Khamis, 26 Januari 2012

Merapu Meraban

Nak merapu kejap di Hari Khamis ni..

Setiap orang pasti ada kisah kehidupan dia sendiri sedari kecil.. sehinggalah sekarang..

Ada yang bahagia di awal, di pertengahan dan sampai ke akhirnya..

Ada yang bahagia di permulaan, sengsara di pertengahan dan bahagia balik..

Ada sengsara di permulaan, dan bahagia untuk kehidupan seterusnya..

Ada yang sengsara di awal dan akhirnya..

Dan ade jugak orang yang sedari kecil diuji dengan kesulitan.. dan die membesar dengan kesulitan-kesulitan tersebut.. dia mencuba dan mencari-cari kebahagian di sebalik ujian itu..

Masing-masing mempunyai kisah perjalanan kehidupannya sendiri.. dengan ujian-ujian yang berbeza.. dan dengan cara yang berbeza..

Walau bagaimanapun cara kehidupan kita.. semua itu adalah ujian dari-Nya.. sebagai penentu kehidupan kita di 'masa hadapan'..

Lady dengan kehidupan lady.. Kehidupan yang tidak tahu untuk dirungkaikan.. Teringin untuk diluahkan tetapi kadang2 hati melarang.. melarang untuk tidak terlalu berterus terang..

Kerana manusia ini diciptakan dengan pelbagai macam.. ada yang tidak mampu menerima, dan ada orang yang terlalu terbuka.. masing-masing akan mewujudkan persepsi yang berbeza.. dan mungkin positif dan ada jugak yang terselit sesuatu yang negatif..

Dengan pemikiran itu, membuatkan lady terpaksa mengurung dan menyimpannya di suatu sudut hati yang maha dalam.. kadang2 membuatkan lady amat2 lemah dan kadang2 juga ia membuatkan lady terlalu tabah untuk mengorak langkah untuk meng-completekan kehidupan lady..

Lady membesar dengan 'sesuatu' yang berat untuk dipikul oleh seorang kanak-kanak.. dan membesar dari sekolah rendah, sekolah menengah, dan sehingga ke universiti dengan membawa 'sesuatu' itu.. 'sesuatu' yang sulit untuk difahami oleh orang lain.. 'sesuatu' yang menyukarkan untuk lady melalui level-level kehidupan sebagai seorang manusia..

'Sesuatu' yang membuatkan kehidupan lady sentiasa dibelengu dengan kesulitan menangani kerenah hati lady sendiri dan persepsi orang lain..

Dan sekarang, dengan 'sesuatu' itu, alhamdulillah lady berjaya menyempurnakan separuh daripada kehidupan lady.. Alhamdulillah.. dan separuh lagi masih belum selesai..

Separuh lagi amat sukar untuk disempurnakan.. sekurang-kurangnya untuk dua episod lagi.. Lady masih mencari kekuatan untuk berusaha ke arah itu.. episod pertama hampir 3/4 selesai.. dan episod ke-2 masih 50-50.

Tetapi dalam menyempurnakan episod2 itu.. kekuatan lady kian lemah.. Cabang-cabang ujian mula bertunas... dan ada yang telah mati.. tetapi ada jugak yang kian membesar..

Dalam kelemahan itu, lady terpaksa kuatkan hati untuk sekurang-kurangnya menyempurnakan episod yang hampir sempurna..

Alhamdulillah, Allah masih memberi ruang dengan menumbuhkan tunas2 harapan.. tetapi dalam waktu yang sama Allah mewujudkan faktor2 perencat kerana penggunaan tenaga lady hampir pada tahap maksimum.

Cuma sekarang, lady mohon sangat Allah mengurangkan faktor perencat tersebut daripada terus mendominasi kehidupan lady.. kerana faktor perencat tersebut akan menamatkan episod2 yang lady telah rencanakan jika lady tidak berjaya menemui penawarnya..

Lady harap sangat episod tersebut mampu disempurnakan kerana hampir pada graf kemuncak..

Namun begitu.. lady sedar.. kehendak Allh mengatasi segala-galanya.. Namun selagi ada daya, Insya-Allah akan disempurnakan.. Insya-Allah.. ameeennn..

23 ulasan:

  1. Be strong lady.. Allah bersama orang2 yang sabar...

    BalasPadam
  2. jgn mudah berputus asa LB....tabahkan hati dan cuba sempurna dan lengkapkan episod 1 dan 2 tu

    BalasPadam
  3. Semoga lady terus tabah dalam mengharugi cabaran kehidupan.. semoga dipermudahkan perjalanan hidup.. semoga dikurniakan kebahagiaan.. dunia dan akhirat.. amin.

    BalasPadam
  4. apa ya sesuatu itu.

    moga segalanya tercapai hendaknya..

    dan dipermudahkan :)

    BalasPadam
  5. rase kalau bahagia dari mula hingga ke akhirnya x pernah wujud kot.. Nabi Allah kekasih Allah pun ditimpa seribu satu cubaan dan dugaan yg perit dan pahit. Tiap manusia dugaan yg dihadapi berlainan rupa, seperti janji Allah, sumanya diturunkan sesuai dgn keupayaan setiap hambaNya. Selamat berjaya diucapkan.. Jgn putus asa, terutama sekali jgn berputus asa dgn Rahmat Allah. Walau ukhti menanggungnya sejak kecil, tp kerana Rahmat Allah juga yg membuat ukhti masih kekal kuat hingga ke hari ini. Allah tak turunkan sesuatu ujian atau kenikmatan dgn sia-sia. Ada hikmah yg besar di setiap sesuatu yg terjadi. Allah Maha Pengasih :)

    BalasPadam
  6. seperti kata lady.acik jugak ada kesedihan..sewaktu membesar
    tapi cuba dilupakan walaupun hingga kini..masih terbayang diruangan mata.

    BalasPadam
  7. Owhh... i'm dying to know what is the 'sesuatu', apakah episod2 tu, apa perencat tu. *mode : bizi body.

    Apapun saya harap Lady dapat happy ending utk episode-episode hidup lady yg belum selesai.

    BalasPadam
  8. graf lady tu mcm sama ngan kak hana juga..bermula dari belajar dalam kesusahan sehinggalah dengan kesusahan itu mengajar lebih baik hari ini..tabahlah harungi segalanya...

    BalasPadam
  9. SETIAP MANUSIA YG ADA DI DUNIA INI ADA RAHSIA DAN MASALAH MASING2..PANDAI2 LAH KITA MENGHADAPINYA YER SBB KDG2 RAHSIA DAN MASALAH INI AKAN LEBIH MEMATANGKAN KITA DLM KEHIDUPAN..TP KALAU DH TERLALU BERAT,BAIK LADY CARI SESEORANG YG BOLEH DIPERCAYAI AGAR BEBAN PERASAAN TU BERKURANGAN..

    BE STRONG YER..ANGGAP SEMUA ITU LUMRAH KEHIDUPAN

    BalasPadam
  10. banyak kiasan lady...sabar naa..tempuhi dengan sabar.. ^_^

    BalasPadam
  11. kadang2 kita merasakan dunia seakan2 tidak adil kan bila tiada rasa kebahagiaan dalam diri kita..tp bila di lihat dr segi positif.sebenanrnya sesuatu atau dugaan itulah yang banyak membantu dan mematangkan kita dalam kehidupan..dan seharusnya kita lg beruntung dr mereka ynag tidak pernah merasa apa yg kita rasa =)

    just be strong..insya Allah..akan ada kebahagiaan yg akan menanti =)

    BalasPadam
  12. kena lebih tabah dan tempuhi semuanya dengan sabar,,,

    BalasPadam
  13. Menjadi manusia tidak boleh lari dari episod-episod yg berbeza. Kekuatan iman dan kecekalan hati kena jadi tunjang sebagai bekalan...

    BalasPadam
  14. moga kita lalui rencah2 kehidupan kita dgn sabar dan tenang...;)

    BalasPadam
  15. my dear lady, kenapa dah berputus asa ni? lady dah buat episod satu dgn baik, teruskan...Allah sentiasa ada kan...kami juga sentiasa support lady..

    kuat lah lady!! kami semua sayang kamu!!

    BalasPadam
  16. tapi sekiranya lady tak lalui ape yang dilalui sebelum ini, sekarang dan yang akan datang, lady bukanlah yang lady kenali hari ni. :)

    kehidupan ni, hmm, indah.lawa.cantik.tapi at the same time, mysterious. tu la yang best nya pasal ni.

    setiap dari kita ada haluan sendiri dalam kehidupan ni and sesiapa yang dapat maintain dari awal sehingga akhir dengan hidup lady, orang itu lah yang lady patut jaga dengan baik-baik...kalau lady pahamlah... :)

    clive

    BalasPadam
  17. kehidupan yang berliku-liku itu sebenarnya seuatu yg indah.itulah manisnya hidup.kan tak best klu hidup kita statik sahaja..'sesuatu' itu dh membuktikan disebaliknya ada kemanisannya kan lady?

    BalasPadam
  18. Salam LB,,
    Tenkiu follow dan komen diblog saya. Appreciate that.
    Kehidupan ini kita sendiri yang merancang dan DIA yang menentukan. semoga dipermudahkan melalui episode kehidupan seterusnya. InsyaAllah ..

    BalasPadam
  19. setiap manusia mempunyai perjalanan hidup yg berbeza sbb bergantung pada diri kita sendiri bagaimana utk mencoraknya..

    BalasPadam
  20. Ia adalah perkara normal bagi 1 pusingan manusia ada graf kehidupan naik dan turun. Ketika graf turun ia menguji kesabarab tapi apabila graf naik jangan lupa diri ketika berada di atas. :-)

    BalasPadam
  21. kuatkan semangat kak...Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang kuat dan sabar dalam menempuh dugaan-Nya.

    BalasPadam