Selasa, 24 Ogos 2010

Pesanan Untuk Orang Cantik

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.

Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.

Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.

Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.

Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.

Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.

Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.

Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!

p/s : 2 thn lps aku bgtahu mak aku nak pakai mcm gambar kat sebelah kiri artikel ni, tapi mak aku tak izinkan kerana mak aku cakap, nak pakai perlu istiqamah, jangan kejap pakai kemudian buang. 

Ini merupakan artikel yang ditulis oleh Dr. HM Tuah Iskandar,  Dr. pesan, kalau nak gunekan artikelnye sila letakkan linknya sekali yer.. so kalau sesiapa nak copy diizinkan, cuma letakkan sumber asal artikel ini ditulis daripada siapa. tQ semua.

8 ulasan:

wachak berkata...

wanita yg baik untuk lelaki yg baik-baik. wa ni
bukan ar baik sangat. walaupun tak tinggal solat
tapi kdg2 delay sampai last minute. tu pasal tak
leh nk dapat wanita yg solehah macam dalam pic N3
ni kot :)

Tanpa Nama berkata...

meh kita sama2 jadi baik.. manalah tahu tup2 dapat yang baik :).. niat kene perbetulkanlah.. nak jadi baik bukan tuk nak dapatkan pasangan yg baik, tp tuk mencari keredhaan Allah.. kan wachak?

zalizalu berkata...

nak pakai purdah ker? kat u saya, pemakaian purdah ni adalah punca masalah jenayah seperti rigol dan ceroboh masuk ke asrama perempuan...
beberapa lelaki menceroboh masuk dengan memakai jubah dan purdah untuk menutup muka mereka..
kebanyakkan lelaki arab ni muka dia putih dan berbulu mata ala2 perempuan, jadi selalu mereka menyamar nak buat jenayah.. kes dah banyak tp takde satu pon masuk berita T_T
kenapa perlu ditutup muka? pelik~~~ nape ek lady?

Tanpa Nama berkata...

cuba ziarah artikel ini:

http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=35

apa-apapun pemakaian purdah @ niqab terletak pada niat si pemakai. andai niatnya untuk melindungi dirinya dari pelbagai fitnah, godaan atau gangguan maka dia bebas utk memilih memakainya. tapi banyak yg perlu dipertimbangkan sblm memilih utk mengenakannya mengikut kesusaian diri sendiri. supaya tidak terasa menyesal pula.

Tanpa Nama berkata...

oo.. ade akak terbaca sal tu.. kalau di tmpt akak belajar, students tidak dibenarkan memakai purdah, dan sesiapa yg pakai purdah xleh masuk hostel.. xde lah plak kes2 mcm tu.. kalau org pakai purdah masuk hostel mmg awl2 lagi dah dihalau.. kami diHARAMkan memakainya.

p/s : tu cita2 akak nak pakai purdah, mungkin sebab akak minat org yg pakai tutup2 ni. nak kata sebab akak ni Islamik, xde la jugak. Cuma akak sukakan kecantikan, akak nak akak sentiasa cantik.. so untuk menjadi cantik, kite kene tutup.. semakin kite tutup semakin cantik dan berharga.. cukuplah akak tunjukkan kecantikan kat husband akak nanti. InsyaAllah..

ok, kalau dr segi kecantikan, kalau kite tutup, muka kite bebas daripada terkena debu2 yang menyebabkan jerawat pada muka. Di samping itu juga, kalau kite tutup, kelembapan kulit wajah kite terjamin, xdelah terkena pancaran cahaya matahari yang membakar kulit dan menyebabkan kulit menjadi kering dan gersang. x perlu memakai make up tebal2 tuk menjaga kecantikan. cukup sekadar memakai purdah. :D..

kan zalizalu?

Tanpa Nama berkata...

ye kak al-farosyah. Ramai org nasihat izza camtu.. nantilah, akan difikir2kan baik2.. lagipun kalau nak pakai bukan sekarang.. sekarang masih belum bersedia.. lagipun izza bukanlah baik sangat :(.. nakalnya masih ada.. nanti takut kalau iza pakai dengan perangai izza macam ni menyebabkan org pandang serong pada pemakaian purdah yg lain.

zalizalu berkata...

haha.. camtu ek... betol gak tu... kalau tak silap saya laa, orang arab pakai purdah sebab nak elak debu2/pasir sebab negara mereka angin selalu tiup2.. mungkin negara kita pon banyak debu2(*_*)/'')...

:P

Tanpa Nama berkata...

zalizalu : akak x berani nak komen tentang ni dik.. tetapi pemakaian purdah ni banyak hikmat yang tersurat dan tersiratnya.. ape yg kite nampak mungkin nak elak daripada terkena debu2 pasir yang diterbangkan angin.. tetapi apa yang kite x nampak yang belum mampu difikirkan oleh kita masih banyak lagi yg belum disingkap.

Apa yang disarankan oleh Pencipta mesti untuk kebaikan kita, hanya Dia yang lebih tahu.

" Ummu Athiyah berkata: " Pada dua hari raya, kami diperintahkan untuk mengeluarkan wanita2 haidh untuk menghadiri jemaah kaum muslimin dan doa' mereka. Seorang wanita bertanya, "wahai rasulullah, seorang di antara kami tidak memiliki jilbab(tutup muka) bolehkah dia keluar..? Maka Rasulullah menjawab "hendaklah kwan2nya meminjamkan jilbab mereka" "

akak tak jumpa perawi hadith ni dik.

ni antara pendapat2 berkaitan dengan pemakaian purdah :

1. Jumhur para ulama iaitu Hanafiyah, Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilah berpendapat mengatakan bahawa wajah wanita bukanlah aurat. Ini bermakna, diharuskan bagi wanita untuk menutup wajahnya dan dibenarkan juga baginya untuk membuka wajahnya.

2. Menurut para ulama bermazhab Hanafi: Wanita muda dilarang mempamerkan wajahnya di hadapan lelaki yang ajnabi . Larangan di sini bukanlah disebabkan wajah mereka aurat. Tetapi adalah untuk mengelakkan fitnah.Ini juga merupakan pendapat al-Imam Ibn Abidin rahimahullah, salah seorang ulama Hanafi.

3. Manakala para ulama bermazhab Maliki pula berpendapat: Makruh bagi wanita untuk memakai niqab( yang dimaksudkan dengan niqab oleh para ulama Maliki ialah yang menutup keseluruhan wajah termasuk mata)sama ada semasa solat atau selainnya.Ini kerana ianya terlalu berlebih-lebihan. Maka berdasarkan pendapat ini, golongan lelaki adalah lebih utama tidak memakai niqab, kecuali jika ianya menjadi adat bagi tempat tersebut.

4. Para ulama Maliki juga menyebutkan bahawa: Jika wanita tersebut muda dan cantik serta dibimbangi ianya akan menimbulkan fitnah, maka wajib baginya memakai niqab(purdah), serta menutup kedua tapak tangannya(dengan memakai sarung tangan).

5. Para ulama bermazhab Syafie pula berbeza pendapat didalam masalah niqab ini.Sebahagian ulama bermazhab Syafie berpendapat wajib bagi wanita memakai niqab,sebahagian lagi mengatakan ianya sunnah manakala sebahagian lagi mengatakan ianya merupakan Khilaf al-Aula.

:D...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...