Rabu, 19 Mac 2025

Kenangan Membeli Baju Arwah Tokki

 


Semalam anak-anak cuti Nuzul Quran.. kami bawa jalan-jalan cuci mata di KTCC MALL.. 

Nampak banyak baju.. Lady berlegar2 tengok, belek baju2 lelaki..

Terimbau dulu2, setiap tahun jadi sebahagian dari hidup kami membeli baju arwah Bak.. Lady suka beli baju tshirt berkolar untuk arwah Bak..

Yang lembut kainnya.. Jika arwah masih ada, Lady akan pilih baju ini.. dua tiga kali lady pusing dan belek 😭😭😭

Sehingga Fateemah tegur.. Ibu, Tokki kan dah takde.. 

Ibu terfikir2 untuk beli dan bagi pada sesiapa sahaja.. sekurang2nya terubat rindu pada arwah ayah ibu.. 
😟😟😟

Baju terakhir arwah Bak pakai adalah baju raya yang ibu beli pada tahun itu.. 2022.. 

Syawal 17 Arwah dipanggil menghadap Ilahi ketika tidur..

Semoga Bak tenang di sana.. Setiap bulan puasa, ingatan itu sentiasa datang dan ia sentiasa kuat.. setiap sudut rumah ada memori tersembunyi..

Sukar untuk diungkapkan.. 

17 ulasan:

Mulan berkata...

Moga roh Bak, ayah kami dan semua yang telah pergi meninggalkan kita, dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

uncle gedek berkata...

I feel you...
Semoga arwah dicucuri rahmat

Roziah @ Cie berkata...

Sama la Cie dulu kalau nak raya mesti belikan baju melayu atau tshirt berkolar untuk ayah. Ada masa baju batik. Tapi tinggal kenangan je dah. Alfatihah buat mereka yang dah meninggalkan kita.

Rezky Pratama berkata...

alfatihah untuk baknya lady

Amie berkata...

Moga bertemu di syurga Allah.

Mama Zharfan berkata...

rindu yg tidak bertepi....MZ pun rindu kat arwah ayah (dh 16 tahun ayah pergi mengadap Ilahi...)

Puan Hazel berkata...

Makin dekat raya ni makin rindu dgn ahli keluarga yg telah tiada. Semoga mereka semuanya ditempatkan di kalangan para solihin aamiin 🀲🏻

Ujie Othman berkata...

Ayah Lady pergi pada bulan Ramadan, tentunya lebih terasa setiap kali melalui Ramadan. Moga Allah merahmati roh orang tua kita yang telah tiada.

anamizu berkata...

A-Fatihah.. betul tu ramai yg dah kehilangan ibu/ayah mmg terasa rindu amat berat terutama bulan puasa & menjelang hari raya.. Ana ni bersyukur masih ada ibu ayah..

ch@ berkata...

semoga rohnya dicucuri rahmat. kuhadiahkan bacaan Al Fatihah untuk arwah. semoga terus tabah dan kuat utk menjalani urusan harian.

norhidana berkata...

Bila nak raya terimbau semua kenangan kan

Ana Jingga berkata...

menjelang syawal ni pasti kenangan bersama mereka yang telah tiada terasa sangat kan LB, kak ana pun tahun ni tahun ke 4 tanpa mak rindu semua tentang mak

fairus berkata...

Semoga allahyarham tenang di sana.. Insyaallah.

Abd Razak berkata...

Semoga Allah tempatkan roh Baknya di kalangan orang yang bahagia di sisiNya

Tot berkata...

Memang, lagi-lagi nak raya, mesti ingat pada orang tua yang dah takde. Tiap-tiap tahun camtu, dan raya takkan sama.

dear anies berkata...

rindu paling menyakitkan adalah rindu pd yg telah pergi selamanya...

alfatihah..

Abam Kie berkata...

Semoga roh Bak ditempatkan bersama roh org2 yg beriman. Aamiin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...