Setiap orang yang bergelar manusia normal sudah tentu biasa mengalami stress. Tidak kira mereka pekerja profesional, guru, kerani biasa, buruh, ataupun suri rumah. Masing-masing pernah mengalami stress, tahap keseriusannya bergantung kepada bagaimana kita mampu mengawal mental untuk berhadapan dengan situasi-situasi yang tidak dijangkakan kehadirannya. Bagi yang telah biasa mengalami stress kemungkinan besar telah mampu menangani pergelodakan emosi dengan jayanya.
Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk, tidak redha dengan apa yang berlaku padanya dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia boleh dikawal.
Stress menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri.
Senyum
Kebiasaannya orang yang menghadapi masalah/ tekanan akan membuat memek muka yang penuh dengan kejelekan, ketensionan sehinggakan sesiapa yang memandang pasti turut mengalami stress. Apa taknye, mereka pasti memandang kite dengan penuh kebencian seolah-olah kita yang bersalah. Apalah salahnya kalau kita tersenyum, lagipun takkan kerana nak marahkan sesuatu semua orang turut sama terasa bahangnya. Kalau kita senyum, sekurang-kurangnya sedikit stress akan hilang kerana orang sekeliling akan tersenyum kepada kita. Bukankah faktor sekeliling mempengaruhi mood seseorang.
Menyendiri
Untuk menangani perasaan stress tu, terlebih dahulu kita perlu kita perlu tenangkan fikiran. Kalau perlu, cuba menyendiri seketika dan cari tempat untuk berehat dan bersantai seketika seperti di pantai. Elakkan tempat-tempat yang sesak dan bising di mana tempat-tempat sebegini boleh menyebabkan stress kita boleh menjadi bertambah teruk.Bertenang
Sikap yang paling baik adalah bertenang terlebih dahulu. Jangan terburu-buru bertindak kerana pada waktu itu sebarang keputusan dipengaruhi oleh emosi. Dan kebanyakan apabila membuat keputusan dalam keadaan hormon yang tidak stabil bakal mengundang masalah yang lebih rumit dan payah untuk diselesaikan, tidak kurang juga yang akan menyesal apabila keputusan telah dibuat. Dalam keadaan emosi yang tidak stabil, kita tidak mampu untuk berfikir dan membezakan antara yang baik dan buruk dan sukar untuk mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya. Langkah bijak adalah bertenang dan cuba kontrol emosi diri dengan menyusun nafas dengan teratur, tarik nafas perlahan-lahan dan hembuskan.Sentiasa berbuat baik dan berpandangan positif
Kalau boleh, sementara keadaan dapat dijernihkan, cuba sentiasa berfikiran positif terhadap apa yang telah berlaku. Kalau ternampak sesuatu atau seseorang yang boleh meningkatkan stress kita, cuba elakkan diri berjumpa atau bercakap dengan dia terlebih dahulu. Kalau berkait dengan pasangan kita, atau orang yang kita rapat seperti adik beradik ataupun kawan baik, lebih baik cuba pergi di tempat-tempat yang dia tak boleh pergi seperti dalam bilik air, dalam bilik. Jangan melarikan diri dari rumah, kita kene fikir masalah tidak akan selesai jika kita melarikan diri, malah bertambah rumit. Cuma elakkan diri sahaja, bukan melarikan diri terus menerus. Lebih baik kalau mengambil wudhu' terlebih dahulu dan berzikir kepada Alalh untuk menenangkan jiwa.Memaafkan
Cuba maafkan kesalahan orang tersebut andai ia melibatkan orang. Kerana sebagai manusia, secara fitrahnya kita tidak mahu melakukan/ melukakan hati orang yang berada di sekeliling kita. Setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan kerana kita dicipta sebagai makhluk yang lemah. Tidak ada seorang manusia pun di dunia ini sempurna. Dengan memaafkan kesalahan orang, tidak berdendam dan menerima kelemahan orang lain mampu mengurangkan dan menghilangkan stress. Itulah hakikatnya kejadian manusia, perlu sentiasa memaafkan kerana masing-masing tidak dapat lari daripada kesilapan. Dan mungkin kita turut menjadi penyebab kepada berlakunya konflik tersebut. Tidak salah untuk kita memohon maaf dan memaafkan kesalahan orang pada kita andai tindakan itu dapat menjernihkan suasana.Ceriakan diri
Kita perlu ceriakan diri sendiri dengan melakukan apa yang boleh membuatkan kita bahagia. Sebagai contoh mengambil gambar, membuat puisi, menulis di blog, menyanyi dan sebagainya. Alangkah baik andai kita mengambil inisiatif untuk meluangkan masa dengan orang yang mampu membuat kita ketawa, seronok seperti keluarga kita, suami/ isteri kita, anak-anak kita atau kawan-kawan sekepala. Sesungguhnya kita bukan keseorangan hidup di dunia ini.Luahkan
Cuba luahkan apa yang kita rasa, kita lalui. Kita boleh luahkan secara lisan, dan andai tidak mampu berbicara kita boleh menulis di atas kertas perihal yang menyebabkan kita stress. Cuba koreksi permasalahan tersebut sedalam-dalamnya. Dengan cara tersebut mampu mengurangkan stress kita. Kalau kita jenis yang tidak suka bercerita secara lisan, buatlah satu blog seperti blog saya ni untuk meluahkan tekanan yang kita rasai. Ia amat berkesan untuk menghilangkan stress. Apa yang kita rasa, kita coretkan dalam bentuk perkataan demi perkataan supaya kita rasa lebih tenang. Jadikan blog kita ini sebagai sahabat yang paling rapat dengan kita. InsyaAllah kita mampu menangani tekanan sebaik-baiknya.
Berserah kepada Allah
Kita perlu yakin dan percaya dengan takdir Allah. Allah tidak akan mentakdirkan sesuatu yang buruk kepada hamba-hambaNya. Dia sayang kepada hamba-hambaNya. Andai kita redha dengan segala ketentuan Alalh, pasti kita tidak stress lagi. InsyaAllah. :)
4 ulasan:
sy terbaca kt satu majalah, die kata mkn pisang utk hilangkan stress.. :)
Makan coklat jugak. Jangan lupe semayang.
atok kalau stress, cuba asingkan diri....cari tempat tenang
kadang2 stress tu berpunca pada diri kita jugak..latih mind set to calm.insyaAllah less stress :)
Catat Ulasan