Assalamualaikum..
Artikel sebelum-sebelum ni ada lady sebut sal punca segala penyakit adalah daripada pemakanan seharian kita.. jika dibicarakan tentang makanan, organ yang terlibat adalah organ-organ yang terlibat dalam sistem pencernaan.. kalu sape2 yang tak tahu boleh rujuk gambarajah yag lady upload tu.. bermula daripada mulut sehinggalah kepada anus.
Sistem Pencernaan |
Makanan yang kita makan dikunyah di mulut, dan disimpan buat sementara waktu di perut sebelum menjalani proses pencernaan dan penyerapan serta pembuangan.
Hasil kajian mendapati bahawa sebahagian besar daripada kolon manusia dipenuhi dengan kekotoran.
Di dalam saluran kolon (usus besar), terdapat selapisan kotoran berlendir yang melekat pada dinding kolon yang dikenali sebagai najis.
Najis ini terdiri daripada 75% air dan 25% bahan lain seperti makanan yang tidak dapat diserap, sel-sel tubuh yang mati, bakteria, bahan garam mineral yang tidak dapat diserap seperti komposisi pengawet, pewarna dan perisa makanan, serta cacing yang telah mati.
Kesan tinggalan ini membuktikan terdapat gangguan di dalam sistem pencernaan mereka. Samada disebabkan oleh makanan yang kita makan, tabiat pemakanan kita (cara kunyahan) atau kelemahan salah satu organ dalaman kita.
Kebiasaannya orang dewasa yang berumur dalam lingkungan 30 ke atas mempunyai berat najis atau kotoran berlendir mencapai 4kg.
Selain sangat kotor, najis ini juga boleh mendatangkan mudarat kepada manusia. Ini kerana najis yang mengandungi racun serta bahan-bahan yang tidak berguna ini akan tertinggal di dalam saluran usus tadi dan kelak akan diserap semula oleh badan.
Ini akan mendatangkan akibat yang sangat buruk kepada kesihatan kita. Jika toksin dari kolon yang kotor dan sisa makanan terserap kembali ke dalam sistem peredaran darah, maka ia menyebabkan pencemaran pada darah.
Darah yang tercemar inilah yang kemudiannya menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit dalam darah seperti kanser.
Pada awalnya darah yang tercemar adalah suatu keadaan yang tidak serius dan membimbangkan. tetapi jika masalah ini berterusan, maka lama-lama akan muncul gejala penyakit dalam darah.
Melalui proses penyahtoksifikasi atau hydro colon therapy secara teratur, lapisan kekotoran dan najis pada dinding dalam kolon tadi dapat dikeluarkan dan dibuang.
Oleh yang demikian darah juga dapat dibersihkan daripada tercemar dari segala toksin dan racun.
Gejala-gejala yang timbul akibat terkumpulnya toksin dalam badan adalah :-
1. Sukar untuk bernafas dan kurangnnya tenaga
2. Sakit kepala
3. Kesakitan pada punggung
4. Masalah pencernaaan
5. Sakit atau bengkak pada sendi
6. Gejala2 alahan dan sensitif terhadap minyak wangi atau bahan sintetik
7. Sembelit
8. Buasir
9. Psoriosis (sakit kulit)
10.Jerawat (tanda yang paling kerap terjadi)
11. Penghasilan lendir yang berlebihan
12. Antibodi badan lemah
Semua gejala ini akan menyebabkan penyakit yang lebih serius terjadi jika dibiarkan dalam jangka masa yang lama. Ia akan menyebabkan organ dalaman badan yang lain tidak dapat berfungsi dengan baik, dan menyebabkan kerosakan dan boleh membawa kepada kematian.
Sebab itu, di dalam Islam, Rasulullah saw. menitik beratkan tentang pemakanan termasuk apa yang kita makan, serta cara kita makan.
Maka yang menghadapi masalah dalam proses penyahtinjaan tu.. usahalah untuk mengeluarkannya.. tak kiralah dengan mengambil ubat-ubatan moden ke.. atau memakan jus buah-buahan.
Boleh juga amalkan sunnah Rasulullah iaitu minum air suam sejurus selepas bangun tidur.. sebelum gosok gigi.. Salah satu cara untuk membersihkan kolon daripada kekotoran..
Maka yang menghadapi masalah dalam proses penyahtinjaan tu.. usahalah untuk mengeluarkannya.. tak kiralah dengan mengambil ubat-ubatan moden ke.. atau memakan jus buah-buahan.
Boleh juga amalkan sunnah Rasulullah iaitu minum air suam sejurus selepas bangun tidur.. sebelum gosok gigi.. Salah satu cara untuk membersihkan kolon daripada kekotoran..
Assalamualaikum Lady
BalasPadamkena keluarkan najis tu selalu yerrr
tak boleh tanguh2 kan..
patut kita rasa kadang2 tu badan rasa lemah semacam je...banyak toksin rupa2nya...huhu
BalasPadampanduan ni..tq lady.. ^_^
BalasPadamsalam lady, bc n3 ni teringat mcm dok dlm kelas biologi plk...hehe...
BalasPadamsangat2 bagus entry ni..thanks yea :)
BalasPadamtq atas info nih...
BalasPadamTAKUT JUGAK DGR NI..NAUZUBILLAHIMINZALIK..
BalasPadamnice entry laa ladybird ! :)
BalasPadamUish.. 4kg tu.. :D
BalasPadamps: nice entry, info yg sgt bagus..
panjang gak cerita pasal perut ni
BalasPadampenuh dengan maklumat
IM beri ibu_suri minum kopi KH kalau sukar buang air besar. Kopi KH bagus untuk cuci usus besar.
BalasPadamkena jaga pemakanan ni.
BalasPadamAssalamualaikum..
BalasPadamMoga LB sihat dengan izin~Nya..
Perut ni dikatakan punca segala penyakit...
Kene tunggu cara lain tuk keluarkan toksin dlm badan nih....errr..klau guna yg tampal2 kat tapak kaki tu ok ke LB?
BalasPadama'a la perut tuh sumber penyakit, apa yang kita makan, banyak toksin dalam badan.
BalasPadamSalam cik Lady.. Saya dah disahkan gastrik haritu.. Lepas ni kena hati2 bila nak makan...
BalasPadamAssalamualaikum LB,
BalasPadamSaya pulak semasa masuk wad baru-baru ni doktor suruh saya ambik probiotik untuk menyahkan kuman dalam usus.
Terima kasih atas info yang sangat berguna ni LB.
kalau amalkan minum air suam bangun dari tidur mesti lepas tu rasa nak memerut kan...hehehe
BalasPadamMau tak nya makan macam2.. Thanks 4 info
BalasPadamamalan minum air sblm basuh muka tu..kak.chii ada amalkan...alhamdulillah...mmg pencernaan bagus :)
BalasPadamkalo bbrp hari x buang..mmg leh wat sakit kepala tu..eheh