Selasa, 4 Februari 2025

Nasihat Kepada Pesakit Buah Pinggang

Assalamualaikum semua.. 

Dari Sungai ke Segara, PALESTIN pasti MERDEKA! Ameeennn..

Lady nukilkan ini khas kepada pesakit buah pinggang dan pesakit kronik yang jadikan membeli ubat sebarangan yang dijual di media sosial sebagai hobi.

Lepas satu ubat, satu ubat dibeli dengan harapan kembali sihat dan meninggalkan rutin pengambilan ubatan dari hospital.

Nasihat Buat Pesakit Buah Pinggang Tahap 3 & 4 :

Elakkan Ambil Ubat Sembarangan, Terutama di Media Sosial.

Ramai di kalangan mereka yang whatsapp dan nak beli Herba Bonda Mujarab, dan Ldy tak jual pada pesakit buah pinggang dan pesakit kronik yang lain.

Kami dah tulis amaran di website dan di kotak herba.

Ini bukan sebab herba ni bahaya, tetapi tidak sesuai diambil oleh badan yang sudah sangat lemah sebab pengambilan ubat ubatan dan makanan lainnya memerlukan organ organ (buah pinggang dan hati) badan memprosesnya.

Buat sahabat yang diuji dengan penyakit buah pinggang tahap 3 dan 4, ingatlah bahawa buah pinggang kita semakin lemah dan tidak dapat menapis toksin dengan baik. 

Oleh itu, setiap ubat atau suplemen yang diambil boleh memberi kesan besar kepada kesihatan, sama ada membantu atau memburukkan lagi keadaan.

⚠ Jangan sesekali mengambil ubat atau suplemen tanpa nasihat doktor kerana:

✅ Sesetengah ubat boleh membebankan buah pinggang yang sudah lemah.

✅ Bahan aktif dalam suplemen mungkin tidak sesuai dan boleh mempercepatkan kerosakan buah pinggang.

✅ Interaksi ubat yang tidak diketahui boleh menyebabkan kesan sampingan berbahaya.

🚫 Elakkan membeli ubat atau suplemen dari media sosial yang tidak diketahui keselamatannya.

Hari ini, terlalu banyak produk yang dijual secara dalam talian tanpa kawalan yang ketat. Iklan yang menjanjikan “penyembuhan cepat” mungkin mengandungi bahan yang merosakkan buah pinggang. Jangan mudah terpengaruh dengan testimoni yang tidak disahkan.

Jika ragu-ragu, rujuk doktor atau pakar farmasi terlebih dahulu. Kesihatan lebih berharga daripada mengambil risiko yang tidak perlu.

Jaga buah pinggang, jaga kesihatan.

Semoga Allah memberi kesembuhan dan kekuatan kepada semua yang diuji.

Dan kepada peniaga dan jurujual, jangan pentingkan sale semata mata, biar kita arif dengan produk yang kita jual.. Jual kepada yang boleh minum, yang sihat, yang belum sakit.

Kepada owner produk, didiklah staff anda untuk menyayangi setiap orang, berikan mereka pengetahuan tentang produk anda. Jadilah owner yang bertanggungjawab.

Kepada yang masih sihat, jaga pemakanan.. makanlah makanan sihat. Banyakkan makan makanan yang diproses sendiri dari sumber alam seperti beras, ikan, sayur, ayam.

Jom kita pakat amalkan pemakanan dan pola hidup yang sihat.

9 ulasan:

norhidana berkata...

Akak pesakit buah pinggang stage 5, tunggu masa nak dialisis. Dari masa stage 3 asal jumpa doktor mesti dia tanya ada amik apa-apa supliment atau vitamin tak? mmg dia tak bagi bahaya besar katanya. Kita pun takut walaupun kadang ada je kawan-kawan yg suruh kita cuba ubat itu ini sebab ada yang claim kata ubat herba tu boleh sembuhkan masalah buah pinggang.

fanny Nila (dcatqueen.com) berkata...

Benar kak lady. Suplemen ini walau herbal, tp kadang tak bagus buat yg memang sudah sakit. Ginjal dan hati mereka akan kerja lebih keras. Apalagi bagi orang yg tak suka minum air putih.

Ada bagusnya jika ingin rutin minum suplemen, tanya ke dokter dulu, apakah aman atau tidak.

Kalo di Indonesia patokan saya juga obat dan herbal sudah ada izin dari BPOM, ini lembaga yg memastikan suatu herbal atau vitamin, atau makanan minuman dan skincare apapun, sudah aman atau tidak.

Dan mereka KSH website khusus utk kita bisa cek.

Krn terkadang, di kotaknya ditulis sudah izin BPOM, tp ternyata palsu.

dear anies berkata...

sy sendiri rasa menyampah tgk produk2 supplement yg claim itu ini boleh ubat itu ini... kot ya pun nak lariskan produk jgn laa smpi buat mcm tu....

dear anies berkata...

sy sendiri rasa menyampah tgk produk2 supplement yg claim itu ini boleh ubat itu ini... kot ya pun nak lariskan produk jgn laa smpi buat mcm tu....

uncle gedek berkata...

Yes... mintak nasihat doktor dulu adalah yang paling penting.

MRENEYOO berkata...

Terimaksih untuk postingan nya sis.. Jadi pengingat supaya tidak sembarangan membeli obat-obatan yang belum jelas khasiatnya.

Mama Zharfan berkata...

thanks for sharing. sakit buah pinggang memang scary..nauzubillah

Suria Amanda berkata...

Arwah mak akak pesakit buah pinggang..stage berapa x tau tapi kena dialysis la..cukup la..lepas ni harap xde sape2 lagi sakit..

Rawiwa berkata...

Arwah abah akak final stage renal failure dan dari awal sakit alhamdulillah tak pernah ambil ubatan luar. Hanya ambil ubat yang doktor syorkan sahaja. Alhamdulillah dengan izin Allah bertahan 12 tahun dengan dialisis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...