Selasa, 24 Januari 2012

Senyum itu Ubat Segala Keperitan

“Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”

Andai kita tidak mampu membuat orang gembira.. sekurang-kurangnya janganlah membuat mereka sengsara.. Andai kita sengsara, derita.. janganlah sentiasa bermasam muka.. senyumlah walaupun terpaksa.. sekurang-kurangnya tidak menyakiti hati sesama kita..
Ceria dan senyumlah kerana keceriaan itu ubat segala keperitan.

Kegembiraan, kebahagiaan yang terpancar di wajah itu mampu mengubati kesakitan dan kepedihan hati ibaratkan madu merawati luka.. sakit, pedih, tetapi ia merupakan rawatan paling mujarab.
"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramal makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah."

[HR Tirmizi dan Abu Dzar]


p/s : Ya Allah ya Tuhanku.. berikanlah aku kekuatan untuk tetap tersenyum.. Andai keperitan, kepedihan, kesulitan dan kesukaran ini merapatkan aku dengan-Mu berilah kekuatan padaku untuk menempuhinya.. dan andai ia menjadi asbab untuk aku semakin jauh dari-Mu, didikkanlah hatiku ini kepada-Mu.. supaya aku lebih tenang dan tabah menerusi keperitan ini.. Tiada yang lebih memahami selain dari-Mu.. hanya pada-Mu aku mengadu dan berserah..

28 ulasan:

  1. Saya suka kalau orang senyum pada saya. Saya akan suka orang tu kerana menyenangkan hati saya.

    BalasPadam
  2. betul.lagipun kalau kita senyum,lagi sikit otot kat muka yang kita perlu gunakan berbanding kalau kita wat muka masam. :)

    BalasPadam
  3. sedekah paling mudah...senyum

    k.chii paling marah kalo g mana2 kedai makan..dia nya staff x reti nak senyum..grrr...

    BalasPadam
  4. senyum tak perlu modal apa-apa. menguntungkan diri sendiri dan juga orang lain.

    BalasPadam
  5. singgah jumpa kak lady dengan senyuman :)

    BalasPadam
  6. bukan susah nak senyum...tapi ada jugak orang yang mahal dgn senyuman....

    BalasPadam
  7. kalau tengok org lain senyum kat kita...outomatik kita pun akan rasa seronok & positif.:)

    BalasPadam
  8. yuuppp senyuman pengubat duka,.. tp akak kalau budak2 kat kelas asyik senyum jer, cikgu marah pon senyum,.. jenis muka spposen akak geram jugak..

    BalasPadam
  9. lega bila ada orang yang mampu tersenyum walaupun dia dalam keadaan derita atau hati pedih,kecewa & etc.jarang ada yang termampu.kalau ada yang termampu pun,mungkin dia tak lah mengalami kesakitan yang teruk sangat.

    BalasPadam
  10. teringat lagu senyum tu..."senyum kpd semua, senyumanmu amatlah bermakna....."

    BalasPadam
  11. senyum adalah penawar pada semua org.senyum adalah manis, senyum juga membuatkan aku terasa selesa. tapi kalu senyum tak ikhlas tak tengok pun takpe...hehehe

    BalasPadam
  12. huhuhu..sy paling menci bila saya senyum orang tu tarik muka ke arah lain..."SOMBONG"...pura2 tak nampak bila org sedekah senyum pada dia...padahal bukan minta beli pun senyum sy tu

    BalasPadam
  13. Senyumlah,,senyumlah,,ahai cik mek molek.. ^_^

    BalasPadam
  14. Ada juga yg mampu tersenyum walau airmata masih bertakung di kelopak mata...

    BalasPadam
  15. apa salahnya kan kita lemparkan senyum harmoni suasanna :)

    BalasPadam
  16. senyuman itu sunnah...dibekalkan kepada kita, rupanya ada kelebihan besar manusia

    BalasPadam
  17. hari ni dah beberapa kali senyum
    selamat senyum semua

    BalasPadam
  18. Lady sedang bersedih ke ni? Semoga masalah Lady dapat diatasi. Lady pun kena la senyum ye.

    BalasPadam
  19. selain satu sedekah senyum juga tidak perlu modal
    jgn la senyum plastik sudaahhh

    BalasPadam
  20. bnyk2 kan laa senyum lps nie... heheh

    BalasPadam
  21. Allahumma aamiin, semoga ALLAH mengabulkan semua harapan dalam doa :-)
    senyum itu sungguh menyejukkan jiwa menenangkan hati dan bernilai ibadah pula dalam pandangan ALLAH :-)

    BalasPadam
  22. SENYUM ITU SEDEKAH..KAK BUI ADA SEORANG KAWAN..DIA SANGAT SUKA SENYUM,SAMPAI KAMI PANGGIL DIA 'YUS SENYUM'..OTAK PUN GILA2..KALAU BERBUAL DGN DIA,MESTI TAK KERING GUSI DIBUATNYA..

    BalasPadam
  23. bila kita senyum bleh awet muda.. ;)

    BalasPadam
  24. senyum seindah suria yg membawa cahaya..kan ada lagu..senyuman tu memberi cahaya utk sekelian alam..

    senyumlah..pahala percuma kan?

    BalasPadam
  25. senyum itu sedekah dan juga senaman yang terbaikk

    BalasPadam
  26. bila kita senyum, masalah kita kadang2 dapat dilupakan walaupun seketika...

    BalasPadam