Ya Allah, Engkau ampunilah kami.. Engkau bantulah kami menjadi hambaMu yang taat, Engkau terimalah taubat kami, Engkau terimalah amalan ibadat kami..
Engkau matilah kami dengan sebaik baik kematian, Engkau bagilah buku amalan kami dengan tangan kanan, Engkau permudahkanlah proses perhitungan amalan kami..
Engkau pimpinlah kami melalui Titian siratMu.. Engkau bantulah kami sepanjang kami di Padang Masyar…
Engkau redholah sepanjang kehidupan kami di dunia ini ya Allah.. Engkau rahmatilah hidup kami.. anak2 kami.. saudara mara kami, Saudara Palestina kami, kaum kerabat kami..
Hanya kepadaMulah kami berserah diri. Ameennnn
Majlis Berbuka di rumah kami membesar… Hari Jumaat Minggu pertama Ramadhan.
Alhamdulillah semuanya ada… anak cucu Arwah Ibrahim bin Abdullah dan Bonda Fatimah Binti Abdul Rahman.
Daging singgang, ayam bakar, daging masak merah, ayam masak merah.. Air teh ais.. air ‘timun cina’, koktel, dll.
Kami ramai.. macam2 perangai, macam2 karenah, tetapi Alhamdulillah kami tetap bersatu dan selamanya bersatu InsyaAllah.. Ameeennn..
Semoga Allah menjaga ukhuwah kami, hubungan silaturrahim kami..
Ya Allah, Engkau kumpullah kami semua di SyurgaMu sebagaimana Engkau kumpulkan kami di DuniaMu. Ameennnn
9 ulasan:
seronoknya makan selerak macam tu...teringat zaman kecik2 dulu kan
seronok berbuka beramai- ramai ye LB....
Aminnnn Ya Robbal Alamiiinnn.
Alhamdulillah.. Sekali sekala berkumpul ramai-ramai, meriah.
Meriah. Teringat pulak zaman kecik makan dengan sedara mara macam ni.
Alhamdulillah.
Moga ukhuwah terus berpanjangan.
Salah baca tajuk tadi ingatkan Anwar Ibrahim. Hihi. Seronok dapat berkumpul semua. Walaupuj arwah dah takde tetap dapat berkumpul ramai2.
Meriahnya suasana majlis. Seronok apabila dapat berkumpul ramai-ramai begini.
Seronoknya makan ramai² gini. Duduk bersila/bersimpuh pulak di lantai mmg menggamit memori ni Lady...
Semoga tautah ukhuwah sentiasa erat hendaknya 🤲🏻
Catat Ulasan