Salam..
Takut jer tengok tajuk.. agak menjengkelkan bunyinyer.. Sape ade masalah mulut berbau angkat tangan.. meh sini lady nak check sorang-sorang..
Susah kalau mulut berbau.. seksa bagi yang perlu sentiasa berhubung dengan orang ramai.. Kene sentiasa pastikan nafas sentiasa wangi :P.. Baru konfiden..
Kadang-kadang bau mulut tu boleh melekat pada telefon.. eiii.. x lulus.. kalau lelaki tu memang rejek tuk buat suami..
Kalau di office tu.. lady terpaksa sembur pewangi.. bukan ape.. sebab kadang-kadang lady angkat tepun ade bau rokok yang agak lama tu.. orang Terengganu panggil "kouh".. Maksudnye bukan sebab bau mulut dah.. sebab bau dari pernafasan.. dari paru-paru.. sebab baunyer terlalu kuat..
Nafas berbau ni ada dua jenis.. satu daripada rongga mulut.. dan satu lagi berpunca daripada masalah dalam sistem penghadaman kita..
Kalau dari mulut, memang secara fitrahnye mulut kita ni akan menghasilkan bau akibat daripada tindak balas antara makanan, bakteria, dan bendalir mulut.. sebab itu Rasulullah suh kita sentiasa bersugi..
Diceritakan oleh Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud :
"Jikalau tidak memberati umatku, nescaya aku suruh mereka bersiwak setiap kali mahu mengerjakan solat." [HR. Bukhari]
Dengan bersugi, kita akan terhindar daripada penyakit halitosis iaitu bau mulut. Menurut perubatan, penyebab halitosis 80% adalah disebabkan dari rongga mulut dan 20% disebabkan oleh masalah sistem penghadaman.
Di bawah ini lady senaraikan penyebab bau mulut :
1. Makan makanan yang berbau seperti jering, petai, bawang putih, durian dan makanan lain yang meninggalkan bau. Seeloknya selepas makan gosok gigi.
2. Tambunan plak pada gigi, gusi, lidah, dan gigi palsu. Ini bagi yang malas nak gosok gigi, gosok gusi, gosok lidah..
3. Adanya nanah dan jangkitan pada gusi dan gigi.
4. Sisa-sisa makanan yang terselit di celah-celah gigi yang berlubang.
5. Kelainan organik akibat penyakit kronik seperti gangguan hati yang teruk, gangguan fungsi buah pinggang dan kencing manis yang tidak terkawal.
6. Masalah pernafasan kronik.
7. Gaya hidup seperti kebiasaan dan diet, minuman beralkohol, rokok, dan makan secara tidak teratur serta minum kopi dan teh.
Untuk mengelakkan permasalahan tersebut, lady sarankan agar kite semua ni.. pergilah check gigi kita sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.
Dan jagalah kesihatan aset kita tu sebaik-baiknya.. janganlah sampai orang kata muka cantik.. tapi................................
Kalau kita jaga baik-baik mulut kita.. xperlulah nak sembur minyak wangi berbotol-botol kat dalam mulut tu.. Kesihatan plak insya-Allah baik.. sebab mulut yang bermasalah juga penyebab kita mendapat penyakit, bukan sekadar penyakit yang kita sentiasa dengar.. terdapat juga penyakit kelamin disebabkan oleh mulut. Maka, hati-hati..
Untuk mengelakkan permasalahan tersebut, lady sarankan agar kite semua ni.. pergilah check gigi kita sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.
Dan jagalah kesihatan aset kita tu sebaik-baiknya.. janganlah sampai orang kata muka cantik.. tapi................................
Kalau kita jaga baik-baik mulut kita.. xperlulah nak sembur minyak wangi berbotol-botol kat dalam mulut tu.. Kesihatan plak insya-Allah baik.. sebab mulut yang bermasalah juga penyebab kita mendapat penyakit, bukan sekadar penyakit yang kita sentiasa dengar.. terdapat juga penyakit kelamin disebabkan oleh mulut. Maka, hati-hati..
Ibu Yusuf singgah ziarah.. entry yg sgt bagus..Baca n3 ni mengingatkan diri sendiri sesungguhnya dah lama tak g klinik gigi.. :-(
BalasPadamSEMBUR MINYAK WANGI DLM MULUT SUPAYA HARUM..KEKEKE
BalasPadamjika pasangan kita menegur kita mulut berbau, janganlah marah dia sebaliknya dengarlah kerana itu teguran yang jujur.
BalasPadamGusi tak sihat pun bleh jadi punca gak kan lady? Gusi tak sihat kalau kekurangan kalsium. Kadang2 ada jugak bau telefon sebab airliur bersembur banyak sangat kat gagang. Bacin je bau dia.
BalasPadamjgn lupa gosok gigi.. hehe
BalasPadamkadang2 mulut kering sangat/kurang minum air pon boleh buat mulut berbau kan...mcm time puasa tu....
BalasPadamtp jumpe dok gigi?urrrrmmmmm tatot!!hehe
Hehehe...harum cam bau kasturi tu namaya LB...hmmm elok la selalu gosok/bersugi...x de la org rasa takut nk dekat2 ngan kita...:)
BalasPadamAs-salam.
BalasPadamPaparan yang bermanfaat. Kalau boleh tambah sikit, jangan pula busuk mulut yang sebabnya suka bercakap buruk tentang orang lain! Dah selesai final exam?
untung kalau yang pakai gigi palsu
BalasPadamsenang nak cuci gigi
Terus terang saya tidak berasa selasa kalau bercakap dengan orang mulut berbau. Apa yang saya amalkan sejak dari bujang adalah mengunakan ubat kumur setiap hari.
BalasPadamSuka entri ni:) Dan kalau ingin menegur seseorang yg Ada masalah ni, kena lebih secara privacy, takut2 terasa hati;)
BalasPadamrasa mkn petai bau kuyah2 dgn beras heeeee
BalasPadamKalau mulut longkang lagi teruk, sembur perfume 1,000 gm pun baunya tak hilang...
BalasPadamBagi yang dalam dunia pekerjaan atau perniagaan,mulut berbau ni perlu teramatlah perlu sentiasa dijaga.makanlah gula gula supaya mulut tu tak kering.kite suke ke tak,tapi impression yang kita tunjukkan kat org sekeliling especially dalam perhubungan professional perlulah sentiasa dijaga.
BalasPadam:)
takut jumpa doktor gigi.. hahahaha
BalasPadamAssalamualaikum...
BalasPadamMoga LB sihat seadanya..
Kita kena jaga mulut kita ni daripada berbau dan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik yang boleh menyakitkan hati orang.
nice entry kak lady
BalasPadammiss purple ni agak penakut klu bab gi klinik gigi ni hehehe :)
ayie...gosok gigi dgn sugi :)
BalasPadamkaadang2 akk sakit gusi..ank akk yg kecik selalu ckp "busuk la mulut mama" sbar je la..huhu..nice n3, blh sharing info..
BalasPadamperghhh...lady siap bawak penyembur telefon...ekeke
BalasPadamgula2 mint sentiasa ada dlm handbag..
BalasPadamnak jumpa doc gigi kak munna seriau rasanya
BalasPadamtak suka bau rokok huhu... gusi dn gigi mmg perlu dijaga selain tu kalsium pun kena cukup...
BalasPadammemang seksa kalau mulut berbau...
BalasPadamAkak pun jenis yg takut nak jumpa dr gigi.....
Hashihara Yusoff :
BalasPadambagus2.. jagalah kesihatan gigi.. :D..
Zefa Norasmara :
BalasPadamjom akak gi klinik gigi.. :D
Bui Junaidi :
BalasPadamlady selalu nampak dalam tv org sembur minyak wangi dalam mulut :D..
Insan Marhaen :
BalasPadamx marah.. tp mesti rasa nak tendang dia kuat2 :P.. hehehe..
LynSunshine :
BalasPadama'ah kak.. gusi bernanah.. leh hasilkan bau yang kurang menyenangkan jugak..
ingtkan tepun.. rs mcm nak muntah jerk.. :P
delarocha :
BalasPadamok boss.. siap!!
Cik Panadol :
BalasPadambetul.. tp tu sebab lain pulak.. sebab penghadaman.. udara yang keluar ke mulut drp sistem pencernaan.. :D.. nanti lady citer..
Yastro :
BalasPadamkalau bau kasturi tu bau org puasa.. :D.. kan? tp tu maksud tersirat kan en yastro?
Temuk :
BalasPadamwsalam pakcik.. betul2.. yg tu memang bukan setakat mulut busuk.. istilah mulut jambang :P
exam? hihihi.. siap!!
tehr :
BalasPadama'ah.. tp x best gune gg palsu.. x terasa nilai makanan tu.. mak lady ckp..
akubiomed :
BalasPadamsamalah.. :D.. x suke jugak.. lebih2 lagi org yg baru siap makan ttbe je ckp.. bau makanan menyerlah menusuk ke lubang hidung.. tajam.. menyengat.. sakit..
Hana Faza :
BalasPadamterima kasih.. :).. hihihi.. kdg2 lady tegur dengan memberi gula2.. :D..
suri :
BalasPadamkunyah beras leh hilang bau ek?
ilmu baru nih.. tq suri..
JR :
BalasPadambetul..
mulut longkang.. mulut jambang.. semualah.. :D..
Mr. Clive :
BalasPadamsangat2 betul.. di kalangan shbt pun pntg.. nanti org menghindari kiter..
missSenget :
BalasPadamlady x takut.. lady suka.. rs dibelai.. :D..
Abd Razak :
BalasPadamWaalaikumusalam ustaz :)
Alhamdulillah lady sihat.. :D
betul..insyaAllah.. tp kdg2 luar kawal.. :D..
Miss Purple Ungu :
BalasPadamtime kasih dik ungu.. :)
xyhla tkt.. xde ape2.. :D..
cari dr gg yg nmpk lembut sikit.. :D
Ayie Abas :
BalasPadamsugi tu nk cr d mana?
ieja amieja :
BalasPadamakak.. cube akak try letk minyak Jerslin.. kakak lady ckp berhasil..
mario :
BalasPadamterpaksa.. alahan..
sudip senduk :
BalasPadamboleh contohi akak.. :)..
munna :
BalasPadamknp kaka munna tkt.. lady suka..
Hanis :
BalasPadamx suke jugak.. mmg xleh bau.. kalau terbau je trus batuk.. demam..
Mulut Payau :
BalasPadambukan diri sendiri je yg siksa.. org sekeliling pun.. huhuhu..
kalo muka kacak dan kiut tapi mulut berbau, kompem reject...
BalasPadamsaya pun tak suka yang mulut berbau nih, cepat je hidung menangkapnya.
BalasPadamerkkk..tak suka orang mulut berbau..nak muntah rasanya...
BalasPadamkena gosok gigi n alas perut pagi2..bl prt 0 mudah mulut berbau..
BalasPadam