Selasa, 7 September 2010

Kelebihan Seorang Wanita


Alhamdulillah, bertuahnya aku dicipta sebagai seorang wanita.. Terasa seperti  Allah amat menyayangiku.. Istimewanya kejadian kita sehinggakan kita dijaga  dan dilindungi oleh Allah swt. Dia ciptakan kita dan mengurniakan beberapa orang lelaki untuk melmbimbing kita daripada terjerumus ke nerakanNya. Subhanallah, Maha suci Allah. Terlalu banyak keistimewaan wanita sehinggakan tidak mampu ditandingi oleh lelaki yang gagah perkasa.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang  akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Begitu sayangnya Allah kepada kita. Tetapi kenapa kita tidak langsung berterima kasih di atas anugerah Allah kepada kita? Malah kita langsung tidak memandang anugerah Allah tersebut. Kenapa kita seperti itu? Kita abaikan suruhan Allah, malah kita tanpa segan silu melakukan kesalahan dan berbangga dengan kelakuan tersebut. Begitu riaknya kita kepada Allah. Wahai kaum sejenisku, marilah kita muhasabah diri, kembali kepada fitrah asal kita. Tidak perlulah kita ingin melawan arus merubah fitrah kejadian kita. Marilah kita sama-sama kembali menuju kepadaNya, tanamkanlah rasa syukur dengan kejadian dan keistimewaan anugerah Allah kepada kita. Hargailah diri sebagai seorang WANITA.

Allahua'lam.

6 ulasan:

YuSeNzE - KniGhT berkata...

How to find a woman just perfect like this..??

Masih wujudkah?

Dalam mencari kesempurnaan, kdg2 kita terlupa akan hakikat mengapa kita diciptakan. Setiap kekurangan itu mungkin adalah suatu kelebihan mengatasi orang lain.

Saya suka ini "Dunia ini adalah perhiasan, dan seindah2 perhiasan adalah wanita solehah.."

Mario berkata...

tula ...untung jadi pompuan ni kan...

errr...cdgn;lady buat le popup komen...

wachak berkata...

org pompuan ni banyak kelebihan yg
Allah berikan tapi ramei yg tak
sedar. tu sebab ada yg
memperjuangkan hak sama rata ngan
lelaki. sampei berebut ngan lelaki
nk jadi imam ..

Tanpa Nama berkata...

Yusenza :

mungkin ader, dan mungkin xde.. kalau ade, adakah kite boleh memiliknya? huhuhu.. maybe satu dalam sejuta yus :(..

Tanpa Nama berkata...

Mario :

untung sgt2, tapi ade yg kata x best, sebab banyak kene jaga.. x adil.. knp lelaki bebas, kenapa perempuan terkongkong.. siap ade persatuan tuk membela nasib wanita lagi.. nanti bolehla suh pengasas persatuan tu panjat pokok nyior ambik buah ke.. gali telaga ke.. panjat tiang api ke.. mesti best..

Tanpa Nama berkata...

Wachak :

tu la kater, wanita ni mmg x besyukur.. bak kata ustaz azhar, "dok berape sare". hehe.. paham ke?

ade ke berebut nak jadi imam.. dahla hakim pun die nak jadi.. harulah kalu ade ramai org camni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...