Ahad, 19 September 2010

Kempen Aurat Saya Maruah Saya


Perempuan ni seperti makanan, ada makanan yang di'cover' dengan penutup, dan ada juga makanan yang terdedah. Makanan yang di'cover ' penutup akan lebih bersih dan akan dipilih untuk santapan.

Makanan tertutup dan makanan terdedah

Kalau lady  diberi pilihan,  pasti Lady akan memilih makanan tertutup. Kerana apa?


Kerana.. makanan yang tertutup lebih bersih, bebas daripada pencemaran, bebas daripada habuk2, bebas daripada bakteria2 pembawa penyakit. Sudah pasti kita tak nak kesihatan kita terganggu disebabkan pemilihan makanan yang tidak bersih.


Cuba lihat makanan terdedah. Lalat2 berebut2 menghurunginya. Hinggap di atas makanan tersebut, meninggalkan pelbagai jenis bakteria pembawa penyakit. Andai kita makan, kurang2 sakit perut, cirit-birit.. kalau tak bernasib baik, terus innalillahiwainnailaihirojiuuunnnn.. terseksanya hidup akibat daripada memakan makanan tercemar.


Biasanya siapa yang makan makanan tercemar ni? Kalau difikirkan, tiada orang yang waras sanggup memakannya jika tidak terdesak. Biasanya hanya orang yang kurang waras sahaja yang akan memakan makanan tersebut.


Begitulah kaitannya dengan wanita. Wanita yang menutup aurat lebih terjaga dan terlindung daripada anasir-anasir liar. Allahua'lam.
................................................................................................


p/s : click gambar wanita bertudung di atas untuk menyokong dan menyertai kempen ini. Letakkan gambar tersebut di tepi blog andai menyokong kempen ini. Marilah kita sama2 menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga aurat.

6 ulasan:

Taska Ummi berkata...

semua org diwajibkan menutup aurat...marilah sama2 kita menjayakannya..

Tanpa Nama berkata...

Faizz :

yer faiz, setiap wanita Islam Baligh dan berakal diwajibkan untuk menutup aurat.

Mat Ganu berkata...

betul tue cik lady..sy sokong...

Nizam berkata...

nizam pun sokong kempen ni...
tapi kalau Lady perhatikan sekarang kan... perempuan bertudung pun banyak yang lakukan maksiat... tapi tak bermakna yang tak bertudung tu leh buat alasan mcm tu kan..
coz menutup aurat tu wajib...
first;tutup aurat,second;jagala tingkah laku...

Encik MamaT berkata...

menutup aurat itu wajib bagi lelaki dan perempuan... kita patut jadikan diri kita sebagai role model... kita kena jaga kelakuan, perbuatan dan lain2... islam itu indah....

sweetie2010.blogspot berkata...

Salam ziarah,

Kak Sweetie setuju sangat dan sokong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...