Dari Sungai Ke Segara, Palestin Pasti Merdeka! Ameennnn
Lembut kelopaknya, indah dipandang,
Namun di balik harum yang menawan,
Ada duri yang tajam bertahan.
🌹Dia mekar dalam cahaya pagi,
Disirami kasih, disapa mentari,
Tetapi akarnya dalam mencengkam bumi,
Teguh berdiri walau angin menggoncang diri.
🌹Ada yang merah, ada yang putih,
Seperti wanita dengan seribu peribadi,
Ada yang tenang, ada yang gigih,
Namun semuanya penuh erti.
🌹Saat dia mekar, dunia tersenyum,
Menebar haruman di setiap ruang,
Namun jika dia terluka, dia diam,
Tetap berdiri walau hati rawan.
🌹Mawar tidak meminta untuk dipuji,
Dia hanya mahu dihargai,
Wanita juga bukan sekadar mimpi,
Dia adalah cahaya dalam realiti.
🌹Jadilah seperti mawar yang mekar,
Indah, kuat, penuh bersinar,
Kerana dalam kelembutan yang mengalir,
Tersembunyi jiwa yang takkan mengalah, takkan berakhir.
🌹Puisi ini khas untuk sahabat2 blogger wanita Lady yang amat Lady hargai.🌹
5 ulasan:
Sejuk rasa hati, baca puisi wanita dan mawar.
Cantik bunga ros pink, lembut je warna.
Cantiknya bunga ros.
Teringat lagu Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi nyanyian Alleycats
Cantiknya!
Tq Lady 🌹
Wanita dan bunga sangat sinonim..
Catat Ulasan