tu untuk kawan-kawan lady jawab :)..
boleh kan?

Lady nak jawab soalan daripada En Mamat jerk.. tapi bukan dalam bahasa yang biasa lady gunakan.. lady teringin nak menulis dalam bentuk sempoi mcm korang semua.. tolong ajari lady yer..

Ni soalan daripada en mamat.. original.. x diedit langsung :P
"salam...ledibed... adakah dengan memakan ubat... badan kita akan terus bergantung dengan keberkesanan ubat?"
Ini jawapan lady lak :

Badan kita ini diibaratkan seperti satu organisasi yang terdiri daripada berpuluh-puluh orang pahlawan hebat yang terdiri daripada hulubalang, laksamana berserta dengan askar-askar masing-masing yang berperanan untuk mempertahankan organisasi tersebut daripada dicerobohi musuh. Organisasi itu diketuai oleh En Mamat sebagai pemilih tubuh. (contoh)

Tubuh En Mamat ni memang mempunyai pahlawan yang kuat-kuat yang memang sentiasa bersedia untuk melawan serangan daripada musuh (bendasing yang boleh mengganggu perjalanan sistem badan). Tetapi En Mamat terlalu sayangkan pahlawan-pahlawannya. Setiap kali serangan dilakukan oleh musuh, setiap kali itulah juga En Mamat mengambil bantuan luar (ubat-ubatan). Sebab En Mamat tidak yakin dengan keupayaan pahlawan-pahlawannya. Lama-kelamaan pahlawan-pahlawan En Mamat menjadi semakin lemah. Oleh sebab itu, semakin ramailah musuh-musuh yang berani masuk disebabkan benteng pertahanan En Mamat semakin kendur. Maka, semakin keraplah En Mamat perlu meminta bantuan daripada pahlawan luar.

Pada mulanya, pahlawan yang En Mamat jemput hanyalah pahlawan-pahlawan biasa memandangkan pahlawan En Mamat masih kuat. Tetapi lama-kelamaan En Mamat perlu mengambil pahlawan yang kuat dan semakin gagah dari masa ke masa kerana musuh yang menyerang organisasi En Mamat semakin kuat dan sentiasa mengubah strategi untuk memantapkan serangannya. Lama-kelamaan En Mamat semakin lemah dan bergantung kepada jemputan pahlawan luar untuk mempertahankan badan En Mamat.
Itulah alkisahnya kehidupan En Mamat dan organisasi yang dipimpinnya. Andai pemimpin kuat, pasti organisasinya akan turut kuat. Chayok2 En Mamat, anda masih diberi peluang.. latihlah kembali pahlawan-pahlawan anda. :D.. Tetapi mungkin pada mulanya ia agak sukar, namun en Mamat perlu kuat.. bermula dari bawah kembali. InsyaAllah berjaya walaupun terpaksa merangkak dulu.

21 ulasan:

maCy malas nak sign on berkata...

cell darah puteh aite phlawan tu :)

LadyBird berkata...

yer cik macy.. termasuk juga nodus2 limfa, sistem pertahanan bdn ni byk2..

Nizam berkata...

best la cara penyampaian ni... suka2... hehe..

LadyBird berkata...

Snoop :
tQ Nizam sebab suka dan sudi dtg ke teratak akak :D..

Encik MamaT berkata...

hehe... baru la sempoi.... cayalah.. baru senang paham... haha

LadyBird berkata...

En Mamat :
hihihihihihi.. tp xde istilah sains lah..
paham ke? :P.. nak amalkan x?

mario berkata...

ok...faham jgk...

LadyBird berkata...

mario:
paham ek? mario kan terer..
belajor kang..

CIK TOM berkata...

wah menarik info ni..kalau cik tom nak tanya pe2 psl ubat boleh x??cik tom nak tahu lebih lanjut psl ubat jenis steroid..

LadyBird berkata...

tq cik tom..
cik tom, lady bukan pelajar farmasi..
cmne kalau refer soalan tu pd cik Mish.. kalau x silap lady die bidang farmasi..

najihah sahami berkata...

setahu Mish la kan...steroid ni boleh dikatakan agak bahaya la kot penggunaannye..kalau nak kena on steroid ni kena beware la..steroid ni memang berkesan..tp xboleh guna untuk jangkamasa yang lama sebab ia boleh efek pada sistem imun badan. kalau nak stop pon xboleh mengejut..kena kurangkan dos slow2..

steroid ni bese guna sebagai anti radang...contoh cam krim ataua losyen yg ada streoid..kite gune untuk gatal-gatal..kena sapu nipis-nipis..tak boleh sapu tebal..takut efek kulit. kalau patient asma pon kite on prednisolone jz 5 hari je kot..ngan dos 5mg sehari..jarang doktor on steroid ni untuk jangkamasa yang lama melainkan untuk penyakit kronik cam kanser...

wallahu`alam...tu setakat pengetahuan mish masa belajar la...

LadyBird berkata...

mish :
tQ mish atas penerangan panjang lebar tu.. nanti akak bgtahu cik tom suh cik tom baca :)

jazakillah ye c chomel :)

noa berkata...

sempoi la u nye xplanation, nak baca pun best je

LadyBird berkata...

Nora :
tQ Nora.. :)..

pN.rOs berkata...

sistem imun badan akan jadi lebih kuat bila faktor persekitaran membantu...
cam pemakanan, senaman..... dll
tak semestinya bergantung pada ubat or vitamin tambahan

LadyBird berkata...

time kasi puan ros atas makluman itu :)

CIK TOM berkata...

tenkiu ye mish n lady 4 info steroid...sbnrnya cik tom pernah makan tahun lepas..berat badan naik mendadak smpi 56kg..huhu

belog|amiyo berkata...

gud info lorh....:D

Maiyah berkata...

salam..
akak guna dua, satu utk jln.. kat rmh guna reclining wheelchair sbb bdn perlu rebah kalo ddk lma

ttg ubahsuai kete tu msih dlm merancang, kota baru jauh le dik.. tgh tnggu persetujuan keluarga, tetiba dorang x bape setuju akak drive lak :)

Unknown berkata...

takmo ubat! tak suke tak suke!

the bert berkata...

so lagi baek kurang kan pengambilan ubat lah ni..cuma part nk train balek hulubalang cam susah sikit yelah dh biasa klu sakit makin ubat..so bila sakit x makan ubat takut makin melarat plak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...