Sabtu, 13 November 2010

Obesiti - Pembunuh Senyap

Kali ini lady betul-betul tak tahu nak tulis ape kat blog ni.. asyik blogwalking jer 2 3 hari ni.. jalan2 naikkan trafic sambil mencari idea..  Dalam duk jalan-jalan tu, lady baru perasan, sebahagian daripada kita ni selalu jer cakap berkaitan nak turunkan berat badan. Jadi lady terlintaslah nak buatkan artikel khas tuk kawan-kawan lady yang lady sayang ni sebagai rujukan. 

Semua orang takut gemuk, terutamanya kaum sejenis lady. Kenapa orang takut gemuk? Kalau ditanya pasti ramai yang menjawab bimbang diri tidak lagi cantik, tidak mempunyai bentuk badan yang ideal, dan ada jugak yang takut suami tinggalkan kerana bentuk fizikal isteri dah tak cantik. Macam-macam alasan yang diberikan, jarang sekali yang memberikan alasan demi menjaga kesihatan. Dan apabila berat badan meningkat, masing-masing kurangkan makan tanpa pengetahuan yang betul tentang diet yang seimbang. Masing-masing mengamalkan diet yang salah yang menyebabkan kesan negatif lain yang mungkin timbul. Lady bukan nak terangkan berkenaan diet yang betul, lady hanya nak membincangkan berkaitan obesiti iaitu kegemukan yang terlampau.

Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit apabila tisu-tisu lemak badan menjadi keterlaluan kerana ia mengganggu atau mencederakan organ-organ badan yang lain menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Di Malaysia, sebahagian besar daripada kita menghadapi masalah obesiti kerana kebanyakan daripada kita tidak mengamalkan diet seimbang. Mereka seolah-olah hanya duduk, dan makan untuk mati.

Ramai yang mungkin tidak sedar bahawa obesiti boleh memendekkan jangka hayat sehingga 10 tahun. Menakutkan tapi itu hakikat yang perlu didepani apabila tubuh tidak lagi tertanggung dengan berat yang terlampau.

Kebiasaannya apa yang lady perhatikan, kita cepat perasan kita gemuk walaupun pada hakikatnya tidaklah dalam kategori gemuk. Di sini lady ada senaraikan kategori individu yang boleh dikategorikan gemuk terlampau atau obesiti :
- Individu yang mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukurannya ideal (rujuk BMI)

- Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badannya ideal

- BMI melebihi 40 atau

- BMI melebihi 35 dan mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes

- Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun setelah mengikuti diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.
Kebiasaannya orang hanya memandang mudah masalah obesiti. Mereka hanya risau jika mereka menghidap penyakit seperti barah payudara, barah pangkal rahim, darah tinggi. Apabila menghadapi masalah obesiti, mereka hanyalah berfikir gemuk tidak akan membawa kematian, tidak seperti penyakit-penyakit lain yang boleh membawa maut. Mereka terlupa bahawa pengumpulan lemak yang berlebihan boleh mengganggu organ dalaman badan yang menyebabkan sistem badan tidak mampu berfungsi dengan baik sehingga boleh menyebabkan kematian. Contohnya adalah gangguan pada sistem yang disenaraikan di bawah ;

Sistem jantung - tekanan darah tinggi, sakit jantung koronari dan salur darah tersumbat
Sistem perkumuhan - cirit-birit dan lemak di bahagian hati
Sistem pernafasan - kesukaran bernafas dan tidur berdengkur/ apnea tidur
Bahagian saraf - tekanan mental, rasa rendah diri dan strok
Bahagian kulit - jangkitan bakteria dan kulat 
Bahagian dada - kanser payudara
Bahagian pembiakan wanita - kanser pangkal rahim
Perempuan mengandung - masalah ketika bersalin

Apabila sistem badan telah lemah, pelbagai penyakit akan timbul, dari seremeh-remeh penyakit sehinggalah kepada sebesar-besar penyakit. Penyakitnya pula jenis berantai sehingga menyebabkan semua sistem badan akan lemah dan tidak lagi mampu mengawal aktiviti tubuh dan seterusnya boleh mengundang kepada maut.

Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan masalah kegemukan. Ia merupakan punca segala penyakit. Bukan hanya sekadar mengubah fizikal, tetapi turut menjadi penyebab utama kematian. Amalkan pemakanan yang seimbang dan senaman yang berterusan.  Sebaik-baik cara adalah dengan kembali kepada Islam. Selidiki sunnah. InsyaAllah tidak mengalami masalah obesiti dan kesihatan terjamin.

24 ulasan:

Unknown berkata...

kak..apik buncit kt perot jer..kuat makan nih

Syiera Bucuk berkata...

waaa..xnk gemok..jom diet..hee

Hakimi Reza berkata...

Berat Nakal 55kg jer

tinggi 171cm

hhahahahah

Mrs Nurul berkata...

TGH KURUS KURUS NI TAKUT LEPAS KAWEN BERANAK KE JADI OBESEE HUHUHU

sud@is berkata...

banyak penyakit berpunca dari pemakanan tidak seimbang dan obes mengundang berbagai penyakit..tq sweet-ladybird kongsi2 info..

armouris berkata...

lagi info tentang obesiti di SIHAT SELALU - Diet Tapi Tetap Gemuk Kerana Rendah BMR

LadyBird berkata...

apik :
boroi ke? ni mesti makan kemudian minum air terus nih.. isk isk isk..

Sh!ra :
jom jom diet :)

LadyBird berkata...

budak nakal, awak ni kategori obesiti sgt2.. hahahaha.. memain jerk :P

si lampai neon :
ade jugak org mcm tu, lps kawin terus die jadi berisi.. naik mendadak camtu.. kenapa yer..

Sudais :
betul3x.. punca segala penyakit adalah drp perut

LadyBird berkata...

armoris :
lady dah baca.. tq yer atas info itu..suke :) bio habis.. cam baca nota time study dulu jerk.. siap ada ATP. complete. :)

seposeng karat berkata...

jom kite amalkan budaya hidup sihat..
cam promote kementerian kesihatan malaysia (KKM) :D

Rashid berkata...

Jom jogging..
Jom ke gym ..
jom .. jom ..

zzzzzz .. hehe

Mario berkata...

thanks tuk info ni

LadyBird berkata...

jom cikgu..
tp cikgu ade ms ke?
nanti cuti sekolah agak free kan?
gi gym pun ok.. leh mengentalkan otot2 badan :)..

LadyBird berkata...

mario :
sama2 mario :)

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. berkata...

terima kasih sharing info kesihatan nie. kalau x baca x tahu pun kan...urmmmm...

LadyBird berkata...

kinakOyu :
sama2 kinak.. :)..
terima kasih sebab suka..

ghost berkata...

perbanyakan exercise...dari diet yg tak teratur.

LadyBird berkata...

biskut :
biskut exercise tak?

CIK TOM berkata...

cik tom nak diet dpt berat 45kg la sblm konvo..hehe..tp diet xberapa betul..huhu

sorry xtgl jejak di smix..just tgl jejak di sini je sbb tnet slow :)

LadyBird berkata...

cik tom, cik tom berat dr lady :P..
hihihihi

Tanpa Nama berkata...

mcm mana x obesiti mknan semua sedap2 and bermacam macam jenis...huhu

LadyBird berkata...

RuSh D:
jgn ikut nafsu makan :D..

Unknown berkata...

bagus entry ni..pasni LB buatlah tips diet yg sihat.. :)

Unknown berkata...

thanks for the info....mmg bagus ni. huhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...