Isnin, 24 Februari 2025

Pengumuman Rasmi Tarikh 1 Ramadan 1446 Hijrah

Seperti biasa, tarikh permulaan puasa ini akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. Pengumuman ini biasanya dilakukan secara langsung melalui siaran radio dan televisyen RTM pada malam 29 Syaaban. Dalam suasana yang penuh debaran, umat Islam di Malaysia akan menantikan pengumuman ini, yang dijadualkan berlangsung sekitar jam 8 malam.

Proses penetapan tarikh puasa ini adalah berdasarkan kepada kaedah rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (perhitungan astronomi) yang dilakukan oleh Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dengan kepakaran dan pengalaman mereka, kita dapat memastikan bahawa tarikh yang diumumkan adalah tepat dan mengikut syariat Islam.



  • Umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan mulai hari Ahad, 2 Mac 2025M bersamaan 1 Ramadhan 1446 Hijrah.
  • Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Ahad, 2 Mac 2025 bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja
  • Pengumuman tarikh permulaan puasa itu disiarkan menerusi RTM (TV1) serta di stesen penyiaran tempatan yang lain
  • Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia sebelum ini menetapkan hari Jumaat, 28 Februari bersamaan 29 Syaaban 1446H untuk melihat atau cerapan anak bulan serta menyatakan beberapa lokasi untuk tujuan tersebut.
  • Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KEPADA SEMUA.. 

3 ulasan:

thisni3za berkata...

Berdebar2 nk tggu pengumuman mula puasa =)

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Sy pun tak sabar tunggu pengumuman. Lepas raya terkejut, semua orang takut terkejut lagi.

Nieyla Nadia berkata...

Biasanya kalau pengumunan puasa ke raya ke..kita mesti main teka baju kan hehehe..tahun ni 2/3 puasa pada hari jadi nieyl...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...