Ya Allah, dengan keberkatan bulan Ranadhan ini, aku merayu kepadaMu dengan sungguh-sungguh.. Engkau berilah ketabahan dan kekuatan kepada saudara Palestin kami dalam melalui ujianMu ini.. dan Engkau lemahkan kaum Yahudi Laknatullah itu dan tanamkanlah ketakutan dalam hati-hati mereka. Ameennnn..
🍀🍀🍀
Sebelum Ramadhan, kami janji dengan anak-anak untuk bermandi-manda di KLTS.
Khamis bertolak, Jumaat pagi dan petang kami berkampung dalam air dan Sabtu sebelum bertolak balik kami ke Central Market, KL.
First time Lady ke sini. Dan ini antara tempat favourite Ldy. Luas tempatnya, tetapi Ldy lebih banyak waktu di galeri ini.. Memerhati dan menilik satu persatu lukisan yang terpamer.. Seronok. Ada kepuasan di hati..
 |
Terpaku pada wajah2 ini.. Semoga ditempatkan bersama dengan para syuhada.. mereka tidak mati, tetapi tetap hidup dengan cara tersendiri.. hidup dalam hati-hati kami dan anak-anak kami.. semoga semakin ramai lahir pejuang2 Islam selepas mereka. Ameeennn |
 |
Galeri ni banyak gambar kartun |
 |
Banyak variasi gambar.. semuanya punyai seni tersendiri.. snap dengan telefon lebih mudah untuk Ldy. |
 |
Ada satu gambar di area sini tentang satu movie lama.. Ldy lupa tajuknya… tapi kami anak beranak suka tengok.. |
 |
Gambar yang kakak duk tenung tu Ldy tak tahu gambar tentang apa. Tapi seperti ada sesuatu yg dimainkan di atas meja, dan ade wanita yg menemani pemain tersebut. |
 |
Banyak sangat gambar, tetapi sepanjang Ldy di sini, tak ramai yang masuk ke dalam galeri ini.. |
 |
Lukisan yang di belah kiri kakak tu macam mudah sangat nak buat tapi tidak semudah yang kita nampak. |
 |
Teringin nak beli, tapi harganya boleh tahan.. hampir ribu dan ada yang ribu ribu.. sesuai dengan nilainya.. Takpe, nanti kite kembali lagi untuk memiliki jika ada yang serasi.. Untuk lukisan, Ldy lebih suka hitam putih atau warna yang lembut dan suram.. tapi cantik.. (baru sesuai untuk rumah Ldy yang tak banyak kaler) |
 |
Sawah padi.. adakah ini pemandangan di Kedah? Tetapi gunung ganangnya berbeza rasa2nya. |
 |
Kakak terpegun dengan lukisan pokok yg seperti ditekan-tekan sahaja. Nanti kita cuba buat yer kakak. |
 |
Tak muat dinding dah untuk digantung, yang pasti tidak jumpa yang sama atau Ldy tak nampak. |
 |
Ikan tu tengok dekat nampak keras, bila dilihat jauh nampak hidup |
 |
Gambar pemandangan di tengah2 tu cantik.. |
 |
Gambar ini dari luar galeri.. |
 |
Yang ini teringat cerita avatar 😂 Gambar sami sami yang berjalan di padang pasir |
 |
Di hujung kiri tu tempat pelukisnya.. orang panggil Mr Paint. Tapi xde pulak tuannye.. |
 |
Ikan yang indah.. nampak tak lukisan macam orang duduk tu.. sebenarnya lukisan tu sangat cantik.. |
 |
Kita tidak ditakdirkan untuk menjadi pelukis.. kita lukis dalam hati jerk 😂🤣
|
Lady cari lukisan abstrak untuk ditatapi, tetapi takde.. mungkin galeri atas..
InsyaAllah next time akan kembali lagi.
10 ulasan:
memang ralit kalau betul2 menghayati setiap lukisan tu...MZ tak berapa suka tmpt2 gini tp utk deko2 purpose, memang cantik jer if dpt gantung lukisan2 kat dinding esp nature view
Best pasar seni. Kalau datang time cuti sesak orang.
Jemput singgah : Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih
Saya minat masuk tempat gini. Tak beli, dapat belek pun jadiklah.
Kak SA pun suka berlama- lama kalau ke sini...lukisan dia memang cantik tapi harga pun cantik kan...
Dah lama sy x pegi sini...Last dulu sblm kawin rasenya..DAh berbelas tahun =D
memang akan teruja tengok gambar2 mcm nie..berbakat sungguh.kita lukis orang lidi pun, 2,3 kali padam.. hahaha
memang ralit sgt bila tgk hasil lukisan pelukis2 ni kan, cantik & berseni sungguh
Pernah plan nak pergi jalan-jalan KL, salah satu tempat nak pergi pasar seni ni..tapi itulah tak sempat2 nak pergi lagi..
waahhhh best cuci mata utk org minat lukisan ni
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
Central Market, memang tak puas kalau ke sana. Ralit tengok semua hasil seni.
Catat Ulasan