Pesanan Rasulullah :
6 Sifat Wanita yang Perlu Dielak Untuk Dikahwini
Setiap orang menginginkan pasangan yang baik untuk menjadi pasangan hidup.. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik..
Setiap orang menginginkan pasangan yang baik untuk menjadi pasangan hidup.. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik..
Untuk mendapat pasangan yang baik.. kita perlu menjadi baik.. Insya-Allah pasangan yang kita perolehi baik..
Kita tidak boleh mengganggap diri kita baik.. sebab baik ini terlalu luas konteksnya.. Namun begitu, kita tetap perlu berusaha ke arah menjadi baik..
Ini merupakan tabiat yang perlu kita elakkan kerana ciri-ciri wanita seperti ini tidak layak untuk dijadikan seorang isteri dan bukan ciri-ciri seorang wanita Islam.
1. Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2. Wanita Mananah:
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3. Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar baginya.
5. Wanita Basaqah (ada 2 makna):
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah:
Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
Jom kita sama-sama elakkan diri daripada menjadi sebahagian daripada mereka.
ALHAMDULILLAH,KAK BUI TAK TERGOLONG DLM GOLONGAN TU..MMG ADER KEBURUKAN TP YG SEDANG2 SAJA..HEHE
BalasPadamsalam lady, mungkin perkataan "nanah" yg kotor dan busuk tu dtg dari 3 sifat terburuk tsbt di atas kot...
BalasPadamGood info. Smoga kita dpt elakkan diri dari menjadi permpuan seperti ini.
BalasPadamMoga kita dijauhi dari 6 sifat yg ini...
BalasPadamsemua hujungnya ada 'ah' yer? haha3
BalasPadamentry yg menarik..ermmm indahnya hidup jika dpt seorg wanita bernilai 'perhiasan dunia'.
bagus untuk nizam cari calon wanita ni..thanks kak.. ;)
BalasPadamsemoga kita menjadi wanita yang solehah, amin..
BalasPadam:)
semoga kita dijauhi dari sifat2 tersebut
BalasPadammemang patut dihindari. boleh pening kepala aku kalo berperangai begini.
BalasPadambagus entry nih utk mereko2 yg tengah cari bakal isteri...
BalasPadamtq... dapat muhasabah diri nie... takut yg dilakukan setiap hari menjadi salah satu keburukan di atas yg kita sendiri x sedari...
BalasPadamsalam akak
BalasPadamtq akak.. Ustaz kazim ada cerita pasal ini..
;)
moga2 tiada wanita sebegini..ermmmm
BalasPadam#lelaki pun,kalau nak pilih ppuan yang baik2 tu,baikan dulu diri anda.peringatan untuk sy^^
thanks for info
BalasPadammencuba sadaya baik mungkin..moga dia menyenangi saya
BalasPadamsemoga dijauhkan dengan semua sifat yg disenaraikan..
BalasPadamberusaha utk mnjadi yg lebih baik..:)
BalasPadammoga dapat memperbaiki diri ni..
BalasPadamhuhuhu...
paling tak suka wanita yg no 6 tu...klau dia dh dpt berckp, biasanya keluar mcm machinegun pun ada.....:)
BalasPadamMoga-moga wanita muslim diluar sana sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi muslim yang baik.
BalasPadamsemoga dijauhkan semua sifat ni..aminn~
BalasPadamish....teruk klu jumpa orang cenggitu...
BalasPadamAlhamdulillah..akk tak tergolong dlm tu..sama2 lah kita jauhkan dr keenam2 sifat tuh..
BalasPadamkata ustaz, 'kurrat a'yun/penyejuk mata' ialah dia buat apa yang disukai suaminya bukan takat solehah aje contohnya kalu suami suka bila balik isteri buat cekodok jadik hari-hari le buat cekodok
BalasPadammoga terhindar dari 6 sifat yang buruk itu untuk mendapat redha Allah
BalasPadamtq lady
moga2 wnita kita sentiasa menjaga diri dan menghiasi peribadi
BalasPadamlelaki pun sama
hehe
Mintak2 la saya takde sifat2 tu. Huhu..
BalasPadamsalam lady..golongan wanita niy semestinyer ade di luar sane..majoritinya !~ tapi, mahukan laki yg baik, ya betul kite perlu baik..jike kite rase kite baik, kiter mesti jd lagi baik..thanks for sharing lady..nice !~ =)
BalasPadammoga dijauhkan dari sifat2 nih, ade sikit tersangkut hope bleh perbaiki lg.
BalasPadamsmoga dijauhkan dr sifat tue semuaaaaa....
BalasPadam