Jumaat, 27 Januari 2012

Wanita Penghuni Syurga

♥..Assalamualaikum..♥
Warna Kedamaian

Tadi lady baru menghabiskan sebuah buku yang lady beli Mei 2011.. Buku bertajuk SMS Daripada Rasulullah SAW.  Dalam buku tersebut diselitkan beberapa kisah teladan terutamanya untuk wanita sebagai pedoman untuk menjadi muslimah sejati.. penyejuk hati ayahbonda, penyejuk mata suami, penenang jiwa anak2..

Buku ini sesuai untuk motivasi diri dalam melalui dugaan hidup.. dalam melengkapkan perjalanan sebuah pengembaraan menuju ke destinasi abadi.. ♥ Insya-Allah..

Lady sebenarnya sedang mencari-cari sesuatu yang boleh membelai jiwa.. membawa lady ke suatu suasana yang tenang dan damai.. kerana walaupun di rumah lady ni damai.. tenang tetapi hati lady tidak setenang, sedamai dan sesunyi yang terzahir..

Lady cuba menyelongkar dari suatu blog ke suatu blog untuk mencari sesuatu yang lady tak pasti.. tetapi tidak jua ketemu.. maka, lady rasa suatu tempat yang boleh membawa lady tenang adalah di teratak LadyBird's Life ni ♥ Walaupun tidaklah setenang yang didambakan, tetapi sekurang-kurangnya ia boleh membawa lady menghampirinya.. Insya-Allah.. ♥

Dengan menulis, ia mampu membawa ketenangan pada lady.. ♥ Maka, disebabkan lady tak tahu ape yang lady nak tulis, maka lady nak kongsikan suatu kisah teladan.. sebab lady perlu menulis untuk mengelakkan lady lebih jauh menerawang.. (macam org ade mslh mental lak :P)

Lady ingin kongsikan sebuah kisah suatu kisah wanita pada zaman Rasulullah saw. yang menderita sakit.. 

Wanita ini merupakan seorang muslimah sejati.. Walaupun beliau sakit, sentiasa ditimpa ujian, tetapi beliau tidak pernah menjadikan ia suatu alasan untuk tidak beribadat kepada Allah.. beliau tetap menjaga dirinya daripada melakukan dosa walaupun dengan kesukaran..

Kisah ini diceritakan oleh Atha bin Rahah daripada Ibnu Abbas ra.

Nak dijadikan cerita.. suatu hari Rasulullullah saw. telah bersabda yang bermaksud :

"Mahukah aku tunjukkan kepadamu wanita dari kalangan penghuni Syurga?"

Aku menjawab : "Sudah tentu!"

Baginda menjawab yang bermaksud:

"Wanita berkulit hitam yang menghadapku sambil berkata, sesungguhnya penyakit ayan (pengsan) yang aku deritai ini selalu menyingkapkan auratku. Maka berdoalah kepada Allah untuk kesembuhanku."

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

"Jika kamu mahu, lebih baik saja bersabar, dan bagimu adalah Syurga. Dan jika kamu mahu, aku akan berdoa kepada Allah agar menyembuhkanmu."

Dia menjawab: "Aku memilih untuk bersabar. Namun auratku juga sering tersingkap tanpa kusedari. Berdoalah kepada Allah agar aku tidak demikian."

Lalu baginda pun berdoa.

Hidup Perlu Berjuang
Berdasarkan kisah ini, dapat dilihat betapa bertakwanya wanita tersebut. Walaupun dibebani dengan penyakit, tetapi beliau tetap berusaha untuk menutupi auratnya daripada pandangan anjabi. 

Begitu redhanya dia dengan ujian Allah yang diberikan kepadanya.. kerana dia yakin bahawa tidak ada sesuatu musibah atau kesukaran pun tanpa diberikan balasan baik oleh Allah..

Begitu hebatnya keyakinan beliau.. Subhanallah.. dan akhirnya beliau ditempatkan di Syurga.. Alhamdulillah.. ♥

Jadi, sebagai manusia biasa yang tidak dapat lari daripada ujian Allah, tidak ada sebab untuk kita menjadikan ia suatu alasan sebagai asbab untuk kita dapat lari daripada menunaikan kewajipan kita kepada Allah. Menjadikan ia alasan untuk semakin jauh daripada Allah..

Malah dengan ujian dan dugaan itu, boleh menjadi jambatan kepada-Nya andai kita redha dan tabah dengan ujian tersebut. Mungkin dengan ujian tersebut kita akan peroleh Syurga dari-Nya..

Tetapi ada juga kisah dengan ujian yang diberikan Allah kepadanya menjadikan dia semakin jauh dan jauh daripada Allah kerana tanda protes terhadap kesengsaraan yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang semakin diuji semakin jauh dari Allah.. Ameeennn.. 

Bila difikirkan balik, Allah memberi lady masalah, tetapi dalam waktu yang sama Dia juga membantu lady menyelesaikannya.. Cuma lady kadang-kadang tidak sabar dengan ujian dari-Nya..

Motivasi Diri

"Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang (sungguh-sungguh) beriman."

[Ali Imran: 139]
"Sesungguhnya Aku tidak akan mensia-siakan amal orang yang beramal antara kamu, sama ada lelaki atau perempuan..."

[Ali Imran: 195]
"Sesungguhnya Allah swt itu apabila menyayangi sesuatu kaum maka Dia akan mendatangkan dugaan kepada mereka; dan barangsiapa redha dengan ujian itu dia akan mendapat keredhaan-Nya; dan barangsiapa membencinya maka akan memperoleh kebencian-Nya."
"Oleh itu terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang yang bersyukur."

[al-A'raf: 144]
"Dan berserahlah engkau kepada Allah, Tuhan yang hidup, yang tidak mati."  [al-Furqan: 58]
Sesungguhnya kebahagiaan itu adalah keredhaan hati, ketenangan nurani, kestabilan jiwa, kesenangan rohani dan kelapangan dada.

Khamis, 26 Januari 2012

Merapu Meraban

Nak merapu kejap di Hari Khamis ni..

Setiap orang pasti ada kisah kehidupan dia sendiri sedari kecil.. sehinggalah sekarang..

Ada yang bahagia di awal, di pertengahan dan sampai ke akhirnya..

Ada yang bahagia di permulaan, sengsara di pertengahan dan bahagia balik..

Ada sengsara di permulaan, dan bahagia untuk kehidupan seterusnya..

Ada yang sengsara di awal dan akhirnya..

Dan ade jugak orang yang sedari kecil diuji dengan kesulitan.. dan die membesar dengan kesulitan-kesulitan tersebut.. dia mencuba dan mencari-cari kebahagian di sebalik ujian itu..

Masing-masing mempunyai kisah perjalanan kehidupannya sendiri.. dengan ujian-ujian yang berbeza.. dan dengan cara yang berbeza..

Walau bagaimanapun cara kehidupan kita.. semua itu adalah ujian dari-Nya.. sebagai penentu kehidupan kita di 'masa hadapan'..

Lady dengan kehidupan lady.. Kehidupan yang tidak tahu untuk dirungkaikan.. Teringin untuk diluahkan tetapi kadang2 hati melarang.. melarang untuk tidak terlalu berterus terang..

Kerana manusia ini diciptakan dengan pelbagai macam.. ada yang tidak mampu menerima, dan ada orang yang terlalu terbuka.. masing-masing akan mewujudkan persepsi yang berbeza.. dan mungkin positif dan ada jugak yang terselit sesuatu yang negatif..

Dengan pemikiran itu, membuatkan lady terpaksa mengurung dan menyimpannya di suatu sudut hati yang maha dalam.. kadang2 membuatkan lady amat2 lemah dan kadang2 juga ia membuatkan lady terlalu tabah untuk mengorak langkah untuk meng-completekan kehidupan lady..

Lady membesar dengan 'sesuatu' yang berat untuk dipikul oleh seorang kanak-kanak.. dan membesar dari sekolah rendah, sekolah menengah, dan sehingga ke universiti dengan membawa 'sesuatu' itu.. 'sesuatu' yang sulit untuk difahami oleh orang lain.. 'sesuatu' yang menyukarkan untuk lady melalui level-level kehidupan sebagai seorang manusia..

'Sesuatu' yang membuatkan kehidupan lady sentiasa dibelengu dengan kesulitan menangani kerenah hati lady sendiri dan persepsi orang lain..

Dan sekarang, dengan 'sesuatu' itu, alhamdulillah lady berjaya menyempurnakan separuh daripada kehidupan lady.. Alhamdulillah.. dan separuh lagi masih belum selesai..

Separuh lagi amat sukar untuk disempurnakan.. sekurang-kurangnya untuk dua episod lagi.. Lady masih mencari kekuatan untuk berusaha ke arah itu.. episod pertama hampir 3/4 selesai.. dan episod ke-2 masih 50-50.

Tetapi dalam menyempurnakan episod2 itu.. kekuatan lady kian lemah.. Cabang-cabang ujian mula bertunas... dan ada yang telah mati.. tetapi ada jugak yang kian membesar..

Dalam kelemahan itu, lady terpaksa kuatkan hati untuk sekurang-kurangnya menyempurnakan episod yang hampir sempurna..

Alhamdulillah, Allah masih memberi ruang dengan menumbuhkan tunas2 harapan.. tetapi dalam waktu yang sama Allah mewujudkan faktor2 perencat kerana penggunaan tenaga lady hampir pada tahap maksimum.

Cuma sekarang, lady mohon sangat Allah mengurangkan faktor perencat tersebut daripada terus mendominasi kehidupan lady.. kerana faktor perencat tersebut akan menamatkan episod2 yang lady telah rencanakan jika lady tidak berjaya menemui penawarnya..

Lady harap sangat episod tersebut mampu disempurnakan kerana hampir pada graf kemuncak..

Namun begitu.. lady sedar.. kehendak Allh mengatasi segala-galanya.. Namun selagi ada daya, Insya-Allah akan disempurnakan.. Insya-Allah.. ameeennn..

Selasa, 24 Januari 2012

Senyum itu Ubat Segala Keperitan

“Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”

Andai kita tidak mampu membuat orang gembira.. sekurang-kurangnya janganlah membuat mereka sengsara.. Andai kita sengsara, derita.. janganlah sentiasa bermasam muka.. senyumlah walaupun terpaksa.. sekurang-kurangnya tidak menyakiti hati sesama kita..
Ceria dan senyumlah kerana keceriaan itu ubat segala keperitan.

Kegembiraan, kebahagiaan yang terpancar di wajah itu mampu mengubati kesakitan dan kepedihan hati ibaratkan madu merawati luka.. sakit, pedih, tetapi ia merupakan rawatan paling mujarab.
"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramal makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah."

[HR Tirmizi dan Abu Dzar]


p/s : Ya Allah ya Tuhanku.. berikanlah aku kekuatan untuk tetap tersenyum.. Andai keperitan, kepedihan, kesulitan dan kesukaran ini merapatkan aku dengan-Mu berilah kekuatan padaku untuk menempuhinya.. dan andai ia menjadi asbab untuk aku semakin jauh dari-Mu, didikkanlah hatiku ini kepada-Mu.. supaya aku lebih tenang dan tabah menerusi keperitan ini.. Tiada yang lebih memahami selain dari-Mu.. hanya pada-Mu aku mengadu dan berserah..

Sabtu, 21 Januari 2012

Khasiat Buah-Buahan

♥ Makanlah buah limau (oren) kerana ia mengemaskan bebenang jantung dan menambahkan kecerdasan fikiran.
♥ Makanlah buah anggur satu persatu (sebiji demi sebiji) kerana cara ini lebih berkhasiat.
♥ Banyakkan memakan buah terung. Sesiapa yang memakannya sebagai penyakit, maka ia akan menjadi penyakit. Dan sesiapa yang memakannya sebagai ubat maka ia akan menjadi ubat.
♥ Jika Allah mempunyai pohon yang lebih ringan daripada peria, maka sesungguhnya Dia akan membuatnya untuk saudara kita Nabi Nuh as. Peria baik untuk kencing manis dan darah tinggi.
♥ Jika kamu bercadang hendak memasak sup (kuah), dianjurkan supaya memasukkan labu ke dalamnya kerana sesungguhnya ini menambahkan fikiran dan akal.
♥ Makanlah buah-buahan pada awal musim kerana ia menjana kesihatan kepada badan dan menghindar
penyakit. Sebaliknya hindarilah buah-buahan pada hujung musim kerana ia membawa penyakit kepada badan.
♥ Jangan mengambil makanan yang masam seperti jeruk dan epal hijau. Jeruk masam boleh melemahkan ingatan.

Jumaat, 20 Januari 2012

Khasiat Telur

Assalamualaikum... ♥ dan salam sejahtera ♥

Lady suka makan telur.. hampir tiap2 hari lady akan makan telur.. telur tu seolah-olah makanan rutin lady.. Tapi orang cakap makan telur banyak-banyak tak bagus..

Jadi lady korek info tentang telur ni daripada buku yang lady pinjam daripada perpustakaan tempat lady ni.. Rupa-rupanya terdapat hadis yang menyatakan kebaikan makan telur iaitu riwayat daripada al-Baihaqi yang bermaksud :

"Sesungguhnya seorang nabi pernah mengadu kepada Allah tentang kelemahan dirinya, lalu Allah memerintahkan agar baginda memakan telur." [Riwayat al-Baihaqi]

Pakar perubatan sepakat mengakui bahawa telur merupakan makanan yang lengkap dan tinggi kandungan protein, lemak, vitamin, dan zat galian serta lain-lain unsur yang diperlukan oleh badan.

Ia amat sesuai dimakan bagi menambahkan kekuatan badan dan menjaga kesihatan kerana mengandungi kalsium karbonat, magnesium, zat besi, sulfur dan fosforus.

Allah swt. menjadikan komposisi telur amat unik sekali walaupun berada di dalam bekas kulit telur yang bulat sejak di dalam rahim, ia mempunyai dua bahagian yang terpisah iaitu putih telur dan kuning telur di samping mempunyai fungsi yang berbeza pula.

Putih telur kurang diperlukan dalam perubatan dan kesihatan, tetapi kuning telur lebih diperlukan oleh tubuh. Ia amat bermanfaat bagi mengatasi masalah hati, otak, saraf, jantung dan dalam perhubungan suami isteri.

Menurut Profesor Aman dalam Medical Secret of Your Food, kuning telur berkesan mengatasi masalah penyakit otak dan saraf.

Penyakit Otak dan Saraf yang Boleh Diatasi

♥ Lemah daya ingatan
♥ Lemah daya tumpuan
♥ Tumpul minda
♥ Sering tertidur (mengantuk) semasa membaca atau melakukan pekerjaan yang membosankan.
♥ Badan dan urat saraf letih kerana memerah fikiran.
♥ Sering menguap
♥ Tidak minat bekerja
♥ Benci kepada kontradiksi (pertentangan)
♥ Tidak dapat mengawal amarah
♥ Lembab atau pasif
♥ Kanak-kanak degil

Cara Makan Kuning Telur

1. Campurkan kuning telur separuh masak dengan madu lebah

2. Tumbuk tujuh biji buah badam

3. Campurkan 1 dan 2

4. Makan setiap malam sebelum tidur

Lady ada seorang kawan... kawan lady ni ahli bina badan.. tiap2 hari dia akan mengambil sekurang-kurangnya lapan biji telur untuk membina otot-otot badannya.

Tetapi bagi orang biasa, pengambilan telur secara berlebihan akan mengundang pelbagai penyakit. Setiap apepun makanan yang kita ambil perlulah berdasarkan tahap keperluan badan kita.. sederhana itu lebih baik.

Rabu, 18 Januari 2012

6 Sifat Yang Perlu Kita Hindari [Wanita]

Pesanan Rasulullah :
6 Sifat Wanita yang Perlu Dielak Untuk Dikahwini

Setiap orang menginginkan pasangan yang baik untuk menjadi pasangan hidup.. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik.. 

Untuk mendapat pasangan yang baik.. kita perlu menjadi baik.. Insya-Allah pasangan yang kita perolehi baik..

Kita tidak boleh mengganggap diri kita baik.. sebab baik ini terlalu luas konteksnya.. Namun begitu, kita tetap perlu berusaha ke arah menjadi baik..

Ini merupakan tabiat yang perlu kita elakkan kerana ciri-ciri wanita seperti ini tidak layak untuk dijadikan seorang isteri dan bukan ciri-ciri seorang wanita Islam.

1. Wanita Ananah:

Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah:

Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah:

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah:

Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.

Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar baginya.

5. Wanita Basaqah (ada 2 makna):

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah:

Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Jom kita sama-sama elakkan diri daripada menjadi sebahagian daripada mereka.

Selasa, 17 Januari 2012

Perhatian Kepada Blogger Telor Power

Salam.. Maaf terpaksa buat pengumuman plak :P..

Saya nak kunjungi blog Telor Power sebagai kunjungan balas..

tetapi x dapat..

saya dah cube sejak tiga hari lepas..

bila saya masuk ikut google akaun je dia akan keluar mcmni :


Tak adil pulak bila beliau datang ke LadyBird's Life tetapi LadyBird's Life x dapat membalas kunjungan beliau..

Kalau ade sesiapa yang tahu link blog beliau bagitahu lady ek..

tq..

p/s : sekarang dah dapat link blognya : www.dairibukutigalima.blogspot.com

terima kasih kepada shbt2 :D

tuan blog pun dah turun padang memberi komen :).. tq kepada keluarga besar ladybird's life :)

Khasiat Lobak Merah (Carrot)

Assalamualaikum semua.♥

Maaf yer sebab minggu ni jarang blogwalking.. tetapi jangan risau yer.. sebab insya-Allah sekali lady terjah blog korang lady akan baca dan komen entry yang belum lady baca dan komen.. Insya-Allah..

Pasti semua dah tahu tentang khasiat lobak merah ni.. tetapi lady nak tulis jugak memandangkan ia salah satu pemakanan ilmuwan Islam lampau..

Lady amat berminat untuk mengetengahkan kembali kegemilangan generasi Islam dahulu untuk dikembalikan pada zaman ini.. 

Salah satu cara adalah kembali mengamalkan tatacara hidup dan kaedah pemakanan Islam yang diamalkan oleh generasi Islam zaman Rasulullah saw. kerana amalan kita pada zaman sekarang insya-Allah sekurang2nya mampu merubah generasi anak-anak kita nanti.. Insya-Allah..

Lady teringin melihat Islam kembali tertegak di Bumi ini..

Maklumat ini lady ambil berdasarkan penulisan Imam al-Sya'rani dalam buku Mukhtasar Tazkirah.. 

Lobak merah kaya dengan protein, karbohidrat, kalium, natrium, dan kalsium. Kadar alkalinya lebih tinggi.. Ia mengandungi iodin dalam kadar yang sedikit.

Semua jenis vitaminnya dalam nisbah yang sesuai untuk kesihatan kita. Jus lobak merah kaya dengan sumber vitamin A yang mudah diserap oleh badan.

Lobak merah juga mengandungi bekalan vitamin B, C, D, F, G dan K.

Ini antara khasiat lobak merah :

♥ Amat baik untuk kesihatan gigi
♥ Mengatasi keletihan
♥ Mencegah jangkitan kuman dan bakteria
♥ Menjaga sistem saraf
♥ Awet muda
♥ Mencerahkan mata
♥ Mencerdaskan akal
♥ Mencegah serangan barah
♥ Membaikkan hati dan membasmi kelupaan

Cara memakan lobak merah :

♥ Boleh makan mentah-mentah
♥ Minum segelas air lobak setiap hari
♥ Jka dimakan berlebihan terutama oleh kanak-kanak, boleh menyebabkan over active dan sukar mengawal pergerakannya..

Lady perolehi maklumat ini daripada buku Rahsia Minda Hebat..

Ahad, 15 Januari 2012

Petua Menjaga Minda

Assalamualaikum ♥ Semoga kalian semua sihat sejahtera SOKMO
Orang yang normal dan mempunyai fikiran yang waras pasti ingin menjaga minda/ akal mereka supaya sentiasa sihat dan cerdas untuk memudahkan kita menjalankan tanggungjawab kita seoptimum mungkin..
Entry lady yang lepas telah menyatakan makanan-makanan perangsang minda. Makanan dan minuman adalah antara faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan otak.
Kali ini lady akan memberikan petua dalam penjagaan minda supaya sentiasa cerdas dan sihat. Petua ini lady rujuk daripada sebuah buku yang bertajuk Rahsia Minda Hebat. Buku ini amat bagus untuk dimiliki oleh semua tanpa mengira peringkat umur.
Ini adalah petua-petua dalam menjaga minda melalui pemakanan :
Makan makanan atau buah-buahan masam, yang tinggi kandungan asidnya seperti epal hijau (tuffah) secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit lupa. Ini merupakan pendapat Imam Zuhri.
Memakan bawang besar, terutama yang mentah secara berlebihan juga boleh menyebabkan lupa.
Ketagihan candu, dadah, rokok, tembakau dan sebagainya boleh merosakkan kewaasan otak.
Makan terlalu kenyang menyebabkan malas dan menggelapkan akal (malas berfikir).
Makan organ dalaman binatang seperti hati, perut, jantung, limpa dan lain-lain secara berlebihan akan menjadikan otak mudah lupa.
Memakan makanan sisa haiwan perosak seperti lalat, semut, lipas dan tikus juga boleh menyebabkan lupa. Ini menurut Imam al-Zuhri.
Kerap memakan makanan yang dimasak dan dijual di pasar yang sibuk dan kotor juga boleh mempengaruhi perkembangan otak.
Banyak memakan makanan ringan yang tinggi kandungan bahan perasa seperti Monosodium Glutamate (MSG) dan bahan pengawet tidak baik untuk otak.
Minuman bergas tidak baik untuk kesihatan.
Sering makan kepala ikan boleh menyebabkan lupa kerana kepala ikan terutama otak dan bahagian pipinya (insang) mengandungi asid yang tinggi.
Memakan makanan atau minuman sisa orang lain atau sisa binatang tidak baik untuk otak.
Memakan makanan basi atau hampir basi tidak baik untuk kesihatan.
Makan atau minum daripada sumber yang haram akan membutakan hati daripada menerima kebenaran.
Ini antara petua-petua yang boleh lady kongsikan di sini.. mungkin kita boleh praktikkan untuk kepentingan generasi kita bersama
Namun begitu, terdapat di kalangan kita yang dilahirkan tanpa minda yang sempurna.. Kehadiran mereka sebagai suatu ujian untuk kita.. untuk menguji kita sejauh mana kebersediaan kita untuk menerima dan membantu.. 
Serta sebagai wadah untuk muhasabah diri supaya lebih kenal erti syukur kepada-Nya kerana menganurahkan kita akal yang sempurna.

Sabtu, 14 Januari 2012

Khasiat Wangian Kasturi

Assalamualaikum.. salam 1 Malaysia ;)..

Kali ini lady nak bicarakan tentang wangi-wangian.. Dalam Islam sendiri menyarankan agar kita sentiasa berwangi-wangian.. Kerana bauan yang indah dapat menguatkan roh.. kekuatan roh menjadi punca kekuatan mental dan anggota badan.. Insya-Allah..

Sabda Rasulullah saw. :

Sebaik-baik wangian adalah wangian daripada minyak kasturi.. [Riwayat Ahmad]

Siapa yang tahu kasturi ni berasal daripada mana?

Sebenarnya lady baru jer tahu, kasturi ni berasal daripada kalenjar sejenis rusa yang hidup di kawasan terpencil. Siapa pernah tahu kan, daripada haiwan mampu menghasilkan sesuatu yang wangi.. Selama ni lady ingat ape sahaja yang berpunca daripada haiwan lama-kelamaan akan membusuk.

Hebatnya Allah menjadikan sesuatu itu.. kalau difikir secara logik memang tidak mampu.. tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya.

Wangian kasturi ini baik untuk dibau kerana boleh menguat dan menyedapkan hati dan akal. Ia bersifat panas. Ia adalah sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman di muka bumi ini.

Mencium kasturi menenangkan roh. Janganlah kita menzalimi diri sendiri dengan mambau bauan yang busuk.. contohnya rokok.. Ramai sungguh yang ketagih dengannya padahal ia amat merosakkan.

Ada jugak orang yang suka menghidu najis lembu.. kalau difikirkan logik kite x mampu menerima bauan seperti itu, tetapi bagi mereka yang kurang 'waras' menjadikan ia suatu ketenangan kepada mereka. Kerana bauan yang busuk akan merosakkan akal, maka disebabkan akal yang rosak menjadikan bauan yang busuk begitu hebat kepada mereka..

Ini antara khasiat kasturi yang lady cari untuk dikongsikan bersama :
Menguatkan, menenangkan dan meriangkan jiwa. Bagi yang sedang stress macam lady sesuai tuk menghidunye. :D
♥  Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak. Bagi yang masih pelajar amat sesuai mengamalkannya.
Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan. Sesiapa yang lemah semangat boleh memulihkan kekuatannya dengan cara mencium kasturi atau bau-bauan harum.
Menghilangkan debaran jantung. Kalau lady time nak temuduga memang jantung berdegup kencang, seolah-olah nak terkeluar.. mungkin sesuai tuk lady ketika nak ditemuduga.♥ 
Menghilangkan sesak nafas, melegakan lelah, dan mampu menyedarkan orang pengsan.
Memperkuatkan organ dalaman.
Menghilangkan gementar badan. Bagi sesiapa yang tubuhnya sering gementar atau anggota badannya terketar-ketar, meminum dan mencium kasturi akan membantu memulihkan keadaan.
Menghilangkan sejuk. Kasturi bersifat panas, meminumnya mampu memanaskan badan terutamanya pada musim sejuk.
Membuang angin berlebihan di dalam tubuh iaitu dengan cara meminumnya.
Menawarkan racun dan bisa binatang.
Menjernihkan mata putih dengan menitiskan kasturi ke dalam mata. Ia dapat menjernihkan warna putih mata serta dapat mengeringkan cairan-cairan lembabnya.
Melanjutkan usia. Mencium dan meminum kasturi boleh menyegarkan badan dan dapat mempertahankan kemudaannya, insya-Allah.
Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.

Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.
Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras. Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian.

Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama. Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan haiwan tertentu sahaja menghasilkannya.

Dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus. Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.
p/s : teringin tuk mendapatkannya.. 

Jumaat, 13 Januari 2012

Kepentingan Susu Ibu

Assalamualaikum..

Kali ini lady nak tulis berkaitan dengan susu ibu.. Alangkah bertuahnya anak-anak yang diberi minum susu ibu sepanjang tempoh pembesarannya..

Lady waktu kecik minum susu ibu, tetapi x sempat minum susu yang pertama memandangkan keadaan ibu lady yang terpaksa ditahan di wad disebabkan komplikasi kesihatan..

Lady pulak terpaksa dibesarkan oleh emak saudara bongsu.. maka terpaksalah minum susu formula buat sementara waktu.. rasanya lebih dari sebulan jugak ibu lady terpaksa ditahan di wad.. 

Dalam tempoh waktu tu, lady tak pernah dimandikan, sebab mak saudara lady tak reti nak mandikan memandangkan beliau sendiri masih kecik lagi time tu.. die hanya pandai bagi minum susu dan salin lampin lady jerk :D

Lady pulak memang bersaiz kecik sebab dilahirkan tidak cukup bulan.. tapi nenek lady tak benarkan doktor masukkan dalam 'kotak kaca' tu.. sebab die takut lady mati sebab macam dah siap dimasukkan ke dalam keranda kaca :P macam cinderella plak..

Sebab tu la kot sampai sekarang lady kecik tuek.. :P.. 

Berbalik kepada susu ibu pulak.. Susu ibu ni banyak khasiatnya.. ibu-ibu sepatutnya start kehamilan perlu memakan makanan yang boleh merangsang proses penghasilan susu bagi kegunaan bayi selepas kelahiran.

Ini antara kelebihan susu ibu :

1. Susu ibu sesuai untuk bayi secara semulajadi.

2. Ia tersedia dalam keadaan steril atau terpelihara dan bebas daripada kandungan bakteria atau hama.

3. Kandungan nutrien yang seimbang.

4. Susu ibu kurang kandungan protein dan kasein berbanding susu lembu. Kasein ialah protein yang dimendakkan daripada susu dan merupakan asas keju dan plastik (rujuk kamus dewan).

5. Susu ibu mudah hadam kerana lembut dan cair berbanding susu haiwan yang pekat dan susah dihadam, terutama untuk bayi.

6. Susu ibu lebih banyak mengandungi laktase, vitamin dan zat galian yang seimbang. Laktase ialah sejenis enzime yang menukarkan gula dalam usus menjadi glukosa (gula ringkas) dan galaktosa (gula ringkas yang kurang larut dan kurang manis daripada glukosa).

7. Susu ibu mengandungi protein yang dikenali sebagai lactoferin yang berkemampuan menghalang pembiakan kuman dalam sistem usus bayi dan ini mengurangkan cirit birit.

8. Najis bayi yang minum susu ibu akan menjadi asidik dan ini menyebabkan ketidaksuaian untuk pembiakan kuman dalam sistem usus.

9. Susu ibu juga mempunyai sel yang datangnya daripada badan ibu. Sel itu berupaya membasmi jangkitan kuman serta virus selain mengandungi enzim penting untuk menolong sistem penghadaman bayi.

10. Sistem penghadaman bayi berupaya menyerap kandungan zat besi daripada susu ibu dengan lebih sempurna berbanding susu lembu.

11. Dari segi psikologi, aksi bayi ketika menyusu merapatkan rangsangan kasih sayang kedua-dua pihak iaitu antara ibu dan bayi.

12. Hisapan mulut bayi membawa pelepasan hormon dari hipotalamus dalam otak yang meningkatkan kepantasan dan kecekapan involusi atau pengecutan semula rahim ibu. Ini menjadikan ibu tidak hamil dan menjarakkan kelahiran selagi menyusukan bayi.

Inilah antara kelebihan susu ibu.. jadi nasihat lady pada ibu2 tu.. usahakan jugak diberi susu badan kepada baby untuk kesejahteraan dan ketahanan mental dan fizikal mereka..

Dari pemerhatian lady yang x pernah ade baby nih.. bagi wanita berkerjaya agak sukar untuk memberi susu ibu.. kalau disimpan dalam peti pun andai tidak mendapat sokongan daripada penjaga alamaknya susu tersebut dibuang begitu sahaja..

Isnin, 9 Januari 2012

Celik Dalam Gelap


Hambatan masa silam membuatkan dia takut untuk melangkah..

Kayuhan kehidupannya amat bercelaru..

Sekejap dia begitu.. dan sekejap dia amat jauh berbeza..

Kontranya begitu jelas sekali..
 

Dia begitu kuat mencuba.. Sehinggakan kadang-kadang dia kehilangan diri..

Roda dirinya beroleng ke hadapan dan kadang-kadang beroleng ke belakang..

Apabila dia maju ke hadapan.. mindanya positif..

Apabila termengundur ke belakang.. dia mula kehilangan arah..


Namun.. dia tetap mencuba..

Ketika termengundur.. dia cuba untuk pegun..

Mencari sebuah titik keseimbangan..

Dan apabila dia maju.. kayuhan langkah terus diatur satu demi satu..


Itulah kehidupannya kini..

Hambatan masa silam menjadikan dia seorang yang amat penakut dan pendendam..

Lambaian masa mendatang menjadikan dia kuat dan tabah..


Dirinya kuat dalam kelemahan..

Berusaha dalam keputus asaan..

Redha dalam kepasrahan..


Kekuatannya hanya satu..

Janji Tuhan 'neutral' suatu waktu..


Nukilan LadyBird's Life

Ahad, 8 Januari 2012

Perut Sumber Penyakit

Assalamualaikum.. 

Artikel sebelum-sebelum ni ada lady sebut sal punca segala penyakit adalah daripada pemakanan seharian kita.. jika dibicarakan tentang makanan, organ yang terlibat adalah organ-organ yang terlibat dalam sistem pencernaan.. kalu sape2 yang tak tahu boleh rujuk gambarajah yag lady upload tu.. bermula daripada mulut sehinggalah kepada anus.
Sistem Pencernaan

Makanan yang kita makan dikunyah di mulut, dan disimpan buat sementara waktu di perut sebelum menjalani proses pencernaan dan penyerapan serta pembuangan.

Hasil kajian mendapati bahawa sebahagian besar daripada kolon manusia dipenuhi dengan kekotoran.

Di dalam saluran kolon (usus besar), terdapat selapisan kotoran berlendir yang melekat pada dinding kolon yang dikenali sebagai najis.

Najis ini terdiri daripada 75% air dan 25% bahan lain seperti makanan yang tidak dapat diserap, sel-sel tubuh yang mati, bakteria, bahan garam mineral yang tidak dapat diserap seperti komposisi pengawet, pewarna dan perisa makanan, serta cacing yang telah mati. 

Kesan tinggalan ini membuktikan terdapat gangguan di dalam sistem pencernaan mereka. Samada disebabkan oleh makanan yang kita makan, tabiat pemakanan kita (cara kunyahan) atau kelemahan salah satu organ dalaman kita.

Kebiasaannya orang dewasa yang berumur dalam lingkungan 30 ke atas mempunyai berat najis atau kotoran berlendir mencapai 4kg.

Selain sangat kotor, najis ini juga boleh mendatangkan mudarat kepada manusia. Ini kerana najis yang mengandungi racun serta bahan-bahan yang tidak berguna ini akan tertinggal di dalam saluran usus tadi dan kelak akan diserap semula oleh badan.

Ini akan mendatangkan akibat yang sangat buruk kepada kesihatan kita. Jika toksin dari kolon yang kotor dan sisa makanan terserap kembali ke dalam sistem peredaran darah, maka ia menyebabkan pencemaran pada darah.

Darah yang tercemar inilah yang kemudiannya menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit dalam darah seperti kanser.

Pada awalnya darah yang tercemar adalah suatu keadaan yang tidak serius dan membimbangkan. tetapi jika masalah ini berterusan, maka lama-lama akan muncul gejala penyakit dalam darah.

Melalui proses penyahtoksifikasi atau hydro colon therapy secara teratur, lapisan kekotoran dan najis pada dinding dalam kolon tadi dapat dikeluarkan dan dibuang.

Oleh yang demikian darah juga dapat dibersihkan daripada tercemar dari segala toksin dan racun.

Gejala-gejala yang timbul akibat terkumpulnya toksin dalam badan adalah :-

1. Sukar untuk bernafas dan kurangnnya tenaga
2. Sakit kepala
3. Kesakitan pada punggung
4. Masalah pencernaaan
5. Sakit atau bengkak pada sendi
6. Gejala2 alahan dan sensitif terhadap minyak wangi atau bahan sintetik
7. Sembelit
8. Buasir
9. Psoriosis (sakit kulit)
10.Jerawat (tanda yang paling kerap terjadi)
11. Penghasilan lendir yang berlebihan
12. Antibodi badan lemah

Semua gejala ini akan menyebabkan penyakit yang lebih serius terjadi jika dibiarkan dalam jangka masa yang lama. Ia akan menyebabkan organ dalaman badan yang lain tidak dapat berfungsi dengan baik, dan menyebabkan kerosakan dan boleh membawa kepada kematian.

Sebab itu, di dalam Islam, Rasulullah saw. menitik beratkan tentang pemakanan termasuk apa yang kita makan, serta cara kita makan.

Maka yang menghadapi masalah dalam proses penyahtinjaan tu.. usahalah untuk mengeluarkannya.. tak kiralah dengan mengambil ubat-ubatan moden ke.. atau memakan jus buah-buahan.

Boleh juga amalkan sunnah Rasulullah iaitu minum air suam sejurus selepas bangun tidur.. sebelum gosok gigi.. Salah satu cara untuk membersihkan kolon daripada kekotoran..

Jumaat, 6 Januari 2012

GIGI - Kaitan Dengan Wanita Hamil

Assalamualaikum... sorry yer sahabat.. asyik nak tulis sal gigi jerk.. Kali ni lady nak tulis sal gigi jugak, tetapi kaitannye dengan wanita hamil..

Penting sangat untuk kita mengetahuinya.. Sebab lady rasa jarang sangat di kalangan kita ni yang tahu tentang bahaya sakit gigi di kalangan wanita hamil..

Sebenarnye lady sendiri baru tahu.. jadi lady mengambil inisiatif untuk berkongsi bersama kalian di sini.. :D

Apabila wanita mengalami masalah gigi atau mulut ketika hamil, ia menyebabkan peningkatan hormon prostaglandin.

Peningkatan hormon itu menyebabkan rahim menjadi tegang dan berkontraksi. Jika ia berlaku brpanjangan, kontraksi ini boleh menekan janin yang memungkinkan berlaku kelahiran tidak cukup bulan.

Seperti yang kita tahu, ibu hamil perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Bagaimana mungkin ibu hamil boleh memakan makanan berkhasiat jika mengalami masalah gigi sakit.

Jika masalah berkaitan gigi terjadi ketika hamil, ia sukar dirawat. Paling tidak ia memerlukan pertimbangan teliti, misalnya perlu mengambil kira ubat yang boleh dan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil untuk mengelakkan permasalahan timbul.

Manakala jika terdapat gigi yang rosak dan perlu untuk dicabut, proses itu tidak boleh dilakukan dalam fasa trimester pertama atau bergantung kepada kekuatan si ibu.

Sekiranya si ibu berasa takut, gigi tidak boleh dicabut kerana dikhuatiri si ibu mengalami tekanan yang boleh menyebabkan kontraksi.

Maka, sebelum hamil pastikan kesihatan fizikal, mental dan GIGI perlu diambil kira.. ramai yang memandang remeh perkara ini.

Kakak lady cakap, waktu hamil perlu makan ikan banyak-banyak tuk elakkan gigi rosak sebab bayi dalam kandungan akan mengambil kalsium ibu untuk proses pembentukan tulang bayi. Kalau xde ikan, perlu banyak minum susu atau pemakanan lain yang kaya dengan kalsium.... :D..

Khamis, 5 Januari 2012

Seksanya Mulut Berbau

Salam..

Takut jer tengok tajuk.. agak menjengkelkan bunyinyer.. Sape ade masalah mulut berbau angkat tangan.. meh sini lady nak check sorang-sorang.. 

Susah kalau mulut berbau.. seksa bagi yang perlu sentiasa berhubung dengan orang ramai.. Kene sentiasa pastikan nafas sentiasa wangi :P.. Baru konfiden..

Kadang-kadang bau mulut tu boleh melekat pada telefon.. eiii.. x lulus.. kalau lelaki tu memang rejek tuk buat suami..

Kalau di office tu.. lady terpaksa sembur pewangi.. bukan ape.. sebab kadang-kadang lady angkat tepun ade bau rokok yang agak lama tu.. orang Terengganu panggil "kouh".. Maksudnye bukan sebab bau mulut dah.. sebab bau dari pernafasan.. dari paru-paru.. sebab baunyer terlalu kuat..

Nafas berbau ni ada dua jenis.. satu daripada rongga mulut.. dan satu lagi berpunca daripada masalah dalam sistem penghadaman kita..

Kalau dari mulut, memang secara fitrahnye mulut kita ni akan menghasilkan bau akibat daripada tindak balas antara makanan, bakteria, dan bendalir mulut.. sebab itu Rasulullah suh kita sentiasa bersugi.. 

Diceritakan oleh Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud :

"Jikalau tidak memberati umatku, nescaya aku suruh mereka bersiwak setiap kali mahu mengerjakan solat." [HR. Bukhari]

Dengan bersugi, kita akan terhindar daripada penyakit halitosis iaitu bau mulut. Menurut perubatan, penyebab halitosis 80% adalah disebabkan dari rongga mulut dan 20% disebabkan oleh masalah sistem penghadaman.

Di bawah ini lady senaraikan penyebab bau mulut :

1. Makan makanan yang berbau seperti jering, petai, bawang putih, durian dan makanan lain yang meninggalkan bau. Seeloknya selepas makan gosok gigi.
2. Tambunan plak pada gigi, gusi, lidah, dan gigi palsu. Ini bagi yang malas nak gosok gigi, gosok gusi, gosok lidah.. 

3. Adanya nanah dan jangkitan pada gusi dan gigi.

4. Sisa-sisa makanan yang terselit di celah-celah gigi yang berlubang.

5. Kelainan organik akibat penyakit kronik seperti gangguan hati yang teruk, gangguan fungsi buah pinggang dan kencing manis yang tidak terkawal.

6. Masalah pernafasan kronik.

7. Gaya hidup seperti kebiasaan dan diet, minuman beralkohol, rokok, dan makan secara tidak teratur serta minum kopi dan teh.

Untuk mengelakkan permasalahan tersebut, lady sarankan agar kite semua ni.. pergilah check gigi kita sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.

Dan jagalah kesihatan aset kita tu sebaik-baiknya.. janganlah sampai orang kata muka cantik.. tapi................................

Kalau kita jaga baik-baik mulut kita.. xperlulah nak sembur minyak wangi berbotol-botol kat dalam mulut tu.. Kesihatan plak insya-Allah baik.. sebab mulut yang bermasalah juga penyebab kita mendapat penyakit, bukan sekadar penyakit yang kita sentiasa dengar.. terdapat juga penyakit kelamin disebabkan oleh mulut. Maka, hati-hati..

Selasa, 3 Januari 2012

Tip Menjaga Gigi

Assalamualaikum semua :) hihihihi..

Gigi
Dua artikel sebelum ni lady rasa terlalu serius sangat-sangat.. Kali ni rasanya nak tulis sesuatu yang santai.. Tentang gigi.. :D.. sape-sape yang takde gigi duk jauh2 yer.. :P.. Sape2 yang ade gigi, meh sini duk dekat lady ni sebelum korang xde gigi.. lady nak sampaikan tazkirah tentang gigi lak..

Kalau dulu2 time lady kecik-kecik.. kebanyakan kawan2 lady semuanya gigi dah x berwarna putih.. kalau ade pun sikit sangat.. budak2 zaman sekarang pun mcm tu cume agak kuranglah sikit memandangkan ibu bapa dah mempunyai kesedaran menjaga gigi..

Dalam penjagaan gigi kita ni mula-mula sekali dalam pemilihan berus gigi.. ramai yang main capai jer berus gigi tanpa fikir panjang.. ade tu pilih berus gigi sebab warne kegemaran.. cantik.. ade katun hello kitty.. 

Buat pengetahuan shbt lady semua.. berus gigi yang baik memiliki hujung berus yang kecil, bulu-bulu berus yang masih baik dan rata serta tidak kembang. Untuk keselesaan, carilah berus gigi yang tangkainya lurus.

Kalau dah lama pakai tu, seeloknya tukarlah berus gigi.. janganlah kerana takutkan pembaziran, struktur gigi kita rosak dan tidak kuat.. berjimatlah pada tempatnye yer..

Saya xde gigi, tapi saya comel :P
Selain daripada itu, kebanyakan dari kita ni selalu je abaikan penjagaan gusi.. Penjagaan gusi teramat penting sebenarnya yang seringkali kita abaikan.. Mane ade orang ade gigi tanpa gusi.. kebanyakan orang ade gusi dan gigi atau ade gusi takde gigi.. :P

Gusi ni tapak pertumbuhan gigi.. kalau tapak tu sakit.. x sihat.. maka gigi pun sakit.. x sihat.. akhir sekali tercabut dan tinggallah gusi saje..

Sebenarnya gusi perlu diurut supaya peredaran darah di gusi berlaku dengan sempurna. Ini kerana gigi manusia dibekalkan makanan melalui peredaran darah yang terdapat pada gusi. Bekalan makanan untuk gigi akan lancar dan baik jika peredaran darah baik.

Ia akan memanjangkan hayat gigi seseorang (tidak rosak atau rongak). Di bawah ini lady ada sertakan beberapa tip dalam penjagan gigi :

1. Gosokkan gigi bermula dari gusi ke gigi, gerakan ke bawah jika gigi di atas. Jika gigi di bawah, gerakannya sama iaitu dari gusi ke gigi (ke arah atas). Jangan berus gigi dengan cara menggosok ke kiri dan ke kanan kerana ia boleh merosakkan struktur gigi kita yang berkeadaan menegak.

2. Sisi permukaan dalam gigi juga sama iaitu dari arah gusi ke gigi.

3. Untuk kawasan pengunyahan, gerakannya adalah ke depan dan ke belakang.

4. Cara berkumur adalah memasukkan air terus antara gigi atas dan bawah dan kemudian mulut ditutup. Air dikumurkan supaya ia masuk di celah-celah antara gigi.

5. Dental floss (benang gigi) boleh digunakan untuk membersihkan sisa makanan yang melekat di celah-celah gigi yang tidak dapat dibersihkan oleh berus gigi.

6. Lidah juga perlu dibersihkan kerana ada rongga yang oleh terkena sisa-sisa makanan melekat yang menyebabkan kulat terbenuk.

7. Pilih ubat gigi yang benar-benar jelas halal dan sesuai dengan keperluan gigi. 

Bagi lady kan.. gigi tu penting sangat.. kalau gigi tu cantik.. bersih.. walaupun wajahnye kurang tampan.. lady boleh terjatuh hati :P Jadi kepada jejaka atau jejaki yang x kawin lagi ni.. mehla kite jage kebersihan gigi kite.. manelah tahu Allah ketemukan kita dengan jodoh kita disebabkan gigi :D

Isnin, 2 Januari 2012

Khasiat Kemenyan Putih

Kemenyan
Assalamualaikum kepada semua sahabat LadyBird's Life.. :D.. Semoga sihat-sihat semua.. Insya-Allah..

Artikel ini adalah kesinambungan daripada artikel sebelumnya iaitu penjernihan tentang Kemenyan Putih..

Sebelum ini, Lady selalu dengar kemenyan orang gunakan sewaktu berlaku kematian dengan membakar kemenyan tersebut bersama setanggi dan kapur barus untuk mengurangkan bau mayat kerana kemenyan mampu menghasilkan aroma wangi.

Tetapi berikutan dengan perkembangan dunia Islam, tradisi pembakaran kemenyan telah ditinggalkan kerana asap amat diminati oleh makhluk ciptaan Allah yang lain.

Kemenyan sebenarnya berasal daripada getah sejenis pokok yang banyak terdapat di Oman, Afrika, India serta Malaysia. Nama botaninya adalah Styrax benzoin Dryand.

Getah daripada pohon tersebut diambil dan dikeringkan. Resin yang kering berupa kepingan-kepingan putih, bersifat keras namun rapuh, serta berbau harum apabila dibakar.

Dalam sudut lain, kemenyan yang sinonim dengan kematian sebenarnya mempunyai khasiat yang sangat bagus untuk membantu mendapatkan kesihatan yang baik dan telah diamalkan oleh ilmuwan Islam dahulu tetapi tidak pernah diterokai kembali berikutan dengan kepesatan perkembangan ubatan moden yang jauh lebih 'berkesan'.

Antara Khasiat Kemenyan Putih adalah :
Kapur Barus

- Mengubati penyakit lupa
- Menguatkan penglihatan
- Menguatkan kisaran perut
- Menghapuskan kahak
- Mengeluarkan angin badan
- Melawaskan pembuangan air kecil
- Membersihkan hati daripada sifat dengki
- Meringankan lidah dan mudah berkomunikasi

Imam Sayuti dalam kitabnya al-Rahmat Fi al-Tib Wal Hikmah berkata bahawa Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud:

"Wahai kalangan yang mengandung (wanita), perkenalkan kepada anak-anakmu kemenyan putih dengan memberi makannya, kerana sesungguhnya ia menambahkan hafalan dan kecerdasan." [Riwayat al-Dailami]

Ibn Abbas, seorang penghafaz dan ahli al-Quran berkata:

"Memakan satu misqal bersamaan 4.2 gram gula bersama-sama satu misqal kemenyan putih selama tujuh hari berturut-turut dapat membetulkan pembuangan air kecil dan mengubati kelupaan."

Cara Memakan Kemenyan Putih :

- Rendam kemenyan putih di dalam air pada waktu malam.

- Keesokannya sebelum makan pagi campurkan kemenyan putih dengan gula pasir nisbah 1:2.

- Makan sebanyak 1 camca besar pada waktu awal pagi sebelum sarapan.

- Untuk menambah mujarab dibacakan ayat ke 27 dan 28 Surah Luqman pada 1/2 misqal (2 gram) kemenyan putih tersebut dan dicampurkan dengan madu lebah serta dimakan setiap hari.

(Petua daripada Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustaffa Kutan dalam kitab Laqzan al-U'jlan)

p/s : Lady x kenal bagaimana rupa Setanggi (ritu salah eja jd temanggi, sorry). boleh tak sesape tunjukkan.. Kalau kapur barus lady kenal sebab lady pernah makan kapur barus buat ubat.. rasanya berangin..bentuknye petak2 macam gula-gula..