Isnin, 13 September 2010

Cinta Zulaikha Terhadap Nabi Yusof


Lady pasti semua sudah terbaca kisah cinta Nabi Yusof a.s dan Siti Zulaikha, isteri kepada seorang pemerintah Mesir pada zaman itu. Kisah yang dipaparkan banyak versinya dan sukar untuk ditentukan sejauh mana kebenaran cerita-cerita tersebut. 

Pelbagai pendapat dikaitkan dengan kisah Siti Zulaikha, isteri pemerintah Mesir dan akhirnya menjadi isteri kepada Nabi Yusof a.s.. 

Terdapat pendapat yang menyatakan Siti Zulaikha merupakan gadis yang baik, yang mengahwini pemerintah Mesir semata-mata untuk mendapat cintanya (Yusof) yang selalu mendatangi mimpi-mimpi malamnya. Seperti yang diceritakan di SINI.

Pendapat yang tersebar secara meluasnya adalah kisah yang dikaitkan dengan Siti Zulaikha yang berakhlak buruk, yang merupakan isteri kepada pemerintah Mesir. Yang berusaha menggoda Nabi Yusof, anak angkatnya sendiri kerana terlalu terpesona dengan ketampanan baginda. Kisahnya pula boleh dirujuk di SINI dan SINI

Walau bagaimanapun jalan ceritanya, kisah yang ingin disampaikan adalah sama, iaitu ketampanan Nabi Yusof as., kisah Siti Zulaikha yang begitu mencintainya, kisah bagaimana Nabi Yusof dipenjarakan, bertemu semula dengan keluarganya dan akhirnya baginda berkahwin dengan Siti Zulaikha. Kisah sebenar yang ingin disampaikan bukan kisah cinta Nabi Yusof, tetapi kisah perjalanan kehidupan Nabi Yusof daripada baginda kecil sehinggalah baginda menjadi pemerintah Mesir, perjuangan Nabi Yusof dalam menyampaikan dakwahnya. Manakala kisah cinta Yusof dan Zulaikha hanyalah secebis kisah yang dimasukkan sekali untuk menunjukkan bagaimana Nabi Yusof melawan nafsunya apabila digoda oleh Siti Zulaikha. Kerana takutnya baginda kepada Allah swt, baginda menolak ajakan Siti Zulaikha. 

Apabila kita mendengar/ membaca surah Yusof di dalam al-Quran, apa yang terbayang di dalam fikiran kita adalah kisah cinta Nabi Yusof, bukan perjuangan sebenar Nabi Yusof dalam menyampaikan dakwahnya, menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Rasulullah.

Ini maksud ayat-ayat al-Quran yang dipetik daripada Surah Yusof yang berkaitan dengan Siti Zulaikha untuk rujukan kita bersama :
1. Yusuf [31] Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberikan kepada tiap-tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): “Keluarlah di hadapan mereka“. Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: “Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!".
 2. Yusuf [32] (Zulaikha) berkata: “Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; dan demi sesungguhnya kalau ia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan akan menjadi dari orang-orang yang hina."
 3. Yusuf [33] Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya."
4. Yusuf [23]dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia untukmu“. Yusuf menjawab: “Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya."
5. Yusuf [24] dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa. 
6. Yusuf [25] dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): tidaklah ada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya”.
7. Yusuf [26] Yusuf pula berkata: “Dia lah yang memujukku berkehendakkan diriku“. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:” “Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta.
8. Yusuf [27] Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar“. 
9. Yusuf [28] Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.
Kisah-kisah cinta Siti Zulaikha dan Nabi Yusof yang kebanyakan diceritakan sukar untuk diketahui kebenarannya. Banyak kisah yang diselitkan untuk mengindahkan lagi cerita tersebut sehinggakan sukar untuk dicari yang manakah kisah yang sebenar. Ini merupakan pendapat daripada Ustaz Sharizal untuk rujukan kita bersama.
Rujukan :

http://saifulislam.com/?p=2208 (pndpt dr ustaz saifulislam)
http://www.rediesh.com/kisah-teladan/engkaukah-zulaikha#more-106
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/10/27/kisah-nabi-yusuf-dan-zulaikha/

p/s: Andai penulisan ini salah, sila perbetulkan. Terima kasih. 

20 ulasan:

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

suke sangat kisah nabi Yusuf dan Zulaikha ni...

Tanpa Nama berkata...

Akak pun suka.. tapi pernah org kutuk2 nama "zulaikha" ni.. mengatakan zulaikha perempuan penggoda yang jahat.. banyak kisah isra'ilyat yg diselitkan di dalam kisah Nabi Yusof.

Siti Noor Aminah berkata...

at last nabi yusuf kahwin dengan zulaikha kan.

syahira ariff berkata...

nabi Muhammad sndiri pun suka baca ttg kisah zulaikha dan yusuf dlm al quran
=]

sud@is berkata...

tercapai juga cinta zulaikha..tu...Nabi Yusuf yang hensem

Werdah berkata...

Salam.

Allah berfirman maksudnya: "Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.(Surah Yusuf [12 ]:111)

Banyak hikmah yang Nabi Yusuf peroleh semasa menghadapi musibah semasa dibuang ke telaga, semasa di rumah menteri, juga dalam penjara.. semuanya kerana Allah ingin meningkatkan darjatnya.

Terima kasih link blog saya di sini.

Tanpa Nama berkata...

Gadis comel :

a'ah.. Allah telah mengembalikan kemjelitaan Zulaikha, dan dikahwinkan dengan Nabi Yusof.. :) gembiranya.. Bertuah Zulaikha dapat memiliki kekasih Allah..

Shahira :

Kisah2 Nabi/ Rasul semuanya untuk pedoman dan panduan hidup kita :)

Tanpa Nama berkata...

Sud@is :

Alhamdulillah, dapat memiliki hati seorang Nabi, yg soleh :D dan tampan... bestnyer :D

Werdah :
Waalaikumusalam wbt.. terima kasih sebab sudi singgah ke blog akka dan bagi komen.. tQ

Unknown berkata...

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, seronok membaca disini..

jewaputra berkata...

Di dalam Al-Quran, kisah nabi Yusuf itu hanya dicatitkan sebagai 'isteri seorang pembesar', dari mana datangnya nama Siti Zulaikha dan dalilnya?

jewaputra berkata...

Kurang sesuai disebutkan kisah cinta Zulaikha dan Nabi Yusuf a.s...sebab versi sebenar ada di dalam Al-Quran yg menceritakan Nabi Yusuf a.s. digoda oleh 'isteri seorang pembesar'. Mereka bukannya 'bercinta'. Pada akhir kisah Nabi Yusuh a.s. diceritakan bagaimana Baginda bertemu semula dgn keluarganya...tidak langsung berakhir dengan perkahwinan sebagaimana yg diterbitkan di dalam versi dongeng.

LadyBird berkata...

Jewaputra.. :

sebenarnya apa yang en tanya.. lady juga tertanya2 sebelum ni.. en Jewa boleh klik link2 yg lady letak di dalam petikan di atas yang lady tulis "SINI" di situ terdapat semua persoalan yang en Jewa utarakan..

Apa yg telah lady tulis di sini adalah sinopsis dari apa yang tersirat.

Perkataan "CINTA" yang lady tulis di sini bukan dalam erti CINTA dalam konteks pemikiran orang zaman sekarang.. CINTA di sini amat luas maksudnye..

Terima kasih atas komen tersebut. :)..

Terima kasih kerana sudi ke blog lady..

Tanpa Nama berkata...

Cik Ladybird, cuba baca ini..Di Dalam Al Quran tidak disebut pun perkahwinan Nabi Yusuf dan Zulaikha..edarkan pada yg ingin mengetahui..

http://mfundamentalist.blogspot.com/2009/06/doa-pengantin-yusuf-dan-zulaikha-suatu.html

LadyBird berkata...

Terima Kasih kepada En/Pn/Cik Anonymous.. terima kasih atas perkongsian tersebut..

sebelum buat artikel ini.. sy dah buat reseach dan telah nyatakan link2nye di atas.. mungkin anonymous x baca dan klik linknya..

Memang di dalam al-Quran tidak terdapat hal berkenaan.. mohon untuk membaca sebelum komen yer.. terima kasih..

Md Shahaidil Ab Rahman berkata...

Salam.. Sebaiknya kalau kita sendiri tidak pasti kesahihan atau kebenaran link2 yg diberikan.. Tak perlu lah di sediakan.. Supaya tidak berlaku fitnah dan salah faham.. Sbb cerita nabi2 ni berkaitan dgn iman dan akidah

LadyBird berkata...

Insan Nasihan :

Salam.. sy menyakini tentang kenyataan di link yg saya sertakan.. wujudnya link2 di artikel ini untuk memudahkan pembaca membuat rujukan bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan kisahnya. Memudahkan bagi pelajar yang membuat kerja kursus berkaitan dengannya sebagaimana yg pernah saya buat. Amat memudahkan jika artikel disertakan link2 rujukannya andai kita mendapatkan maklumatnya di situ. Dalam thesis penyelidikan sendiri perlu disertakan sumber rujukan. Ia amat penting sebagai bukti sesuatu yang kita ketengahkan dan memudahkan pembaca yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang.

Allahua'lam.

Md Shahaidil Ab Rahman berkata...

Salam.. Rujukan ttg perkara sebegini bukan hanya boleh diambil sewenang2 nya.. Quran.. Hadith dan daripada kitab2 ulama sahaja.. Begitu juga dengan penyelidikan ilmiah.. Mana boleh di rujuk dengan sumber yg tidak di iktiraf.. Lagi satu jawapan daripada ustaz sharizal juga tidak menyatakn nabi Yusuf berkahwin dgn zulaikha.. Jadi bagaimana saudari boleh yakin mereka berkahwin? Rujuk jawapan2 saudari pada komen2 pembaca di atas (gadis comel, sud@is) wallahu a'lam..

LadyBird berkata...

nanti saya rujuk pd yg lebih arif.. kalau btl sy silap, nanti sy remove ek..

trm kasih atas komen saudara..

Unknown berkata...

Ladybird jgn pandai2 sebarkan cerita yg belum tentu betul, bahaya ladybird.

khalidBieber berkata...

[/]
warkah buat bidadariku siti zulaikha junaidi❤
untuk kali ptamanya sy jumpa awk, sy mmg dlm keadaan broken. d mana pntu hati sy tertutup rapat. hdup sy tertumpu kerja dan sy sdg mgejar ganjaran syurga (makayah). mjaga mereka. sy doa stiap solat, mx allah pnjgkan umur mak dan ayah, bhgiakan mereka, beri mreka kshtan tubuh badan. dan, sy mx allah lenyapkan rasa sakit selama ni sy tnggung. semuanya kerana perempuan. dan satu hari sy bgun pergi kerja. trdetik hati sy nk bckap dgn awk. memndgkan sy pencinta pantai, jd sy nk bwk awk pergi tempat dmana sy slu tenagkan fikiran. wlapun masa awk xbnyak. tp awk ikut sy. trmksh. demi allah snyum lebar awk msa mthri tbenam kt pntai buat stiap plusuk luka y ada ni sembuh. sy mcm xpcya ada satu perasaan y wujud dlm dri sy. ya allah, sy jtuh cinta kt awk. mustahil. sy mmg bhgia dgn awk. bhgia sgt2. sy jnji gn dri sy awk y trakhir. dan awk bg sy peluang. sy rasa sy mnusia pling btuah dlm dunia ni. sejenak sy berfikir, awk hanya smntara. tp sy jnji akan pikul sakit tu nanti. jd sy keep going dgn life y mcmni. sy pernh ckp, xapa if awk cuma dgn sy beberapa tahun. dekat akhirat nt awk slamnya milik sy. igt? sy sujud dpn allah, ckp bnda y sama. sy mngis bgai nk hilang nafas. smpai satu tahap sy rasa, knp dgn aku ni, aku y mx allah bg jalan y tbaik untk kita. skrg aku nk slhkan tkdir? sy mx keampunan esa. sy blajar redha. dunia skejap je. xapa. pahit sy telan. perit sy pikul. xapa. dunia kejap je. depan kaabah sy mx mak doakan awk dgn sy kt syurga nt. xapa sayang. sy redha. demi allah sy redha.

copy komen orang.��

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...