Isnin, 24 Februari 2025

Bermulalah Rutin Hidup Kita

Dari Sungai Ke Segara, Palestin Pasti Merdeka! Ameennnn 

Tahun enam adalah penentuan bagi menentukan halatuju pembelajaran tingkatan satu nanti.

Disebabkan otak ibu ni otak yang sangat2 risau, maka ibu buatlah kelas tuisyen sendiri untuk matapelajaran Sejarah. 🤣


Buku ini ibu beli melalui TikTok.. Tulisannya berwarna warni.. mudah untuk faham insyaAllah. Ibu harap kakak fahamlah yer..


Pen warna warni ini untuk buat nota, Lady ajar buat peta minda. Tapi tak berupa peta pun. 🤓🤣 Biarlah duhai anak..


Semoga dengan cara ini mudah untuk ingat. Kita buat nota dulu sambil dengar kelas youtube yang ibu duk cari satu persatu tu.


Kakak, bila kita tak pandai, susah nak ingat… kalau kita rajin, insyaAllah sikit sikit kita ingat.

Yang lain kite serahkan pada Allah untuk letakkan kakak. Cuma ibu harap kakak masuk asrama sebab ibu tak kuat untuk didik kakak dengan persekitaran yang begini.

Kurang2 di asrama insyaAllah lebih terjaga. Maka kita usaha dulu yer.. 

2 ulasan:

fizalinolie berkata...

Takpe lady, slow-slow In Shaa Allah. Apa yang penting konsisten study. Dia boleh tu. Fiza doakan semoga anak lady diterangkan hati dalam menuntut ilmu dan sentiasa dipermudahkan urusan hendaknya. Aamiin...

Mama Zharfan berkata...

Allahumma yassir utk anak2 kita semua..aamiin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...