Dari Sungai Ke Sahara, PALESTIN Pasti Merdeka! InsyaAllah
🍀🍀🍀🍀
Semalam tiba-tiba Si Baem balik dari bermain, berlari larian cari ibu.
Dengan termengah2 dia bertanya, “Ibu,ibu.. kenapa adik tak pernah tengok ayam kencing. Ayam kencing tak?”
Ibu tersengih mendengar soalan Baem. Soalan itu pernah ibu tanyakan pada Arwah Tokki Bak sewaktu ibu sebesar Baem.
Tokki Bak suruh ibu perhatikan tahi ayam yang baru berak, ape yang ibu nampak.
“Adik pernah tengok tahi ayam? Tahi ayam ada kala keras dan ada kalanya berair bercampur dengan air berwarna putih. Itulah najis dan air kencingnya. Balik rumah Tok nanti, cari tahi ayam tok.” 🐓🐓🐓
🍀🍀🍀🍀
Ayam sebenarnya tak kencing macam manusia atau kucing. Sebab apa? Sebab badan ayam dah cipta cara khas untuk buang sisa makanan.
Biasanya, haiwan lain ada air kencing dan najis yang keluar berasingan. Tapi ayam keluarkan semuanya sekali dalam bentuk tahi yang lembik dan berwarna putih.
Bahagian putih tu sebenarnya adalah sisa air kencing ayam.
Jadi, ayam memang tak kencing macam kita, tapi dia ada cara tersendiri untuk buang air. Seronok tak belajar benda baru ni, Baem?
Bahagian putih tu sebenarnya asid urik, iaitu sisa buangan yang sama fungsi macam air kencing pada manusia. Sebab ayam tak ada pundi kencing, jadi semua sisa buangan najis dan air kencing keluar sekali dalam bentuk yang kita nampak tu.
Jadi kalau nampak tahi ayam ada putih-putih tu, itu sebenarnya bahagian kencing dia! Menarik, kan?
🍀🍀🍀🍀
Rindu ibu pada Arwah Tokki Bak bertandang sentiasa, Bak sentiasa menjawab soalan ibu dengan baik dan terpancar kebahagian Bak menjawab soalan dari Ibu.
Semoga Bak diampunkan segala dosa dosanya dan ditempatkan di kalangan insan terpuji. Ameennnn
1 ulasan:
Kalo saya jawapan pertama yang saya jawab...nnt mummy google dulu...
Catat Ulasan