Selasa, 31 Ogos 2010

Wanita

Wanita,
kita dicipta dengan kemuliaan syahadah.
Kerana benih seorang lelaki,
kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu
menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki,
kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai,
sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta,
kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,
tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki,
tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang,
kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi,
maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya.
Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.

Nukilan daripada ymsagasama.blogspot

p/s : petikan ini diedit balik menjadi bait2 puisi, moga penulisnya tidak marah.. huhuhu..
masih mengekalkan ketulenan hakcipta :)


6 ulasan:

nurul rasya berkata...

sangat puitis

syahira ariff berkata...

bersyukur dijadikan sbgai kaum wanita!
=D

Tanpa Nama berkata...

a'ah.. sebenarnyer akk edit artikel asal..
ubah jd bentuk puisi..
ayat2nye akak suke :)

Tanpa Nama berkata...

syahira :

alhamdulillah kite djadikan sebagai wanita :)

Mario berkata...

hohoho...suka puisi ek...

Tanpa Nama berkata...

suke :)..
suke bermain kata2 yang mempunyai maksud tersirat.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...