Jumaat, 24 September 2010

Spina Bifida - Tulang Belakang Terpisah

Tadi lady jalan2 cari pasal kat tenet.. cari idea tuk menulis lagi dan lagi.. tetiba jer lady teringat sal pesanan nurse time kursus kahwin bulan lepas. Nurse tu pesan, kita sebagai wanita perlu banyak makan sayur-sayuran untuk persediaan badan kita apabila kita mengandung nanti. Lady watla research sal sayur2an tu.. dan lady terjumpe pasal Spina Bifida. Penyakit saraf yang dihadapi oleh bayi yang dikandung apabila kekurangan Asid Folik, dan tetiba je lady teringat sal kawan lady.

Lady ada sorang kawan, sebenarnya dia merupakan junior kakak lady. Namanya Aishah. Aishah selalu datang rumah dan lady agak rapat dengannya memandangkan lady ni jenis mesra alam. Sewaktu mula2 Aishah datang ke rumah lady, dia datang bersama mak ayah dia. Dia memakai kerusi roda. Mak ayah die cakap, Aishah ni x suka berkawan, jadi dia nak Aishah ni mempunyai kawan. So lady jadilah kawan die.. lady ajar die jalan menggunakan tongkat.. sebab bg lady dia boleh, cume dia rasa lemah semangat dan x yakin dengan keupayaan diri sendiri.

Mak ayah die cerite, asal2nye Aishah normal, cuma kakinya tak sempurna seperti org lain. Dan disebabkan itu, Aishah buat pembedahan untuk membetulkan balik keadaan kakinya. Walau bagaimanapun, selepas pembedahan sebelah kakinya lumpuh dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Waktu itu, Aishah baru tingkatan lima dan disebabkan tekanan, SPMnya gagal. Dan sejak dari itu, Aishah menyendiri. 

Tetapi Alhamdulillah, kehidupannya berubah sedikit demi sedikit. Dan dia telah berjaya menyesuaikan diri dengan tongkat. Dan sekarang dia telah mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan hati yang baik hati dan tampan. Tetapi, setelah bersalin, kakinya menjadi lembik dan tidak boleh menggunakan tongkat lagi, dan terpaksa menggunakan kerusi roda sepenuhnya. Dia tidak mampu mengawal punci kencingnya sendiri dan terpaksa menggunakan pampers. Tetapi setelah bertahun-tahun masa berlalu.. dia kini berjaya menyesuaikan diri dengan menggunakan kerusi roda. :) dan berjaya menjadi seorang ibu dan isteri yang sempurna. Alhamdulillah.

....................................

Berbalik kepada kisah Spina Bifida.. setelah lady membaca tentang masalah Spina Bifida ni, baru lady perasan bahawa Aishah menghadapi masalah tersebut dan doktor tidak dapat mengesan masalah utamanya. Pernah suatu hari tu, Aishah telefon lady menangis kerana doktor yang check kandungannya mengatakan bahawa anak dalam kandungannya mengalami kecacatan kaki. Waktu itu lady agak terkejut memandangkan kes Aishah tiada kaitan dengan masalah genetik. Hampir-hampir lady nak menelefon doktor untuk mengetahui lebih detail. tetapi waktu tu masa tidak mengizinkan dan lady hanya nyatakan insyaAllah anak Kak Aishah normal, doktor tu yg salah. dan alhamdulillah anaknya sihat sempurna dan jauh lebih sihat dan comel berbanding dengan anak orang lain. Alhamdulillah, berkat kesabaran Kak Aishah sekeluarga. Dan sekarang baru lady dapat kepastian tentang masalah sebenar Aishah.

Aishah menghadapi masalah Spina Bifida iaitu kecacatan pada tulang belakang yang menjadikannya kelihatan menonjol. Ia berlaku berikutan penutupan tidak sempurna sebahagian sistem saraf tengah (spinal cord) dan tulang belakang (spinal columm). Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bersambung dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang
terdedah. Ianya berlaku di bahagian bawah tulang belakang dan jarang berlaku di bahagian atas .

Kadang-kadang sebahagian dari otak juga turut terdedah. Antara faktor yang menyebabkan masalah ini adalah disebabkan wanita hamil tidak mengambil asid folik. Pengambilan asid folik yang banyak tidak menjadi racun tetapi pengambilan yang kurang boleh menjejaskan pertumbuhan bayi.

Bagaimanapun, pengambilan asid folik yang kurang bukan satu-satunya faktor terjadinya masalah ini. 

Ada beberapa faktor turut mempengaruhinya. Antaranya termasuk genetik, wanita yang mendapatkan rawatan dialisis dan wanita yang mengambil sesetengah jenis ubat, contohnya epilepsi. Faktor lain mungkin menghisap rokok, pengambilan alkohol dan obesiti. Apabila janin berhadapan dengan Spina Bifida, ia boleh dikesan seawal 12 minggu kehamilan. Menerusi imbasan, bakal ibu boleh melihat pembentukan tulang belakang janin.


Jenis‐jenis Spina Bifida :

a) Spina Bifida Occulta
Saraf tunjang adalah normal. Hanya sebahagian kecil tulang yang tidak bertaup. Lapisan kulit yang menutupi kecacatan ini juga adalah normal.
b) Meningocoele
Sebahagian dari meninges lapisan luaran saraf tunjang terjulur keluar tetapi saraf tunjang selalunya sempurna.
c) Meningomyelocoele
Sebahagian dari saraf tunjang dan meninges terjulur keluar dari tulang belakang yang
terpisah.
Keterukkan keadaan spina bifida adalah berbeza. Dalam keadaan yang ringan (milder form), bayi tidak menunjukkan apa-apa tanda. Sekiranya kecacatan teruk yang mana melibatkan saraf tunjang , kemungkinan bayi tidak selamat. Selalunya bayi ini akan mengalami kelumpuhan, hydrocephalus (kepala besar disebabkan pengumpulan cecair dalam otak) dan lain-lain kecacatan sejak lahir/ kongenital.

Tanda‐tanda :
•Kemungkinan kelihatan benjolan di bahagian belakang. Ia adalah penonjolan saraf tunjang atau meninges melalui ruang pembukaan di tulang belakang.
• Saiz kepala yang besar atau ukuran lilitan kepala membesar akan terjadi pada sebahagian kes meningomyelocele.
• Bagi kes spina bifida occulta, perubahan warna kulit, lekok ,ketulan tisu lemak yang lembut atau jumbai rerambut akan dapat dilihat di bahagian belakang.
Gejala :

Sebahagian dari gejala dikesan peringkat awal dan yang lainnya dikemudian hari.
• Sakit dibahagian bawah belakang
• Sistem usus dan pundi kencing yang tidak berfungsi.
• Bahagian anggota kaki adalah lemah atau lumpuh.
• Hilang deria rasa dibahagian yang terlibat.
• Pembelajaran yang lemah

Betapa pentingnya penjagaan sewaktu kehamilan. Jangan kerana kecuaian kita, anak-anak kita menjadi mangsa. Takdir Allah memang tidak mampu untuk dielak, tetapi Allah memberi kita peluang untuk berusaha mengatasinya dengan ilmu dan akal pemberiannya.  Semoga apa yang lady tulis di sini menjadi pedoman untuk kita sebagai seorang wanita, selaku ibu/ bakal ibu. Dan kepada kaum lelaki/ ayah/ bakal ayah.. nasihatilah kaum wanita di bawah jagaan anda. :)
Rujukan :
http://www.srikasih.co.cc/2008/09/asid-folik-penting-untuk-wanita-hamil.html
http://www.downstate.edu/neurosurgery/diseases/spina_bifida.html
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/kanak-kanak/SPINABIFIDA.pdf
http://www.buzzle.com/articles/spina-bifida-life-expectancy.html

p/s : mana2 yang salah sila perbetulkan yer. tQ.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nice info..

LadyBird berkata...

tQ RuSh D

± berkata...

penah tgk anak jiran dpt spinal bifida
ade rawatan x utk betulkan tulang tu?

Rashid berkata...

salam

wah satu amatan dan kajian yang baik sekali dari ladybird untuk dikongsi..

Moga bakal-bakal tu kena makan asid folik banyak-banyak..

LadyBird berkata...

Dark Half :

simptonnye mcmn tu Dark Half? Memang dr sahkan dia menghadapi mslh Spina Bifida ke? sebab di Malaysia ni jarang kes ni berlaku.. berdasarkan kwn lady tu, dr x bg rawatan ape2 pun, mungkin kes ni masih baru di Malaysia..

Rasyid :

Terima kasih cikgu.. :).. bukan setakat makan asid folik banyak2.. kene makan sayur sayuran banyak2.. jgn makan kobis dah, nanti lagi byk keputihan dan lagi mudah dijangkiti bakteria dan kulat. huhuu..

missrivebell mumun berkata...

Bagi wanita yg merancang untuk hamil adalah disyorkan sudah mula mengambil asid folik untuk elakkan bayi yg menjadi mangsa kekurangan asid folik.. bgs blog nie..

Mario berkata...

perghhh...baru betul g kursus...bole ingat topik2...

LadyBird berkata...

miss mumum : tq miss sebab sudi komen dan bg info tambahan.. kebiasaannya yg hadapi mslh ni juga disebabkan kehamilan tidak terancang, dan ibu tidak sedar yg dia mengandung.

Mario :
ingt topik yg best jerk.. :P.. topik yg diminati :) hihi kursus kahwin bukan untuk org yg nak kawin jerk :P.. kursus ni byk bg ilmu kat kite.. :)

fadli ali berkata...

anak saya dilahirkan dengan simptom SPINA BIFIDA ni... selepas lahir dalam masa 3 bulan terlantar di HKL dan menjalani hampir 5 operation keatas kepala dan belakang.

alhamdulillah, berkat kesabaran saya dan isteri, anak kami ceria dan sihat. dah merangkak dan pandai tgk TV. menunggu masa utk pandai berjalan..

sapa nak tanya boleh email are_chik@hotmail.com

sekian...

fadli ali berkata...

anak saya dilahirkan dengan simptom SPINA BIFIDA. 3 bulan di HKL dan menjalani hampir 5 kali operation di belakang dan kepala...

skrg dah sihat dan ceria,aktif dan ligat. perkembangan lambat sikit. skrg dah setahun 3 bulan. masih merangkak dan tgh nak belajar berdiri plak...

nak share atau nak tanya apa2 leh email saya are_chik@hotmail.com

LadyBird berkata...

Alhamdulillah..
semoga encik Fadli sekeluarga tabah menghadapinya..
kawan lady yang menghadapi mslh spina bufida dah berumahtangga dan mempunyai anak..
tetapi selepas die bersalin, die menjadi lumpuh.. dan terpaksa bergantung sepenuhnya pada kerusi roda..

Tanpa Nama berkata...

Kehidupan harus diteruskan..

fadli Ali berkata...

sekarang anak saya dah darjah satu, sekolah di sekolah kebangsaan biasa. Alhamdulillah

kepada pembaca semua

jika memerlukan easicath / catheter@tiub salur kencing, boleh dapatkan produk ni dari saya sekarang dari rm3.80/pcs tak termasuk belanja pos
Boleh hubungi saya di talian 0126296286 / wassap 0123196337 - fadli

Kehidupan Perlu diteruskan

LadyBird berkata...

Alhamdulillah en Fadli.. Seronok lady mendengar nya.. Alhamdulillah..

Tanpa Nama berkata...

adik sy menghidap spina bifida...sekarang dah umr 9 tahun. gagal mengawal kencing n pakai pampers

Unknown berkata...

Salam saya nak bertanya macam mana saya nak jadi ahli persatuan spina bafida malaysia

Ibu Comell berkata...

assalam...sis dah join kelab tu ker?...blh bagitahu mcm mana nak join..coz sy cari pun x dapat..tq in advance.

LadyBird berkata...

Maaf sis, sy sendiri xtahu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...