Rabu, 11 Disember 2013

Bahaya Hubungan S*** Melalui Anus

Beberapa teknik seks berisiko untuk mendapatkan penyakit. Salah satu cara yang merbahaya adalah hubungan seks anal atau melalui anus. 

Keburukannya :

1. Jika dibandingkan dengan vagina, struktur anus jauh lebih ketat. Apabila tekanan yang kuat diberikan padanya akan menyebabkan rasa pedih, sakit, dan tidak selesa walaupun semasa membuang air besar.

2. Tiada cecair pelincir di anus. Berbeza dengan vagina yang mampu menghasilkan pelincir sendiri apabila menerima rangsangan, sesuai dengan peranannya.

3. Mudah menyebarkan penyakit berjangkit. Anus merupakan tempat pengeluaran tinja, dan ia sudah pasti mempunyai banyak bakteria pencemar yang boleh membahayakan kesihatan. Faktor ini yang menjadi punca penularan penyakit kelamin.

4. Tersebarnya virus dan bakteria merbahaya. Ketiadaan pelincir menyebabkan luka pada penis dan dinding anus sehingga mudah untuk menjadi tempat pembiakan bakteria yang boleh menularnya penyakit jangkitan bakteria pada saluran kencing dan juga pada ginjal.

[Buku Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit]

8 ulasan:

Mizz Aiza berkata...

bahaya tu.. harus dielakkan sama sekali..

nohas berkata...

setiap larangan Allah itu, ada hikmahnya..

Unknown berkata...

Jauhkan lah zuriat dan keturunan kita daripadanya..huhu

Kakzakie Purvit berkata...

Sesungguhnya apabila Allah melarang dan haram melakukannya pasti ada sebabnya. Na'uzubillah... jauhkan yg mungkar.

LydSunshine berkata...

itu yg peliknya golongan kaum Nabi Luth dulu yg sekarang tetiba je masih wujud.

sobri yaacob berkata...

ya memng bahaya seks di luar tabie..
semoga dijauhkan.. nice sharing :)

QasehnyaRania berkata...

semoga dijauhkan
thanks share

Tanpa Nama berkata...

Haram kan hukumnya tu...?wallahualam....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...