Wednesday, December 21, 2011

Pluto Bukan Lagi Planet

Pluto adalah jasad angkasa yang paling hujung dari susunan planet dalam Galaksi Bima Sakti. Ia ditemui dalam tahun 1970-an oleh Tombaugh.

Pluto berais. Garis pusatnya jika dilihat dari bumi ialah 0.1 arkasaat (1 darjah = 60 arkaminit). Manakala saiznya ialah hanya 65% saiz bulan bumi.

Pluto mengorbit matahari dalam bentuk hampir bulatan. Jarak planet Pluto ke matahari adalah 46.3AU. Tetapi yang menariknya, Pluto boleh menghampiri matahari lebih dekat berbanding planet Neptun.

Planet ini cukup sejuk. Permukaannya mengandungi nitrogen pejal ais dan terdapat kesan-kesan ais metana.

Pada awal penemuannya, Pluto diterima sebagai salah satu planet yang terletak di dalam Galaksi Bima Sakti. Walau bagaimanapun pada 24 Ogos 2006, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) telah mengadakan perhimpunan di Prague dan mengeluarkan satu resolusi melalui undian yang menyatakan status terbaru tentang Pluto dan definisi planet kecil (dwarf planet).

Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) yang dihadiri oleh 2,500 pakar astronomi tersebut secara rasminya telah menuruntarafkan Pluto daripada sebuah Planet kepada sebuah planet kerdil.


Berdasarkan keputusan perbincangan mereka, untuk diiktiraf sebagai sesebuah planet, maka sesuatu objek itu disyaratkan :

(1) mengorbit Matahari,
(2) berukuran cukup besar sehingga mampu mempertahankan bentuk sferanya, dan
(3) memiliki jalur orbit yang jelas dan bersih (dengan maksud, tidak ada benda samawi lain di orbitnya).

Dengan definisi baru ini, Pluto kini sudah dilucutkan tarafnya oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) pada 25 Ogos 2006 yang ketika itu bersidang di Republik Czech. Sekarang Pluto hanya dikenali sebagai sebuah planet kerdil.

Dengan itu bermakna hanya terdapat lapan planet sahaja di dalam Galaksi Bima Sakti buat masa ini iaitu;

1. Utarid (Mercury)
2. Zuhrah (Venus)
3. Bumi
4. Marikh (Mars)
5. Musytari (Jupiter)
6. Zuhal (Saturn)
7. Uranus
8. Neptun (Neptune)

Kini, Pluto telah menjadi sebuah planet kecil (dwarft planet) bersama-sama dengan Eris , Ceres, dan Makemake dan fakta terbaru, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) telah menemui satu lagi planet kecil yang dinamakan Humae. Sehingga tahun 2008, terdapat lima planet kecil ( dwarft planet ) yang telah dikenalpasti. Eris , Pluto, Ceres, Makemake dan Humae.

[LadyBird's Life]

33 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Lady

Subhanallah
Allah maha berkuasa

Wassalam

LydSunshine said...

Planet pun boleh dilucutkan taraf ye. Ingatkan Yuna je bleh ditarik balik kemenangan. Planet 'makemake' tu mesti dia suka ajak orang makan kan? hehe. Lady, awk ada 2 blog ye? Yg diary hearty tu lama tak update.

missSenget said...

baru tau pluto dah tak termasuk dalam planet ade bima sakti..

Adry@Daun said...

As salam Lady,
Dari kecik lagi kita di ajar dlm subjek Sains, planet ada 9 buah.. Skrg nk kena tukar fakta kot. Kesian planet Pluto tu...

AmirFX said...

Nice info! Thanks for sharing... :D

Hanis MY said...

pernah dgr pasal ni tapi tak tahu detail..mesti berubah kan buku sekolah rendah yang pasal planet tu...

Nizam Ijam said...

thanks 4 info :D

tehr said...

pluto
aku suka dengan nama pluto ni
best je sebut

Tirana Mutiara said...

Terimakasih untuk informasi yang berfaedah..

LadyBird said...

atuk :

waalaikumusalam atuk :)
Allah maha hebat.. subhanallah.. Dia jadikan sesuatu itu untuk kite mengkaji dan berfikir..

Suhami Ahmad said...

dulu maso sekolah rendah atok blaja pasal planet2 ni...atok suka bab2 sains cenggini...hihi

LadyBird said...

LydSunshine :

sebab pluto ni tidak menepati ciri2 sebuah planet.. die digugurkan disebabkan penemuan objek angkasa baru yg lbh bsr dr pluto.. diberi nama eris..

a'ah kak.. diary hearty tu blog lama.. terpaksa tglkan disebabkan mslh tertentu.. hihi

LadyBird said...

Misssenget :

tak termasuk dalam senarai planet.. tetapi still dalam Bima Sakti tetapi sebagai jasad kerdil..

LadyBird said...

Adry@Daun :

a'ah.. dah tertukar dah skrg.. jadi lapan dah.. sains itu sentiasa berubah..

LadyBird said...

AmirXF :

Same2 :D

LadyBird said...

Hanis :

buku sekolah rsnye dh ubah kot.. sebab ni dh lama dah.. cume skrg br berniat nak tulis.. tu pun sebab ade buat projek sikit sal ni.. masukkan sekali kat blog.. hihi

LadyBird said...

Nizam :

same2

LadyBird said...

tehr :

lady pun suke :D

LadyBird said...

Tirana :

sama2 kasih kak :D

LadyBird said...

Suhami Ahmad :

lady pun suko.. dr dulu sampai la ni..

Nizam said...

berita terbaru ni ada dua planet yang boleh seakan bumi kan...tapi dah lupa mana sumber tuh.. hehehe

Bui Junaidi said...

kalau tak baca entry lady ni,memang tak taulah..huhu

sudipVSsenduk said...

ooooo, mcm tu ka.. thanks for the info. Masa sekolah dulu, planet yg senang ingat ialah pluto sbb dia paling kecik & paling jauh..

LadyBird said...

Nizam :

a'ah.. cube masuk facebook planetarium terengganu.. ada lady masukkan di situ :D

LadyBird said...

Bui Junaidi :

saling berkongsi maklumat :) alhamdulillah :)

LadyBird said...

Sudipvs senduk...

a'ah.. sennag nk ingt..

Yastro said...

Dah punya lama baru ni derang nak kansell?? Hmmm...hilang la nama pluto pas nih...

chii said...

pluto//watak anjing dlm kartun disney..=)

x sangka..planet pun bleh turun taraf

eiela said...

Baru tau. Bermakna ada 8 je la planet yg kita ada. Susunan planet pun dah tak ingat nih.

eiela said...

Baru tau. Bermakna ada 8 je la planet yg kita ada. Susunan planet pun dah tak ingat nih.

Suhami Ahmad said...

Lady Bird : Atok baco kat sinilah dulu, tu yang atok koba ponah terbaco tapi lupo kat mano...huhu

ary_lee said...

Woaaaaaaaahhhh~~ Baru tahu,.. Nice info!

BTW, nice to know this blog^^

Anonymous said...

always i used to гead smaller artiсlеs ωhich аs well clear theiг motive, and that is also
happening ωith thіs ρost which I am reading now.


Feеl free to viѕit my ωebpage Beautyforce9.dmusic.Net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...