Selasa, 4 Mac 2025

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KELAS PRASEKOLAH KPM TAHUN 2026

 

SYARAT PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia.

2. Kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun layak memohon. ( lahir 02 Januari 2020 - 15 Januari 2022)

📌Kaedah Permohonan Kemasukan Ke Kelas Prasekolah KPM Melalui Dua Cara Iaitu :

1. PERMOHONAN SECARA ONLINE (DALAM TALIAN)

-Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my/

-Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac 2025 hingga 30 April 2025.

-Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut.

-Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen -dokumen berkaitan dengan segera dan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2025.

2. PERMOHONAN SECARA MANUAL

-Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac 2025 hingga 31 Mei 2025.

-Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon. 

- Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon dengan segera dan selewat-lewatnya 31 Mei 2025.

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN:

1. Muat turun dan fahami manual pengguna. 

2. Daftar pengguna dan simpan/cetak maklumat pengguna (kata laluan-simpan kata laluan untuk semak kelulusan permohonan dan rayuan)

3. Lengkapkan maklumat permohonan.

4. CETAK borang permohonan yang telah lengkap diisi.

5. SERAHKAN borang permohonan dan salinan dokumen yang diperlukan ke Prasekolah Sekolah yang dimohon sebelum tarikh tutup.

SEMAKAN KEPUTUSAN PRASEKOLAH

- Boleh disemak mulai 5 Ogos 2025 melalui laman eprasekolah. 

- Permohonan manual pula perlu menghubungi pihak pihak sekolah untuk mengetahui keputusan. 

PROSES RAYUAN BAGI PERMOHONAN YANG TIDAK BERJAYA.

Boleh memohon mulai 5 - 20 Ogos 2025 dan Keputusan Rayuan pada boleh disemak mulai 10 September 2025.

JOM MASUK PRASEKOLAH KPM ! 

2 ulasan:

paridah berkata...

elok daftar cepat mudah urusannya

Tot berkata...

Anak akak ada 2 orang masuk prasekolah ni. Nanti senang sebab boleh masuk tahun 1 di sekolah yang sama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...