Sunday, August 29, 2010

Lidah - senang ke nak menjaganya?


Tadi time balik office, terfikir sal  masalah yang melibatkan lidah ni.. Macam-macam masalah timbul apabila orang tak reti menjaga lidah.. Lidah satu jerk, nipis lak tu.. tapi susahnye nak jaga.. seolah-olah lebih susah dari mendaki Gunung Everest.

 "Hati dan lidah amatlah baiknya dan apabila keduanya buruk, maka amatlah pula buruknya."
 Mujurlah Allah beri kita sekeping lidah jerk.. kalau sepasang lidah, mak ai.. payah bebenor nak menjaganya. Ayat yg kat atas tu diambil dari blog Cikgu Rasyid, cam sesuai jer tuk digunakan dalam entry luahan kali ni.

Gara-gara tak pandai menjaga lidah, fitnah berlaku secara berleluasa, daripada kalangan orang2 biasa sehinggalah kepada kalangan orang2 luar biasa.. masing2 gagal untuk menjaga lidahnya.. Dimanakah kesilapannya? Adakah kekurangan ilmu? Ataupun kerana sikap ego yang dimiliki? Tepuk dada tanya diri sendiri.. Hanya kerana sekeping lidah yang nipis senipis lidah kucing, kita kehilangan kawan-kawan.. kerana lidah sekeping, kita terlupa kebaikan kawan.. Adakah lidah ni berkait dengan hati? ermmmm.. Terlalu berkait kerana sekeping hati penentu hala tuju sekeping lidah.. Tetapi kalau kerana hati, kenapa orang berilmu tinggi pun turut gagal menjaga lidah? ermm.. pelik jer bunyinyer kan? tyepuk dada tanya iman.. hihihi.. malas nak fikir.. wat kesimpulan sendiri..

Kita sukar sangat nak lari daripada bahaya lidah.. memang xleh elak.. kita elak mcmn pun, memang tetap menjadi mangsa tikaman lidah.. inilah lidah manusia, walaupun lembik, x bertulang.. namun.. bisa meluluhkan hati sesiapa sahaja yang menjadi mangsa tikamannya..  Apabila kita gagal menjaga lidah, maka fitnah akan berlaku secara berleluasa..


Apakah itu fitnah?

Fitnah merupakan tuduhan kepada orang lain di mana orang yang dituduh tidak melakukan perbuatan tersebut.


Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah saw bermaksud: 

“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 

 Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah saw. bersabda bermaksud: 

“Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
 Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

p/s : Berhati-hatilah memilih kawan.. kadang2 kita boleh kehilangan kawan gara2 sekeping lidah.. kita kehilangan nilai diri semata2 kerana lidah.. Walau bagaimana jauh sekalipun kita lari untuk mengelakkan dari difitnah, tetapi gara2 lidah.. ia tetap mengejar kita.. oleh sebab itu, berhati2lah dengan pemilik lidah.. :D

 Kawan ngn kucing lagi best dari kawan ngn orang..

4 comments:

myseposengkarat said...

kpd yg yg menjadi mangsa fitnah..diharap byk2 la bersabar kerna kebenaran tetap akan terbongkar jua dgn pertolongan Allah swt.

sweet-ladybird said...

myseposengkarat:

Moga2 Allah bongkarkan nanti.. dah penat dah nak melalui.. semakin lari semakin dikejar.. nak x nak, harungi jugak..

Rashid said...

salam

a'ahh kelembutan lidah bisa tajamnya, bila tercuit maka akan luka parahlah akibatnya ..

Gara-gara lidah, air tenang mula berombak. Gara-gara lidah, seorang sahabat bisa buatkan sahabatnya menangis.

Gara-gara lidah, iman terhindar kesepian…

sweet-ladybird said...

Cikgu Rasyid :
Terima kasih kerana cikgu sudi menjengah ke teratak ini..

Susahnya nak menjaga lidah kan cikgu.. kita yang sentiasa melarikan diri untuk tidak masuk campur pun dikait sama.. susahnye nak cari sahabat sejati zaman sekarang.. yang ramainya sahabat yang makan sahabat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...