Thursday, August 26, 2010

Sebab2 Digigit Jin


Jom dengar video ni, sesuai tuk adik, kakak, abang, makcik, pakcik. Tok dan tokki pun sesuai tuk dengar.. leh bagi nasihat tuk cucu cicit yang dahagakan pantauan ni. :) Kami semua ni ilmunya cetek, banyak yang tak tahu.. mohon ditegur dan diberi tunjuk ajar. :D

Ini intipati yang saya dapat daripada video ni dan sedikit penambahan daripada saya sendiri.

Cara untuk mengelakkan digigit jin. Kebiasaannya selepas bangun tidur terdapat kesan lebam2 yang berbentuk bulatan pada badan, dan lebam tersebut sakit. Perit. Kebiasaannya terdapat di kawasan paha dan lengan. 

Ini merupakan langkah-langkah untuk mengelakkan daripada digigit jin.

1. Jangan tidur selepas solat Asar. Jin suka mendekati orang-orang yang tidur selepas asar. Amalan tidur selepas asar menyebabkan badan menjadi lemah, akal lembab untuk memproses data. Jin akan mudah menguasai orang-orang yang lemah, terutama kepada wanita yang dalam haid. Oleh sebab itu, digalakkan sentiasa berzikir untuk mengelakkan diri dikuasai oleh jin.

2. Sewaktu mandi, kita perlu mengenakan kain basahan. Ini kerana, jin juga seperti manusia, suka mengintai. Dikhuatiri jin terjatuh cinta dengan kita. Apabila jin telah jatuh cinta dengan kita, dia akan sentiasa mendampingi kita dan tidak membenarkan seseorang mengahwini kita. Dia juga akan memasuki badan kita dan membuatkan kita meracau. Ia agak sukar diubati jika dibandingkan dengan terkena sihir.

3. Jangan mengamalkan keluar di waktu petang.

Untuk membezakan kesan lebam tersebut disebabkan digigit jin ataupun disebabkan pergerakan angin di dalam badan. Boleh dikesan dengan menggunakan kanta pembesar. Kalau digigit jin, terdapat 5 lubang kecil kesan gigitan di kawasan lebam.

Untuk menghindarkan diri dari digigit jin berulang-ulang. Ambil air, dan baca surah al-Fatihah tujuh kali dan kemudian perah tiga biji limau, sapu seluruh badan. InsyaAllah jin tidak akan mengganggu lagi.

p/s : hadith yang berkaitan dengan tidur selepas Asar merupakan hadith dhaif.  
("Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri.")

Hukum menggunakan hadith Dhaif:

Hadis dhaif tidak boleh dibuat hujah tetapi boleh diamal  dengan syarat perlu beriktikad untuk berhati-hati dengan hukumnya.

Hadis ini tidak boleh diterima untuk berhujah kerana tiada mempunyai sifat qabul. Erti qabul ialah boleh diterima buat hujah.

4 comments:

Al-Farosyah said...

Syukran atas perkongsian ilmu ni. sebenarnya akak penah ade pengalaman gak psl tidur lepas asar ni. waktu tu akak sekolah rendah, tido sampai kul 7 lebih. sedar2 je ingat waktu tu pagi. akak bingkas bangun nak pegi mandi sebab nak sekolah. tp pelik bila famili elok je duk bersantai kat ruang tamu. bila diorang tau, habis suma gelakkan akak..

Sejak tu, akak dah tak suka tidur lepas asar. masa kejadian tu pun sebab terlalu letih lepas balik sekolah. Segala amalan Rasulullah SAW ada manfaatnya, contohilah amalan tidur Rasulullah.

sweet-ladybird said...

:)hehehe.. kelakar lak akak ni.. ye la kan.. tidur lame sangat sampai ingat dah pagi.. akak, sy x pasti amalan ni dr Rasulullah atau tak sebab hadith yg meriwayatkannya merupakan hadith dhaif.. tetapi kalau kite rs secara praktikalnya, memang tidur selepas asar ni melemahkan badan, dan susah tuk bangun balik..

blog-tips-kurus said...

entry ni dah lama kan? saya search & sampai sini. gara-gara 'kesan lebam'. 2 kali kena setakat 18 Ramadan 1432H ni..

sis, apa beza digigit jin & pelesit?? tq.

Anonymous said...

thx info...

Samalah dulu mase skolah...
Bngun senja ingt da pagi..
terus pakai baju kuar rumah...
tngok2 asal makin gelap...
pastu mak panggil...

"Abang, ko nk pegi mane tu?!"

naseb org x perasan, kalau x malu den...
haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...