Monday, December 26, 2011

Elakkan Meniup Makanan Panas

Assalamualaikum.. :D.. 
Semoga semua sahabat lady dalam keadaan yang baik.. persekitaran yang baik.. pemakanan yang baik.. dan pemikiran yang baik.. Insya-Allah.. doa lady untuk semua.. ameeennn..

Pemikiran yang baik.. pastilah daripada tatacara pemakanan yang baik.. kerana makanan yang baik pembentuk hati yang baik.. apabila hati baik sudah pasti pemikiran juga baik.. dan bila semua baik.. pastilah seluruh kehidupan kita baik-baik.. Alhamdulillah.. Insya-Allah.. untuk lady dan juga sahabat.. :D..

Lady selalu lihat.. kebanyakan daripada kita amat suka makan makanan yang panas.. sebab makanan panas amat membuka selera.. lady sendiri suka makan makanan yang masih panas.. terutamanya sup atau tomyam.. 

Tetapi, kita tak boleh makan terus makanan panas tu.. kita terpaksa meniupnya terlebih dahulu untuk mengurangkan kepanasan yang boleh melecurkan lidah..

Tabiat meniup makanan sebenarnya tabiat yang buruk dan perlu dielakkan.. tetapi sebahagian daripada kita tidak menyedarinya.. Malah mempraktikkannya setiap hari untuk diri sendiri dan anak-anak.. Malahan turut memperturunkan ilmu yang salah itu kepada anak-anak kecil untuk diikuti.

Makanan dan minuman yang panas tersebut mengeluarkan wap air iaitu H2O.

Apabila kita meniupnya, kita memberikan gas kumuhan kita yang mengandungi karbon dioksida iaitu C02.

Wap air tersebut apabila bercampur dengan gas karbon dioksida akan bertindak balas dan menghasilkan asid karbonik yang bersifat berasid.

H2O + CO2 -> H2CO3

Di dalam darah kita pula terdapat H2CO3 yang berguna untuk mengatur pH di dalam darah. Darah adalah Buffer (larutan yang dapat mengekalkan pH) supaya berkeadaan asid lemah berupa H2CO3 dalam bentuk HCO3- sehingga darah memiliki pH antara 7.35 – 7.45 dengan reaksi sebagai berikut:

CO2 + H20 <= H2CO3 => HCO3- + H+

Tubuh menggunakan penyangga pH (buffer) dalam darah sebagai pelindung terhadap perubahan yang terjadi secara tiba-tiba dalam pH darah. 

Apabila terdapat perubahan boleh menyebabkan keseimbangan pH darah tidak dapat dikekalkan dalam keadaan normal sama ada bersifat lebih berasid atau beralkali dan keadaan ini akan menggangu sistem tubuh kita.

Apa yang berlaku setelah kita makan atau minum makanan tersebut akan menambahkan keasidan darah kita dan menyebabkan suatu keadaan di mana darah kita akan menjadi lebih berasid (pH akan menurun).

Seiring dengan menurunnya pH darah, pernafasan menjadi lebih cepat sebagai usaha tubuh untuk menstabilkan keasidan darah pada tahap normal dengan cara menurunkan jumlah karbon dioksida.

Ginjal juga berusaha mengatasi masalah tersebut dengan cara mengeluarkan lebih banyak asid melalui urin.

Tetapi kedua-dua mekanisme tersebut tidak akan berguna jika tubuh terus menerus menghasilkan terlalu banyak asid. 

Kesan jangka panjang, akan menyebabkan lelah, rasa mengantuk, mual dan mengalami masalah pemikiran disebabkan sistem badan tidak dapat berfungsi dengan teratur. Sehingga boleh menyebabkan penyakit tekanan darah rendah, strok, malahan boleh menyebabkan koma dan kematian.

Selain daripada itu, kita juga tahu bahawa udara hembusan kita juga mempunyai bakteria yang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia.

Oleh itu, cubalah sedaya upaya elakkan diri daripada meniup makanan yang panas. Dalam Islam sendiri tidak digalakkan meniup makanan dan tidak digalakkan memakan makanan yang panas. 

Sebab itu Nabi saw. melarang kita daripada minum air lebih dari tiga teguk untuk mengelakkan kita daripada menghembus nafas ke dalam air (kalau salah tolong perbetulkan) dan terdapat hadis Rasullullah saw. yang menyatakan bahawa tiada keberkatan pada makanan panas. Lady lupa hadisnya, andai sesiapa tahu boleh tolong lady ingatkan untuk mengelakkan lady menyebar hadis yang salah.

Maka, lady sarankan agar kita amalkan cara pemakanan sunnah iaitu termasuk dalam tabiat memakan minuman/ makanan panas ini.

38 comments:

AmirFX said...

Tak pernah gak nak tiup makanan yang panas.. Kalau air tu adala.. Tapi jarang sekarang nie sebab dah tahu rahsia.. haha.. Thanks for sharing...

Miss Purple Ungu said...

nice sharing cik lady
miss purple biasa tiup air panas je
lps ni kena stop la habit tu :)

Ernee Azmn said...

tq sharing..penting gak kn ni :)

Bui Junaidi said...

lepas ni nak elaklah meniup makanan panas ni..sangat bgs dan detail info ni..cayalah lady..

Nizam said...

nizam memang suka sangat makanan panas ni...hehehe..
tapi sekarang dah kurang la...just air je panas2...

Ungu Violet said...

memang suka makan yg panas2..tapi tak suka tiup...:)

Fatin Mraz said...

rasa mengantung ke mengantuk?
hehee

LydSunshine said...

Ada dengar tentang ni dulu. Tapi thanks lady bird sebab mengingatkan kembali siap dgn fakta sains. Cool. Tapi kdg2 saya ada jugak tiup makanan panas. Sebab kalau nak cepat bila masa makan dah suntuk. Huhu... Tapi mmg pun, tak elok tiup makanan panas supaya dpt mendidik sifat sabar kita. :)

chii said...

pernah terbaca..tp xde la seterperinci mcm ni...

tp kalau spt air kosong..kita baca doa2 dan di tiupkan ke dlm air...mcm mana plak ye...slalu pengamal perubatan buat camni kan

wachak said...

assalam cik eizza

pernah dengar yg makan makanan yang tengah panas ni hukumnya makruh. tidak digalakkan. Bila digabungkan dgn huraian melalui sains, terbukti sudah yg makan makanan / minuman yang tengah panas ni tidak elok untuk kesihatan.

suka makan cekodok pisang yg dah sejuk jer. nak lak yg semalam punya :D

tehr said...

saya memang selalu nasihatkan anak tak meniup makanan atau minuman panas
orang tua2 pesan macam tu

Temuk said...

As-salam. Terima kasih berkongsi maklumat yang berguna itu. Satu fakta saintifik yang wajar diingati, sebab selama ini orang-orang kita memang berbudaya 'hembuslah dulu biar sejuk...'. Hehehe, Pakcik suka makanan & minuman yang suam-suam. Kalau panas, tunggu suam. Ertinya, amalkan jugalah kesabaran.

Kamsiah said...

salam
nampak sgt gelojoh kalau makanan/minuman yg masih berasap pun nak makan..tunggu la 4,5 minit...

lg satu,ada org suka tuang air yg panas tu ke dalam piring,nk bg cepat sejuk..
ishhh tak berkenan sungguh nengoknya..

Suhami Ahmad said...

lagi satu atok ponah terbaco, jangan minum air sekali gus....

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Ya hukumnya makruh, dan sebaik-baiknya kita tinggalkan perkara makruh ni..

insan_marhaen said...

best info ni. izinkan IM perpanjangkan ke facebook IM, boleh kan?

Kakzakie said...

Setiap hukum Islam ditentukan pasti ada hikmahnya. Banyak hukum-hakam Islam yg kini terbongkar hikmahnya melalui kajian scientific pula...

CIK TOM said...

bagus info ni..ciktom xtau plk selama ini..bila pkir2 logik jgk tgk equation chm tue..huhu..

so jauhi amalan tiup mknn panas bg sejuk..stiap larangan tue pasti ada sbbnya kan..

Apik Pehe said...

akak..thanks..apik baru tahu ni..

Puan Kutu said...

sama macam chii,pernah terbaca tp tak terlalu terperinci..

tiup jugak kadang2 tmbh2 klu aiman dah tak sabar nak makan.lepas nie kena cuba tak tiup lagsung nmpknya..:

atuk said...

Assalamualaikum Lady

kalau air panas
boleh taruh ais....
cepat sejuk ...he he

Wassalam

fiverul wan said...

sya tak suka mkn panas.. tak terasa nikmat makanan tersebut.. better makan bila dah suam suam

Dinar said...

makruh meniup makanan panas....tima kasih share scientific info.

missSenget said...

kite mmg tak suka makan benda panas..

tak pernah gi kedai makan order air panas..

kehkehkeh..walaupun musim hujan..


tapi minum ais pn org kata x elok kan..

najihah sahami said...

alamak..mish salu buat ni...T_T

Papa Mifz said...

baru tau ni

Hana Faza-same person said...

Salam Lady,

Alhamdulillah, Hana pon Cuba elak kan meniup makanan atau minuman panas an Nabi dah ajar cara pemakanan yg baik..

Terima kasih berkongsi Dan mengingatkan

Rashid said...

a'ahh saya dah tau tapi kadang tuu ada juga tiupnya. adoii ..

Okey kali ni tak nak tiup dah ..

MulutPayau said...

terima kasih dik atas pkongsian ni.....

nurkaloi said...

betul tu
kekadang kaloi pun geram tgok mmber men tiup makanan
lg satu bukan sbb ksihatan jerk
tp sabar
if tak leh mkn panas2
sabar laa tggu sjuk skit ye dakkk

ahmad humairi said...

Panas yang teramat sedikit...itupun tak tertahankan....apa lagi panas seksaan neraka...nauzubillah!

eiyzniey said...

Thx 4 the info!
Hehee

BlogS of Hariyanto said...

terimakasih sudah berbagi info yang sangat bermanfaat untuk kesehatan :)

ieja amieja said...

salam lady..
akk pernah dgr org gtau pasal hadis ni..tapi kadang2 buat jg utk ank2..lps ni kene la beringat blk..utk kebaikan sendiri & ank2..thanx..

blog-tips-kurus said...

patutla Nabi kata jangan tiup... :)

Mario said...

tula....dah jadi tabiat tu yg susah tu kan..

eiela said...

Hmm saya selalu meniup air teh o panas. Nampaknya kena jauhkan jugak la nih.

ibnzakuan said...

Sememangnya ada hadith yang melarang bernafas di dalam bekas makanan dan minuman. Hadith tersebut ialah:

إذا شرب أحدكم فلا يتنفس في الإناء

Maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu minum, maka jangan dia bernafas di dalam bekas.” (HR al-Bukhari)

Daripada Ibn ‘Abbas ra, Nabi katanya:

نهى أن يتنفس في الإناء أو ينفخ فيه

Maksudnya: Bahawasanya Nabi saw melarang daripada bernafas di dalam bekas (makanan atau minuman) dan meniup di dalamnya.” (HR al-Tirmizi dan Abu Daud, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih al-Jami’)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...