Ditulis dalam Kata Tanpa Makna " Hati",
segumpal daging pemilik sejuta rasa,
kalau kata hati adalah cermin tempat pahala dan dosa berpadu saya punya satu hati,
yang di dalamnya terletak bahagia,
terletak luka,
terletak sejuta rasa,
dari semua bahagian tubuh saya,
hatilah yang paling dominan berperang,
si pekak punya hati,
si buta punya hati,
saya punya dan kamu punya,
si baik akan berpanggilan si baik hati,
si jahat agar bergelar manusia tak punya hati,
jadi memang hati lah yang memegang peranan penting dalam hidup setiap yang bernyawa,
jadi hati hati dengan hati ...:)
6 ulasan:
Memang benar setiap suka-duka itu hati punya angkara. Tetapi kita punya akal sebagai pemangkin agar hati ini jgn terus ditakluki perasaan. Pengajaran dari rona-rona di hati itu adalah bekal untuk kita berpijak di bumi yang nyata.
kadang2 akal tak mampu untuk mengontrol hati disebabkan banyak faktor permasalahan yg sentiasa bertandang :(
Sebenarnya setiap permasalahan yang mendatang itu adalah mainan mentaliti. Kdg2 kita terlalu memikirkan impak negatif di sebalik masalah yang kita hadapi. Teman sebagai pedoman, mungkin teman itu tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi namun tugasnya sebagai pendengar yang baik memberi sedikit kekuatan untuk kita bangkit menangani masalah yang sedang kita hadapi.
Saya hanya mampu menulis, bukan berbicara. Sukar tuk zahirkan perasaan di dalam perkataan.
hati dicipta utk menterjemahkan seribu satu perasaan. suka, duka, benci, dendam, sayang, rindu, rintih, pilu..
namun diciptakan juga akal bagi mentafsirkan pula perasaan itu dalam bentuk ilmiah, kekuatan, ilham, tarbiyah, kekuatan dan buah fikiran.
Allah maha adil dan maha saksama. di balik kesulitan yang dihadapi oleh hati, dapat pula dirungkai oleh akal. tiap insan dugaannya tidak sama, ada yang nampak berat tp singkat. ada yang nampak ringan tp panjang. waktu itulah fungsinya hati dan gunanya akal.
kalau hati mahu, kata mahu. kalau hati benci, kata benci. kalau hati sayang, kata sayang. jangan disimpangi dengan luahan yang berbeza dan mrumitkan akal. kelak akal sendiri sudah tidak percaya pada hati..
(maaf kalau akak sudah merepek di sini)..
al-Farosyah : xdelah akak merepek, ape yg akak kata tu betul.. semuanya betul.. tp kadang2 sukar tuk berterus terang.. takut semakin merumitkan keadaan.. dan kdg2 kebenaran yg kite cube sampaikan sering disalah tafsir.. dan menyebabkan keadaan yg rumit bertambah rumit.. last2 sekali bertegang leher.. tak suke keadaan yg mcm tu..
Catat Ulasan