Petua Menjaga Minda
♥Assalamualaikum ♥ Semoga kalian semua sihat sejahtera SOKMO ♥
Orang yang normal dan mempunyai fikiran yang waras pasti ingin menjaga minda/ akal mereka supaya sentiasa sihat dan cerdas untuk memudahkan kita menjalankan tanggungjawab kita seoptimum mungkin..
Entry lady yang lepas telah menyatakan makanan-makanan perangsang minda. Makanan dan minuman adalah antara faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan otak.
Kali ini lady akan memberikan petua dalam penjagaan minda supaya sentiasa cerdas dan sihat. Petua ini lady rujuk daripada sebuah buku yang bertajuk Rahsia Minda Hebat. Buku ini amat bagus untuk dimiliki oleh semua tanpa mengira peringkat umur.
Ini adalah petua-petua dalam menjaga minda melalui pemakanan :
♥ Makan makanan atau buah-buahan masam, yang tinggi kandungan asidnya seperti epal hijau (tuffah) secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit lupa. Ini merupakan pendapat Imam Zuhri.
♥ Memakan bawang besar, terutama yang mentah secara berlebihan juga boleh menyebabkan lupa.
♥ Ketagihan candu, dadah, rokok, tembakau dan sebagainya boleh merosakkan kewaasan otak.
♥ Makan terlalu kenyang menyebabkan malas dan menggelapkan akal (malas berfikir).
♥ Makan organ dalaman binatang seperti hati, perut, jantung, limpa dan lain-lain secara berlebihan akan menjadikan otak mudah lupa.
♥ Memakan makanan sisa haiwan perosak seperti lalat, semut, lipas dan tikus juga boleh menyebabkan lupa. Ini menurut Imam al-Zuhri.
♥ Kerap memakan makanan yang dimasak dan dijual di pasar yang sibuk dan kotor juga boleh mempengaruhi perkembangan otak.
♥ Banyak memakan makanan ringan yang tinggi kandungan bahan perasa seperti Monosodium Glutamate (MSG) dan bahan pengawet tidak baik untuk otak.
♥ Minuman bergas tidak baik untuk kesihatan.
♥ Sering makan kepala ikan boleh menyebabkan lupa kerana kepala ikan terutama otak dan bahagian pipinya (insang) mengandungi asid yang tinggi.
♥ Memakan makanan atau minuman sisa orang lain atau sisa binatang tidak baik untuk otak.
♥ Memakan makanan basi atau hampir basi tidak baik untuk kesihatan.
♥ Makan atau minum daripada sumber yang haram akan membutakan hati daripada menerima kebenaran.
Ini antara petua-petua yang boleh lady kongsikan di sini.. mungkin kita boleh praktikkan untuk kepentingan generasi kita bersama ♥
Namun begitu, terdapat di kalangan kita yang dilahirkan tanpa minda yang sempurna.. Kehadiran mereka sebagai suatu ujian untuk kita.. untuk menguji kita sejauh mana kebersediaan kita untuk menerima dan membantu..
Serta sebagai wadah untuk muhasabah diri supaya lebih kenal erti syukur kepada-Nya kerana menganurahkan kita akal yang sempurna.
terima kasih kerana share lady....saya pun hampir lupa tentang amalan permakanan yg boleh melemahkan daya ingatan kita. nasib ada belog nie
BalasPadamAssalamualaikum Lady
BalasPadamterima kasih atas petua2 ni
Salam..
BalasPadamGood Info..
ooooooo... asid jahat pada ikan tu yg lemahkan minda kita yek?
BalasPadam*mari kurangkan beli jajan di psr mlm. elok msk sendiri. :-)
Thanx for the info.
BalasPadamNamun sharing secawan minuman bersama suami/isteri dipraktikan oleh Nabi Muhammad SAW.
Dlm byk2 ni, yg paling susah saya nak elakkan ialah makanan dgn MSG.
BalasPadamtq lady, patut la menghafal lambat nak ingat ...
BalasPadamdni akan cuba jaga pemakanan tambah2 lagi tengah preggy :D
BalasPadamdlu mase zaman study..bile nk final exam je mesti stop makan segala asam2 ,jeruk,hati n pedal ayam...sbb takut lupa plk time nk jwb peksa.. =)
BalasPadamkena lebih peka dgn apa yg kita makan lepas ni
BalasPadamkene kurangkn beli kt pasar malam ni..
BalasPadamhehehe..
BANYAK JUGAK MAKANAN YG TAK ELOK KAN..HATI AYAM TU KAK BUI SUKA MAKAN,LAGI2 YG DIPANGGANG..OUCHHH,SEDAP..HEHE
BalasPadammoga2 kita antara insan yang sentiasa bersyukur
BalasPadamakal yang sempurna perlukan iman yang sempurna juga
Alhamdulillah,
BalasPadamsokor dengan apo yang ado
nizam banyak makan megi...boleh katakan hari2 makan megi...hehe..
BalasPadammungkin perlu tukar diet nih...hihi...
lady..terima kasih sudi kongsi disini..peringkat umur acik ni kalau tak jaga..rasanya lagi cepat lupa.
BalasPadamKalau tanya pengusaha restoran kepala ikan jawapannya lain pula...
BalasPadamwas here
BalasPadammakanan pasar malam?
BalasPadamaduh hari khmis adalah hari cuti memasak kerana pasar malam...
perlu di kurangkan selepas ini.
baru sy tau makan epal hijau n bawang besar berlebihan pun boleh buat lupa..
BalasPadameh...copy ya...nak letrak lam journal..
BalasPadamsgt berguna nih...:)