Selasa, 24 Disember 2013

Kenapa Perlu Samak Jika dijilat Anjing - Saintifik

Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud :

"Kesucian bejana kamu jika dijilat anjing adalah dengan dicuci tujuh kali, pertamanya dengan tanah."

Persatuan Doktor Kesihatan Anak di Munich - Jerman, mengatakan bahawa air liur anjing mengandungi pelbagai bakteria pembawa penyakit. Bakteria tersebut dapat menyerang organ dalaman manusia melalui sistem terbuka. Risiko penyebaran penyakit jika terkena gigitan anjing. 

Anjing yang comel mungkin meninggalkan luka kecil ketika menggigit manusia, walaupun kelihatan kecil tetap perlu diubati. Luka gigitannya akan menjadi tempat pembiakan bakteria yang terdapat dalam air liur anjing.

Berdasarkan kajian dari Universiti Munich, memelihara anjing meningkatkan risiko mengidap kanser payudara. Sebanyak 79.7% pesakit kanser payudara yang selalu menghabiskan masa bersama anjing dan selebihnya tidak mempunyainya haiwan peliharaan. Di Norway, 53.3% dari 14 401 pemilik anjing menghidap kanser. Ternyata, kanser itu disebabkan oleh virus yang sama iaitu Mammary Tumor Virus (MMTV). 

Dr. al-Isma'lawi al-Muhajir mengatakan anjing dapat menyebarkan virus Rocks Characins, yang mengakibatkan penglihatan kabur dan buta.

Mengapa Perlu Dibersihkan Dengan Tanah?

Tanah mengandungi dua bahan yang dapat membunuh bakteia/ virus iaitu Tetracyline dan Tetarolite. Dua unsur ini digunakan untuk proses pembasmian (sterilisasi) beberapa jenis bakteria. 

Tanah merupakan bahan yang efektif dalam membunuh bakteria/ virus. Tanah kubur orang yang meninggal disebabkan sakit aneh tidak mengandungi sebarang bakteria/ virus di dalamnya.

Hal ini kerana molekul yang terkandung di dalam tanah bertindakbalas dengan bakteria/ virus tersebut sehingga memudahkan proses penguraiannya secara keseluruhan.

 p/s : Kalau berdasarkan kajian ini, lady rasa kenapa tidak dicuba memberi makan tanah kepada pesakit HIV/ AIDS. Mungkin mendatangkan kesan yang positif.. Just andaian lady.

Rujukan : Buku Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit m/s 20

17 ulasan:

Aisy Nasiha berkata...

Betapa lengkapnya ajaran Islam kan.. bila dihuraikan secara spesifik ni banyak yang dapat kita manfaatkan dan membantu kehidupan seharian.

Mizz Aiza berkata...

ternyata agama islam menetapkan hukum yang terbaik untuk kepentingan umatnya..

Cik Tieka berkata...

MasyaAllah..ini kajian saintifik org Barat..Walhal Nabi dah terangkan sejak 1400 tahun yg lalu tentang samak ni..Besryukurnya jd org Islam! :)

sobri yaacob berkata...

perkongsian yg bgus sis..
betulkajian tu.. tapi dlam alqurqn sudah lama ditulis..
yg cdangan utk psakit hiv n aids..mungkin bleh dipertimbangkan :)

norhasnizakhalid berkata...

kenapa dan mengapa tak perlu kita pertikaikan kerana itu hukum dari Allah... jelas dan nyata disebut dalam al Quran.... :)

apapun, nice sharing..

Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

nohas berkata...

tanah yang dianggap kotor sebenarnya mengandungi bahan yang menyucikan..

ibubapa sekrg angin je kalau anak2 main tanah..dulu siap korek tanah, buat main congkak..haha..

Blog Santai berkata...

Thanks ladybird for sharing...

QasehnyaRania berkata...

perkongsian yg bagus.

skrg mcm mana msih jalani rawatn lg ke?
jgn putus asa k.

Julia Johari berkata...

Good job ladybird...ramai yg x tahu kena baca entry dear nih...sgt bermanafaat :) sharing is caring...

mysha berkata...

oooo sha baru taw nih hehehehe

Akupenghibur.com berkata...

entri sangant bagus ^_^ ramai yang tahu sekurangnya dapat ilmu baru

caliph shuriken berkata...

nice sharing, lady ^^

paridah berkata...

terima kasih berkongsi info..

blog-tips-kurus berkata...

begitu rupanya...

thanks dear. :-)

memmetlenggeng berkata...

Tuhan jadikan sesuatu itu ada sebab dan penyelesaiannya

Niesa berkata...

ada hikmah disebalik sesuatu yg Allah ciptakan bukan?thanks for sharing lady...

Niesa berkata...

ada hikmah disebalik sesuatu yg Allah ciptakan bukan?thanks for sharing lady...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...