Selasa, 4 Mac 2025

Baem, Hadiah Ramadhan

 Dari Sungai Ke Segara, Palestin Pasti Merdeka. Ameeennnn


Dalam debar, dalam sabar,

Satu Ramadhan, ibu menanti,

Di wad sepi, hati berzikir,

Doa mengiringi setiap detik berdetik.


Tiga Ramadhan, azan berkumandang,

Langit senja menyambut berbuka,

Dan di saat ibu melepaskan nafas,

Tangisan pertama Baem bergema.


Anakku, engkau hadiah Ramadan,

Lahir di bulan penuh keberkatan,

Semoga hidupmu seindah doa,

Menjadi cahaya, rahmat, bahagia.


Waktu berlalu, kau semakin besar,

Langkah kecil kini semakin jauh,

Namun dalam setiap sujud ibu,

Namamu tetap terukir teguh.


Wahai Baem, ingatlah sayang,

Kau hadir bukan sekadar kebetulan,

Allah atur setiap perjalanan,

Untuk kau membawa kebaikan.


Selamat membesar dalam kasih-Nya,

Jadilah hamba yang penuh taqwa,

Kerana kau, hadiah istimewa,

Yang lahir di bulan Mulia.

🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀

Selamat Hari Lahir Baem yang ke-6. 

Lahir selepas azan Maghrib 3 Ramadhan (masuk ke-4 Ramadhan) 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...