Jumaat, 30 Disember 2011

Halia, Susu, Kismis, Kemenyan Putih [Ubat-Ubatan Islam]

Salam.. :D.. Ini antara ubatan tradisional yang lady petik dari buku lady..
Buku yang berkaitan dengan rangsangan minda.. ini antara makanan perangsang minda supaya lebih sihat dan positif..

Halia
1. Halia

Terdapat pelbagai jenis halia.. Ada yang berwarna kuning dan ada yang berwarna merah (halia bara).

Dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud :

"Mereka (orang yang bertakwa di dalam Syurga) diberi minum segelas air yang bercampur dengan halia." [Surah al-Insan 76:17]

Nabi saw. juga gemar makan halia. Sebuah hadis bersumberkan daripada Abu Said al-Kudri menyebut bahawa :

"Raja Rom pernah menghadiahkan satu takar kecil halia kepada Rasulullah saw. Lalu baginda memakannya dan diberikan juga kepada para sahabat yang ada bersamanya." [Riwayat al-Hakim no 7190]

Khasiat Halia

- Menyegarkan dan menguatkan urat saraf.
- Kepanasannya boleh menghancurkan dan menghilangkan lendiran atau kahak.
- Melancarkan perjalanan darah dalam badan.
- Menguatkan ingatan.

Cara Memakan Halia
- Dihiris atau ditumbuk dan dicampurkan ke dalam masakan yang sesuai.
- Dijadikan manisan (halwa) dan dimakan pada waktu pagi. Ia amat mujarab bagi mengatasi penyakit lupa.
- Direbus atau diminum airnya. Untuk rasa enak, tambah sedikit gula atau susu.
- Dicampur dengan madu lebah
- Diminum dalam keadaan panas
- Jangan dicampur ais

2. Susu

Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang susu haiwan ternakan yang mempunyai banyak manfaat kepada manusia. Firman Allah yang bermaksud :

"Dan sesungguhnya pada haiwan ternakan itu benar-benar terdapat banyak pengajaran bagi kamu. Kami memberi kamu minum daripadanya apa yang berada di antara tahi dan darahnya. Ia mudah ditelan (diminum). [Surah al-Nahl : 66]

Susu sememangnya minuman berkhasiat. Ia sangat sesuai untuk pembesaran bayi. Minuman ini menjadi pilihan utama Nabi saw. sebelum dimikrajkan ke langit.

Susu segar adalah lebih berkhasiat daripada susu tepung, manakala susu tepung lebih baik daripada susu cair.

Khasiat Susu

- Membantu menambah tenaga fizikal
- Menguatkan tulang belakang
- Meningkatkan kecerdasan akal
- Menajamkan penglihatan
- Menghindari penyakit lupa
- Menghilangkan suhu panas badan dan jantung
- Isteri yang mengandung hendaklah banyak minum susu kerana susu akan menambah kecerdasan otak bayi di dalam kandungan

Cara Minum Susu
- Diminum terus
- Dicampur dengan minuman lain
- Dicampur dengan 7 biji buah badam dan 21 biji kismis
- Selepas minum susu, basuhlah mulut kerana di dalam susu ada lemak.

3. Buah Kismis (Zabib)

Ibn Qayyim dalam Tib al-Nabawi memetik perkataan Imam al-Zuhri, seorang penghafaz hadis di kota Madinah iaitu :

"Sesiapa yang ingin menghafaz hadis hendaklah sering memakan buah kismis."

"Khasiat amalan memakan kismis dapat menghapuskan lendiran (kahak) dan membersihkan hati."

[Kitab Tibul Ihsan]

Khasiat Buah Kismis

- Baik untuk kerongkong
- Menghilangkan batuk
- Menghilangkan kahak
- Menormalkan kandungan urin
- Menguatkan perut
- Menyejukkan perut
- Membantu mencerdaskan minda
- Menghindarkan keletihan
- Mengelokkan degupan jantung

Cara Makan Buah Kismis
Bagi pelajar, elok amalkan memakan kismis tiga kali sehari

- Sebelum sarapan pagi
- Tengahari
- Sebelum tidur malam

Makan sebanyak 7 biji sekali makan, jumlahnya sebanyak 21 biji sehari.

Nutrisi Kismis

Kismis mengandungi 60% gula. Kebanyakannya ialah fruktosa. Kismis juga mengandungi antioksida yang tinggi, sebagaimana buah kering yang lain. Kismis mengandungi vitaimn C yang sgt rendah.

Kemenyan Putih
Kemenyan Putih

Ia juga terkenal dengan nama kemenyan Arab dan boleh didapati di kedai-kedai rempah ratus yang biasanya dimiliki oleh orang India.

Imam Sayuti dalam kitabnya al-Rahmat Fi al-Tib Wal Hikmah berkata bahawa Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud :
"Wahai kalangan yang mengandung (wanita), perkenalkan kepada anak-anakmu kemenyan putih dengan memberi makannya, kerana sesungguhnya ia menambahkan hafalan dan kecerdasan." [Riwayat al-Dailami]

Khasiat 

- Mengubati penyakit lupa
- Menguatkan penglihatan
- Menguatkan kisaran perut
- Menghapuskan kahak
- Mengeluarkan angin badan
- Melawaskan pembuangan air kecil
- Membersihkan hati daripada sifat dengki
- Meringankan lidah dan mudah berkomunikasi

p/s : makanan yang lady tulis kat sini kebanyakan lady tahu.. tapi sal kemenyan tu lady tak pernah tahu.. siapa yang pernah makan.. ape rasanya?

22 ulasan:

Unknown berkata...

Bab halia tu...sama tak khasiatnya kalau makan halia yg telah dijadikan jeruk??

LadyBird berkata...

Yastro :

khasiat x sama.. tp masih berkhasiat.. kalau tuk membuang angin badan tu memadai makan jeruk halia kering tu.. dlm bentuk asam.. xrs pahit sgt..

Hana Faza-same person berkata...

Salam

Saya pon suka minum an halia sb Ada masalah angin dlm badan:)

Tq for sharing;)

AmirFX berkata...

Tak pernah rasa gak kemenyan tu.. Ada ker org yang makan kemenyan?

kiwi berkata...

halia pon ade jeruk juga ke??em..mcm best je khasiat halia ni

tehr berkata...

pasal kemenyan tu
tak pernah pula dengar ada orang makan
boleh ke?

Miss Purple Ungu berkata...

x prnh tgk plak kemenyan putih ni huhu
x sangka lak bleh mkn

MulutPayau berkata...

akak pun suka jugak ngan halia...bnyak khasiatnya....

wachak berkata...

First time wa dengar yg kemenyan putih tu boleh dimakan.

Ungu Violet berkata...

first time tau kemenyan boleh makan..:)

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga LB sihat hendaknya dengan izin~Nya..

Mudah-mudahan lepas ni dapat istiqamah dalam mengambil keempat-empat makanan perangsang ini agar dapat mengurangkan lendiran..

Thanks..:)

CIK TOM berkata...

xtau plk boleh mkn kemenyan..yg lain2 tue dh biasa dengar..info yg bagus lady =)

insan marhaen berkata...

baru tau kemenyan putih boleh makan untuk ransang minda...

tkasih atas ifno.

Dinar berkata...

salam lady, pas ni kalau lady dh dpt info mcm mana nk makan kemenyan putih tu tolong kongsikan ya,,,
tq

dwatyKNY berkata...

saya tahu halia banyak khasiatnya... yang paling saya ingat... siapa yang makan halia asyik nak buang angin... hehehe...

selamat tahun baru buat lady...

fatin berkata...

part kemenyan tuh mmg first time tahu..

Tirana berkata...

Lady, thanks for sharing..Selamat tahun baru

Nizam berkata...

nizam pun pertama kali tahu kemenyan ni leh dimakan kak...hihi...halia?oh, nizam paling tak suka halia...hehe...lain2 boleh.. :)

dear anies berkata...

halia tu..suka yg x tahan...buang angin...adusss

slmt thn br!

Unknown berkata...

info berguno..tq

model baju korea berkata...

info2 bermanfat thanks yahh

Tanpa Nama berkata...

kemenyan tu, rasa macam gula gula getah yang dah hilang rasa. Kalo makan pon, makan macam makan gula gula getah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...