Saturday, December 14, 2013

Bagaimana Rasulullah Tidur

Tidur Rasulullah merupakan cara tidur terbaik dan sangat bermanfaat bagi tubuh, akal dan kesihatan. Berikut dijelaskan bagaimana etika tidur Rasulullah SAW.

1. Waktu  

- Rasulullah biasa tidur pada sebelah malam (setelah solat Isyak) dan bangun pada awal pagi (sepertiga akhir malam)
- Setelah Rasulullah melaksanakan qiamullail, baginda tidur sejenak pada seperenam terakhir dari sebahagian sepertiga malam terakhir (sebentar sebelum subuh).
- Rasulullah tidur sebentar setelah waktu Dhiha berakhir sebelum memasuki waktu Zuhur (di antara keduanya).

2. Tempat  

Rasullullah biasanya tidur di atas sebuah tikar yang dibuat dari dedaunan. Mengapa baginda memilih tikar yang dibuat daripada dedaunan? Supaya baginda tidak terlena dan berlebih-lebihan dalam tidurnya. Sifat dedaunan yang kasar akan membantu mengingatkan baginda untuk segera terbangun ketika tidur sudah mencukupi.

3. Posisi  

Rasulullah saw. tidur dengan posisi berbaring mengadap ke kanan atau tidur pada sisi tubuh sebelah kanan. Tidur mengiring di atas perut kanannya, kedua-dua betisnya sedikit dibengkokkan, dan tangan kanan diletakkan di bawah pipi, sambil mengadap ke kiblat. Posisi ini sama dengan posisi janin di dalam rahim ibu.

4. Etika Tidur Rasullah saw.

Berikut adalah beberapa etika yang biasa dilakukan oleh Rasulullah sama ada ketika sebelum atau selepas tidur.

a) Berwhuduk terlebih dahulu.

Rasulullah bersabda kepada Al-Barra' bin Azib yang bermaksud:

"Jika engkau akan pergi ke tempat tidurmu, hendaklah engkau berwhuduk seperti wudhuk untuk solat."   [Muttafaq alaih]

b) Memulakan tidur dengan mengiring ke kanan (di atas perut kanannya) dan tidak mengapa berubah posisi dengan tidur di atas perut kiri seketika untuk menghilangkan penat dan kembali ke posisi asal.

c) Mengucapkan zikir-zikir dan doa-doa sebelum tidur.

d) Ketika bangun tidur, sebelum berdiri mengucap doa bangun dari tidur.

16 comments:

paridah said...

ASSALAM..Turuti adab Rasullullah..saw tidur ini n jadikan amalan in sya Allah..

teh ramuan said...

sunnah yang terbukti banyak kelebihannya
sama2 kita amalkan
insyaallah

sud@is said...

Sunnah ikut dan amal cara gaya kehidupan Rasulullah

Tq info Lady

QasehnyaRania said...

thanks share

psstt..ala, sy dh bedal ladybird tu.hihi

Wirda Amir said...

Assalamualaikum lady....

Rasullullah sepatutnya menjadi idola kita dlm setiap perbuatankan...terimaksih,bagus st perkongsian ini yg kdg2 sy terlepas dr melakukannya....

Aisy Nasiha said...

Banyak saya kena ubah nampaknya. Selalunya tidur je ikut suka hati walaupun tahu nabi ajar elok tidur mengiring ke sebelah kanan. Aritu mak saya sakit, doktor bagi tahu pastikan tidur kena mengiring ke sebelah kanan supaya aliran darah dari jantung mengalir baik semasa kita tidur. Tumoang insaf..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

perkongsian yang bermanfaat..

Raudzah Z said...

Thanks ladybird for sharing..jom sama-sama kita ikut sunnah Rasulullah s.a.w

nohas said...

Jadikan tidur itu jg satu ibadah..

tapi sekrg org dah jarang tidur atas tikar, tidur atas katil & tilam empuk memang nikmat hidup..sgt beruntung mereka yg bermujahadah, sanggup meninggalkan semua ini utk bgn qiamulail..

Umi Qi said...

Bagus perkongsian ini ttg adab cara tidur...justeru itu umi QI nak share ye link ini utk di teladani oleh umi Qi selanjutnya ye...terima kasih :D

LydSunshine said...

rasulullah tidur atas tikar daun je. yang kita ni tilam kemain tebal. patut le liat nak bangun. huhu... malunya..,.

nuyui a.k.a miss YUI said...

trima kasih utk perkgsian ini =)

Liza Licha said...

bagus kongsi info pasal ni.. hehe.
lepas ni boleh la ikut sunnah sikit

Sobri Yaacob said...

tq 4 shring sis..
semoga dijadikan amlan..


sya ada msuk blog sis dlm bloglist saya :)

Cik Tieka said...

bagus ikut sunnah tidur Nabi..selain bagus utk kesihatan kita dapat pahala lg jika diniatkan ikut sunnah,,teruskan usaha menyebarkan..maybe sunnah lain lagi?? ^^

Deqla Manjew said...

jom ikut cara idola kita ni.. nice sharing..

psstt.. deqla follow sini.. slm kenal. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...